SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday 9 March 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTAR KE 29 TAHUN 2013

Salam..

 Pada hari Sabtu ( 2 Mac 2013 ) jam 8.30 pagi - 12.30 Tengahari telah dijalankan Mesyuarat Agung PIBG 2013 kali ke 29 bertempat di Dewan SKTAR. Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Batin kampung Orang Asli Tun Abdul Razak Encik Asu bin Dollah. Antara yang turut hadir ialah YDP PIBG sesi lantikan 2012 lalu Encik A Mizan bin Silai. Guru Besar Encik Rahman turut menyerikan majlis pada hari perjumpaan ibu bapa dan guru- guru.
























Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang mesyuarat seperti :


  • Ucapan Perasmian
  • Ucapan guru Besar
  • Ucapan YDP PIBG
  • Taklimat Sarana oleh Setiausaha lalu Puan Asfarina binti Ghazali
  • Mesyuarat Agung
  • pembentangan usul
  • Cabutan bertuah

terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat  tersebut. Semoga hasilnya akan terlihat pada anak-anak murid di sekolah ini. InsyaAllah.

Thursday 7 March 2013

LADAP KE 4 : 1 MURID 1 SUKAN

Salam..

Pada 7 Mac 2013 ( Khamis )  jam 2.45 petang telah berlangsung LADAP keempat SKTAR bertajuk 1 murid 1 Sukan.. Selaras dengan pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia, SKTAR tidak ketinggalan dalam menyiapkan ilmu yang secukupnya pada semua guru berkaitan kejurulatihan sukan.  LADAP kali ini di bentangkan oleh Cikgu Jashiah PK Kokurikulum.

                                     



Di harap ilmu coaching yang telah disampaikan itu dapat memberi lagi tambah nilai pada aktiviti kokurikulum murid2 sekolah ini. Antara isi ceramah pada petang itu juga menyentuh aktiviti setiap petang Rabu iaitu Kokurikulum dan TKRS.

Monday 4 March 2013

Minggu Penutupan Bulan Bahasa Melayu 2013

Salam..

Pada hari Isnin 4 Mac 2013, Minggu penutupan Bulan BM telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Pelbagai hadiah untuk peserta beberapa acara telah berlangsung sepanjang Februari. Di harap segala ilmu dalam kuiz yang disertai itu dapat dijadikan panduan dalam penggunaan sehari-hari di kalangan murid.






Majlis disempurnakan oleh PK 1 Puan Rokiah bt Hassan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...