SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 24 July 2014

MAJLIS PERSARAAN PUAN ROKIAH BINTI HASSAN ( 24 Julai 2014 )

Program : Majlis Persaraan Penolong Kanan 1 ( Puan Rokiah binti Hassan )
Tarikh : 24 Julai 2014
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan SKTAR



Salam, Pada 24 Julai 2014 , Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak telah kehilangan seorang lagi tenaga kerja berdedikasi selepas tamatnya tempoh perkhidmatan beliau selama 38 tahun sejak tahun 1976. Antara tetamu jemputan diundang adalah mantan guru besar Sktar @ guru besar SK Antara Gapi  : Encik Zulhisham bin Nasir ( 2011-Feb 2012 ), mantan GPK Kokurikulum SKTAR @ guru besar SK Keramat 1 : Puan hajjah Jashiah binti Rabu ( 1992 - Mac 2014 ) dan Penyelaras Sekolah Meja Orang Asli PPDHS Ustaz Norhisham bin Saimun.


Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah. Terima kasih diucapkan pada Badan Kelab Guru SKTAR. Kesemua murid turut merasakan kehilangan seorang 'bonda' yang lemah lembut dan mudah bertolak ansur dalam segala perkara. Kami mengucapkan semoga Puan Rokiah berbahagia hendaknya selepas ini.


Tentatif Program :


9.50 am  : Murid berkumpul di dewan


10.00 am : Perarakan masuk ke dewan dengan paluan kompang sambil diiringi bunga manggar . Guru-guru akan mengiringi bersama dulang hantaran hadiah.

10.12 am : Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Aziz

10.15 am : 


-Ucapan Pengerusi BKGS sebagai wakil guru oleh Encik Mohamed Nayan
-Ucapan wakil murid oleh adik Rosmayanti Erna binti Rosli
-Ucapan guru Besar oleh Encik Abdul Rahman bin Abdullah

10.45 am : Tayangan video

11.00 am : Potong kek dan persembahan guru

11.15 am : perarakan keluar dewan .

11.30 am : Penyampaian hadiah daripada guru, kakitangan sokongan dan wakil kelas.

11.45am : Puan Rokiah menanam pokok mempelam

12.00 pm : Puan Rokiah " Punch Card Balik "

12.05 pm : Rombongan mengiringi Puan Rokiah pulang.

Berikut merupakan sedikit biodata beliau :


Puan Rokiah binti Hassan dilahirkan pada 25 Julai 1956 di Kampung Padang Ulu Yam  Bharu, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Sejak kecil beliau bercita-cita ingin menjadi pendidik. Puan Rokiah dikurniakan 3 orang cahaya mata hasil perkahwinanya bersama Arbashah bin Ahmad pada 20 April 1981. Setakat ini beliau mempunyai 2 orang cucu yang sangat comel yang menjadi racun dan penawar Puan Rokiah di kala sunyi.

Sejarah Pendidikan :



Puan Rokiah mendapat pendidikan awal di SK Ulu Yam Lama pada tahun 1962 hingga 1968. Kemudian beliau meneruskan pelajaran pada peringkat sekolah menengah di SMK Syed Mahsur pada tahun 1970-1972. Seterusnya Puan Rokiah menyambung pelajaran di SM Dato' Haji Kamarudin pada Tahun 1973-1974.

Sejarah Perkhidmatan :



Puan Rokiah memulakan perkhidmatannya sebagai pendidik di SK Kampong Kuantan sebagai guru Sandaran pada tahun 1976. dengan minat yang mendalam beliau meneruskan perkhidmatannya si SK Sungai Buaya juga sebagai Guru Sandaran. Berkat kesabarannya beliau menjadi guru tetap di SK Setapak pada tahun 1978-1984. Kemudian beliau bertukar ke SK Ulu Yam Lama mulai 1985 - 2007. belaiu ditawarkan menjadi guru penolong kanan di SK Tun Abdul Razak sejak 2008 hingga tibanya hari bersejarah ini.


