SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 4 July 2012

En.Asmara PAR...Sireh pulang ke gagang

Salam..

Pada 2 Julai 2012, En Asmara bin  PAR  di sekolah ini telah mendapat surat pertukaran yang beliau mohon sejak awal tahun ini lagi. Pertukaran ini dilakukan untuk beliau kembali berkhidmat di sekolah lama beliau sebelum berpindah ke SK Tun Abdul Razak sejak 2009. En.Asmara akan menyambung perkhidmatan beliau ke SJKT  Kuala Kubu Bharu bermula 4 Julai 2012 ini.

 Hadiah dari Kelab Guru disampaikan oleh PK Pentadbiran Puan Rokiah binti Hassan kepada Encik Asmara. Di belakang adalah penyelaras Kelab Guru SKTAR Puan Siti Khadijah. 


Justeru itu, Kelab Guru SKTAR prihatin dan mengadakan jamuan perpisahan beliau di Restoran Ab. Lan Komando belakang Maybank KKB pada jam 1.35 hingga 2.30 petang. Alhamdulillah..jamuan tersebut dihadiri hampir kesemua guru dan staf. puan Siti Khadijah agak rush apabila dimaklumkan oleh Ustaz Aziz yang surat pertukaran En.Asmara baru diperolehi pada pagi tadi ( 3 Julai 2012 Selasa). Namun atas pengalaman beliau selaku penyelaras Kelab Guru tiada yang mustahil. 

Encik Asmara merupakan seorang pekerja yang komited dan berdedikasi serta tidak pernah berkira dalam soal kerja. Kesemua warga Guru kehilangan Pembantu Am rendah yang sangat komited terhadap tanggungjawabnya. Semoga beliau akan semakin selesa dan dapat berjasa di sekolah lama beliau.

jangan lupakan kami di SKTAR. jarak dengan SJKT KKB pun tk jauh.

SIREH PULANG KE GAGANG.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...