SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 26 November 2014

Keputusan UPSR 2014

Salam manis..

Kiri : Shahrizan, Rosalin,Teacher Nurhayati, Amy Wan, Azizan dan Norsuhaila. 

Keputusan UPSR secara rasminya telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 26 November 2014 bersamaan hari Rabu. Seluruh negara menanti detik yang ditunggu. 


Tahniah pada 6 orang murid Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak kerana berjaya mendapat keputusan membanggakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) Tahun 2014. Berkat kerja berpasukan kesemua guru-guru khususnya para pentadbir dan guru subjek teras tahun 6 telah membuahkan hasil. Pada tahun ini berjaya memecahkan rekod pada tahun 2013 lalu.


Keenam-enam murid tersebut telah lulus kesemua mata pelajaran. Mereka adalah :
  • Amy Wan Nazrie bin Numi
  • Azizan bin Acham
  • Norsuhaila binti Merdi
  • Rosalin binti Rolkiplie
  • Ilen binti Morgan
  • Siti Shahrizan binti Asun


Adik AmyWan Nazrie telah berjaya mendapat keputusan paling baik dalam UPSR iaitu 2A 1B dan 2C. Semoga pada tahun 2015 kelak, keputusan UPSR lebih membanggakan.



SKTAR PINTAR

Monday 24 November 2014

Hari Terakhir Persekolahan 2014

Aktiviti : Hari Terakhir Persekolahan 2014
Tarikh : 21 November 2014 ( Jumaat )
Waktu : 7.30 am -  12.05 pm
Tempat : SKTAR


Salam akhir tahun

 Hari Jumaat tanggal 21 November 2014 merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun 2014. Pelbagai corat-coret dikenang sepanjang hari tersebut antaran :



AKTIVITI MENGEMAS DEWAN
Kesemua guru , staf dan murid mula mengemas kembali dewan tertutup sekolah yang menggunakan kelas tahun 3,2 dan 1. Pada hari sebelumnya telah diadakan Majlis hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Tahun 6. Terima kasih juga diucapkan pada ayah liki seorang cleaner swasta yang banyak membantu kerja-kerja gasar di sekolah ini.



JAMUAN POT LUCK




Kelab Guru dan Staf SKTAR mengadakan jamuan ringan dengan pelbagai juadah menarik yang dibawa oleh warga kerja sekolah seperti nasi arab, aiskrim Kifayah, kek secret resepi, kuih-muih, nasi lemak dan pelbagai lagi. jamuan ini turut mengenang perpisahan 2 orang guru yang akan berpindah iaitu Puan Hamidah & Pn Noor Hafiza



PERPISAHAN TAHUN 6
kesemua murid Tahun 6 2014 telah mengunjungi bilik guru untuk bermaafan dengan kesemua guru. Pertemuan syahdu tersebut pastinya akan dikenang oleh murid dan guru. Selamat maju jaya diucapkan untuk murid Tahun 6 yang akan melangkah ke tingkatan 1 tahun hadapan.



UCAPAN AKHIR PN HAMIDAH & PN NOOR HAFIZA
Mereka berdua akan mula berkhidmat di sekolah baharu mulai 2015. Ucapan perpisahan tersebut disampaikan di dataran perhimpunan dan disusuli perjumpaan murid-murid yang rapat dengan mereka di bilik guru. Selamat maju jaya dan jangan lupakan SKTAR.


SKTAR PINTAR

Thursday 20 November 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan 2014

Sambutan : Hari Anugerah Kecemerlangan 2014
Tarikh : 20 November 2014 ( Khamis )
Waktu : 8.30 am - 12.00 pm
Tempat : Dewan terbuka SKTAR
Dirasmikan oleh : Encik Mohd Hafiz bin Mat Samsuri 
( Pegawai JAKOA Hulu Selangor )


Salam...

Pada Khamis tanggal 20 November 2014, program rasmi terakhir sekolah untuk tahun ini telah diadakan. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2014 tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hafiz dari Jabatan Kemajuan Orang Asli Hulu Selangor. Majlis tersebut dihadiri hampir 100 orang penjaga murid yang menerima hadiah. Majlis juga diserikan dengan persembahan murid dan cabutan bertuah.

Berikut merupakan tentatif program tersebut :

8.30 pagi : Ketibaan ibu bapa

8.45 pagi : 

-Ketibaan para jemputan
-Nyanyian Lagu Negaraku
-Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah

9.00 pagi : Ucapan Pengerusi majlis

9.15 pagi : Ucapan Guru Besar SKTAR Encik Abdul Rahiman bin Yusof

9.30 pagi : Ucapan perasmian oleh Encik Mohd Hafiz bin Samsuri

9.45 pagi : Persembahan murid 1 : Tahun 5 " Joget Sayang di Sayang - Anita Sarawak '
10.00 pagi : Rehat

10.30 pagi :
-Penyampaian hadiah dan sijil Akademik 2014
-Penyampaian Anugerah Peningkatan Prestasi Pemulihan & LINUS
-Anugerah Pembaca Terbanyak 
-Graduasi Tahun 6
-Penyampaian Sijil penghargaan pengawas Sekolah, PSS, Ketua & Penolong Kelas
-Penyampaian Hadiah dan Sijil Kelas Terbersih 
-Penyampaian Hadiah dan sijil Kehadiran Penuh
-Penyampaian Sijil Penyertaan dan Penghargaan Ko-Kurikulum
-Persembahan murid 2 : Tahun 6  "  Berjuta batu - Alleycats "
-Pengumuman Tokoh 2014 :
  1. Tokoh Kokurikulum
  2. Tokoh Sahsiah
  3. Tokoh Akademik
12.00 Tengahari:

-Jamuan dan bersurai



Kandid kenangan :

 Backdrop hasil kerja tangan berpasukan.

