SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 30 July 2012

Majlis Penyerahan Basikal & Cenderahati

Majlis penyerahan basikal bagi dua(2) orang murid yang berkehadiran penuh iaitu adik :-

 1) Rozita Bt. Abu Bakar
 2) Noraslizam Haziman B. Salim

Selain itu murid-murid tahun satu sehingga tahun enam yang mendapat rekod kehadiran yang banyak turut serta mendapat hadiah saguhati.

Seramai 15 orang.







Sunday 22 July 2012

Sehari sebelum Ramadhan 1433h @ Tun Razak



Bertemu lagi dengan Ramadhan..

Pada hari Jumaat (20 Julai 2012) , Kelab Guru SKTAR telah mengadakan majlis port luck yang merupakan agenda wajib dikalangan warga SKTAR tertutama guru dan staf. bertempat di Kantin SKTAR pada jam 9.45-10.20 pagi, pelbagai hidangan disediakan oleh warga SKTAR. InsyaAllah umat islam di Malaysia akan berpuasa pada Sabtu 21 Julai 2012 atau esoknya.  Antara hidangan yang dibawa seperti koktail, puding karamel,nasi lemak dan kuih muih.



Pada jam 11.05 pagi hingga 12.05 tengahari pula Panitia P.Islam telah menghimpunkan kesemua murid islam dari tahun 1-6 untuk penerangan tentang Ramadhan.Antara perkara yang dimaklumkan pada murid seperti syarat berpuasa,niat, pekara yang membatalkan puasa,edaran pamplet, aktiviti ramdhan dan pelbagai lagi.Tahniah pada guru2 panitia pendidikan Islam.


Admin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa pada semua warga SKTAR dan pendidik di seluruh negara. Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan 1433h.

Sukan SKTAR Kali ke 34

 Alhamdulillah..

SKTAR buat kali ke-34 nya berjaya mengadakan sukan tahunannya yang bertempat di Padang SK KKB pada 15 Julai 2012 (Ahad ) yang lalu. Berkat semua yang terlibat dari watga SKTAR dan pihak luar berganding bahu menjayakan sukan tahunan kali ini. Sebelum itu reherseal telah dijalankan pada hari Khamis dan Jumaat 12-13 julai 2012 yang lalu.  Majlis sangat meriah dimana turut dihadiri oleh Ibu bapa, waris murid-murid dan turut dibantu guru dan staf SKTAR.

 Padang SK KKB. Terima kasih paga GB dan S/u sukannya.

 Rumah Kuning. Merangkul anugerah olahragawandan olahragawati tahunan. 

 Rumah Biru. Memenangi perhiasan rumah paling cantik 

Rumah merah. Johan keseluruhan.

Secara keseluruhan, rumah merah mendapat tempat pertama disusuli rumah kuning dan rumah biru. Olahragawan disandang oleh adik Halim bin Ajemi yang merupakan atlit mewakili Selangor dalam peringkat Kebangsaan Sukan Murid Orang Asli di Johor tahun lalu. Manakala olahragawati disandang oleh adik Safira binti Burat yang juga pelari 200 Meter selangor dalam kejohanan yang sama.

Majlis dirasmikan oleh YB Wong Kun Mun ADUN KKB yang turut sudi menyumbangkan RM2000 untuk unit Kokurikulum. Pada hari ini juga Guru Besar yang baru iaitu Encik Abdul Rahman bin Abdullah bekas GPK 1 SK Gedangsa telah mula berkhidmat di sekolah ini. Selamat datang diucapkan.  So pada hari Isnin (20 Julai 2012 ) SKTAR mengambil cuti peristiwanya yang pertama. 

Thursday 5 July 2012

Pagi Khamis (5 Julai 2012) @ SKTAR

 Salam..

SKTAR yang tak pernah sunyi dari lawatan luar..namun keupayaan guru dan warganya melayan tetamu dengan senang hatinya. Hidup SKTAR! 

 



Pagi yang sibuk di SKTAR. Kehadian ramai pelawat dari luar First :
  1. PINTAR Foundation : Untuk murid program robotik tahun 5 -incharge Cikgu Aziz Lahakim dan Cikgu Saedah.
  2.  KWAMP : PK HEM dan Guru-guru kelas tahun 1 hingga 6
  3. YTL : Teknisyen Encik Fahmie untuk internet laju di SKTAR

 Guru yang teruja dengan teknologi internet tanpa batasana had laju.

 Cikgu Yusmawi menguruskan penyerahan duit KWAMP dan sumbangan PIBG RM10 dari waris murid.


 Demikianlah aturcara pada pagi yang cerah di SKTAR. Namun P&P diteruskan seperti biasa. Esok pagi ada latihan Marching sukan 2012 di Padang tar Kampung Tun Razak.

Wednesday 4 July 2012

En.Asmara PAR...Sireh pulang ke gagang

Salam..

Pada 2 Julai 2012, En Asmara bin  PAR  di sekolah ini telah mendapat surat pertukaran yang beliau mohon sejak awal tahun ini lagi. Pertukaran ini dilakukan untuk beliau kembali berkhidmat di sekolah lama beliau sebelum berpindah ke SK Tun Abdul Razak sejak 2009. En.Asmara akan menyambung perkhidmatan beliau ke SJKT  Kuala Kubu Bharu bermula 4 Julai 2012 ini.

 Hadiah dari Kelab Guru disampaikan oleh PK Pentadbiran Puan Rokiah binti Hassan kepada Encik Asmara. Di belakang adalah penyelaras Kelab Guru SKTAR Puan Siti Khadijah. 


Justeru itu, Kelab Guru SKTAR prihatin dan mengadakan jamuan perpisahan beliau di Restoran Ab. Lan Komando belakang Maybank KKB pada jam 1.35 hingga 2.30 petang. Alhamdulillah..jamuan tersebut dihadiri hampir kesemua guru dan staf. puan Siti Khadijah agak rush apabila dimaklumkan oleh Ustaz Aziz yang surat pertukaran En.Asmara baru diperolehi pada pagi tadi ( 3 Julai 2012 Selasa). Namun atas pengalaman beliau selaku penyelaras Kelab Guru tiada yang mustahil. 

Encik Asmara merupakan seorang pekerja yang komited dan berdedikasi serta tidak pernah berkira dalam soal kerja. Kesemua warga Guru kehilangan Pembantu Am rendah yang sangat komited terhadap tanggungjawabnya. Semoga beliau akan semakin selesa dan dapat berjasa di sekolah lama beliau.

jangan lupakan kami di SKTAR. jarak dengan SJKT KKB pun tk jauh.

SIREH PULANG KE GAGANG.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...