SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 1 October 2013

PENUTUPAN BULAN PSS SIRI KEDUA 2013

Salam semua...

 

Pada hari Selasa yang lalu ( 1 Oktober 2013 ) jam 7.40-8.40 pagi  bertempat di Dataran Kejat SKTAR, Unit Pusat Sumber Sekolah SK Tun Abdul Razak KKB telah mengadakan majlis penutupan bulan membaca di kalangan murid-murid dan guru SKTAR yang turut terlibat. Puan Noriah Anak Tong Seng selaku Guru Media SKTAR telah menyediakan beberapa hadiah menarik untuk pemenang.

ramai yang borong hadiah ...

Hari tersebut turut diserikan dengan 2 cabutan khas untuk guru. Tahniah diucapkan pada Puan Siti Khadijah binti Abd Aziz dan Puan Jauharriah binti Ahmad. Antara hadiah yang disampaikan pada hari tersebut ialah Kuiz, teka silang kata dan buku skrap  pada murid-murid. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah.


 Guru cabutan bertuah : Puan Ju dan Puan Siti



Senarai pemenang bercerita :

Pertama : Hazlizam Haziman bin Salim Tahun 4 " Merak dan Gagak "


 
 Kedua : Amy Wan Zarie Tahun 5 : Burung bijak dan Taka air "


 
 Keitga : Lim bin Kairul Nizam Tahun 6   " Monyet yang degil "
 

Jemaah hakim sedang sibuk...

Majlis yang turut dibantu oleh AJK Hadiah dan AJK lain melicinkan lagi majlis tersebut dengan jayanya. Sebelum majlis penutupan bulan tersebut, Unit PSS telah mengadakan pertandingan Bercerita Tahap 2 melibatkan murid tahun 4,5 dan 6. Jemaah hakim terdiri dari guru berpengalaman iaitu Cikgu Azizi bin lahakim, Cikgu Zaiton binti Md.Kassim dan Ustazah Rogayah binti Abdullah.


- SKTAR DI HATIKU -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...