 
 Cik Noor Ida selaku pegawai pendaftaran sibuk melayan hadirin

 
 Ketibaan Ibu bapa

 
 Encik Aziz Lahakim menguruskan peserta yang mendapat hadiah

 
 Murid yang tidak mendapat hadiah tidak dilupakan.

 
 Tetamu VIP sudah tiba..majlis nak bermula.

 Cikgu Hafsania binti Jamian mengendalikan majlis

 
 Ucaptama Guru Besar Encik Abdul Rahiman bin Yusof

 
 Ucapan perasmian oleh Encik Mohd Hafiz dari JAKOA


 Hadiah Hari Augerah

Kak Ju konsisten.

 Persembahan Tahun 5 : " Joget Sayang di Sayang "

 Abang Nan turut membantu di kantin menyediakan juadah untuk ibu bapa penjaga murid

 Kaum ibu menjamu selera di kantin sekolah

 Tetamu VIP dan guru menjamu selera di PSS

 Titipan akhir November 2014

 
 Pengurus peserta di balik majlis

 Penyampaian sijil bermula

 Adik Fikri menerima hadiah dari perasmi

 Anugerah NILAM 2014 : Adik Asmira Natasari

 Antara murid yang menerima sijil, hadiah dan medal

Wira dan wirawati SKTAR

 Selingan cabutan bertuah mengisi slot majlis

 Persembahan 2 : Tahun 6 " Berjuta Batu "

---------------------

 DETIK KEMUNCAK MAJLIS :

 

Tokoh Sahsiah 2014 :
 Disandang oleh adik Ejan bin Pulan


 Tokoh Ko-Kurikulum
 Disandang oleh adik Rosmayanti Erna binti Rosli


 Tokoh Akademik :
 Disandang oleh adik Amy Wan Nazrie bin Numi


 Bergambar bersama penjaga murid dan VIP


 Hari Anugerah Kecemerlangan SKTAR Tahun 2014 ini ditutup dengan pelbagai kenangan manis dan pencapaian yang membanggakan khususnya buat semua warga sekolah. Semoga kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu terus bersinar dan begemerlapan.Terima kasih diucapkan pada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

Andalah kebanggaan kami

SKTAR PINTAR

Wednesday 19 November 2014

Mesyuarat Akhir Tahun 2014

Taklimat : Mesyuarat Akhir Tahun 2014
Tarikh : 19 November 2014 ( Rabu )
Waktu : 2.00 - 4.30 pm
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran : Kesemua guru dan staf sokongan.


Salam..

Pada 19 November 2014, telah berlangsung Mesyuarat Akhir Tahun 2014 yang dipengerusikan pertama kalinya oleh guru besar SKTAR yang baharu iaitu Encik Abdul Rahiman bin Yusof. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh hampir kesemua guru dan staf sokongan. Berikut merupakan beberapa ketetapan yang diambil sepanjang mesyuarat berlangsung :

  1. Pengenalan diri oleh semua warga kerja SKTAR
  2. Harapan dan impian Encik Rahiman pada semua warga kerja SKTAR
  3. PPPM ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  2013-2015)
  4. MMI  ( Melindungi Masa Instruktional )
  5. Tatacara pengurusan cuti 
  6. Pembentangan minit mesyuarat guru terdahulu
  7. Pembentangan minit mesyuarat Kurikulum, HEM dan Ko-kurikulum
  8. Takwim 2015 dan carta GANT
  9. Mesyuarat guru pertama 2015

Kesemua ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru Pertama bagi Tahun 2015 adalah pada 28 & 29 Disember 2014. Mesyuarat tersebut turut menghidangkan minum petang yang diuruskan oleh Kelab Guru dan Staf ( BKGS ) SKTAR. 

 Dikendalikan oleh Encik Abdul Rahiman bin Yusof

 Kesemua warga kerja SKTAR telah memenuhi ruang makmal

 Jejaka terhebat SKTAR

Cikgu Nayan dan  abang Azmai PAR

Gelagat cikgu Yusmawi dan cikgu Jauharriah

 Jemput makan

Air minuman turut disediakan

 
 2014 di SKTAR dalam imbauan

Mesyuarat berakhir pada jam 4.30 petang.


SKTAR PINTAR 

Monday 17 November 2014

2014 : Selamat Datang Guru Besar Baharu SKTAR

Mengalukan :  Guru Besar SKTAR Encik Abdul Rahiman bin Yusuf
 bertugas rasmi di SKTAR : 17 November 2014 ( Isnin )
Turut meraikan : Kesemua warga SKTAR



Salam..

Pada Isnin tanggal 17 November 2014, SKTAR telah menerima ketua jabatan yang baharu. Beliau yang dimaksudkan adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak iaitu yang berusaha Encik Abdul Rahiman bin Yusuf.

 Memulakan ucapan pertamanya di SKTAR
 
Together we stand

Kami warga kerja sekolah ini amat mengharapkan agar Encik Abdul Rahiman akan membantu kami menaikkan lagi mutu akademik ke tahap yang membanggakan. Selamat bertugas diucapkan untuk Encik Abdul Rahiman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...