2008 - 2014 jasamu dikenang di SKTAR



TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Kandid Kamera : 


 Pelamin untuk yang dirai


 Antara petugas yang sudah bersiap siaga sebelum majlis bermula

 Diwawancarakan oleh 2 orang pengacara majlis yang ayu


 Menunggu ketibaan VIP Puan Rokiah binti Hassan

Yang dirai telah tiba

 PK Kurikulum baharu  SKTAR Puan Rosidah menyampaikan jambangan bunga pada Puan Rokiah

 Dihias indah bagai mempelai


 Ketibaan tetamu VIP


 Ucapan wakil murid adik Rosmayanti Erna


 Ucapan Pengerusi BKGS Encik Nayan


 Ucapan terima kasih dari Encik Abdul Rahman ( Guru Besar )


 Ucapan yang ditunggu-tunggu oleh Puan Rokiah binti Hassan

Segmen tayangan video


 Memotong kek sempena hari lahir beliau


Sebak mendengar persembahan guru

 Segmen hadiah kelas-kelas disampaikan oleh ketua kelas dan guru kelas

Segmen hadiah dari tetamu jemputan

Segmen hadiah dari barisan pentadbir

Segmen hadiah dari guru-guru

Segmen jemputan dari  Staf-staf

 Simbolik menanam pokok mempelam sebagai tanda ingatan di SKTAR



 Punch Kad terakhir di SKTAR


 " Selamat bersara Cikgu Rokiah "


 Kereta berhias menanti orang yang diingat di sekolah ini


Setulus ingatan kasih dan sayang dari kami warga SKTAR



Kenang kami dalam doamu Puan Rokiah binti Hassan


Wednesday 9 July 2014

TEAMWORK AJK ASET 2014



Team work : Kemaskini Fail Aset Harta Modal dan Inventori

Sasaran : AJK Aset Sekolah dan asrama

Tarikh : 7-10 Julai 2014 ( Isnin-Khamis)

Waktu : 8.00 pagi - 1.00 Tengahari

Tempat : PSS SKTAR




Senarai AJK Aset 2012 - 2014

Penasihat : Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar )
Pegawai Aset : Puan Rokiah binti Hassan ( PK Kurikulum )
Pemeriksa Aset DG41 : Encik Abdul Aziz bin Abdullah
Pemeriksa Aset DG29 : Puan Hamidah binti Hambli
Pegawai pelupusan DG41 : Puan Saedah binti Ahmad
Pegawai Pelupusan FT17 : Encik Muhammad Fahmi bin Kamil Hadi
Pegawai Aset Asrama : Encik Said Sobrie bin Said Kassim 

Antara pengisian sepanjang tarikh tersebut adalah :
  • Mengemaskini fail induk pengurusan aset
  • Mengemaskini minit mesyuarat aset
  • Mengemaskini Fail Kew. PA 2 - PA 8
  • Labelling dan coding aset terbaharu 




TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

GOTONG-ROYONG RENDANG PUASA 2014

Program : Gotong-royong memasak juadah puasa 2014 
Menu : Rendang ayam + nasi himpit 
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam
Tarikh : 8 Julai 2014 ( Selasa )
Waktu : 8.00 pagi -12.00 tengahari
Tempat : Kantin SKTAR
Sasaran : Semua 38 murid Islam dan warga kerja SKTAR



Salam..

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini, Panitia Pendidikan Islam sekali lagi merangka program menarik iaitu gotong-royong menghidangkan juadah berbuka puasa untukdiberi pada semua 38 orang murid Islam dari tahun 1 -6 . Menu yang dihidangkan untuk kali ini adalah rendang ayam dan nasi himpit. Terima kasih pada para penyumbang yang sudi memberi dana pada pihak panitia.



Gotong-royong ini dijalankan secara kerjasama melibatkan semua warga kerja sekolah. Majlis tersebut dirasmikan oleh ucapan Guru Penolong Kanan 1 Puan Rokiah binti Hassan.Tahniah diucapkan pada semua yang terlibat dari Panitia Pendidikan Islam.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...