SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 30 January 2012

Penyampaian Pingat Untuk Merentas Desa Peringkat Daerah

Penyampaian pingat dan sijil penghargaan kepada murid-murid yang terpilih untuk menyertai Merentas Desa Peringkat Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2012. Syabas kepada mereka kerana berjaya sampai ke tahap ini.








Thursday 19 January 2012

Merentas Desa Sekolah 2012

Pada hari tersebut SKTAR telah mengadakan Hari Merentas Desa Peringkat Sekolah Kali Ke-34 bagi tahun 2012. Ia berlangsung pada hari Rabu (18 Januari 2012).

Murid-murid sedang melintas jalan semasa merentas desa.

Seorang guru sedang memberi kupon 'checkpoint' kepada murid yang melalui laluan tersebut.

Pihak Polis KKB juga diberi tugas untuk menjaga serta memantau laluan merentas desa SKTAR sepanjang kejohanan dilangsungkan

Dua orang murid sedang berlari untuk bersaing dalam merebut pingat bagi kejohanan dijalankan.

Seorang murid yang menjadi Johan Merentas Desa bagi pingat emas setelah berjaya menamatkan larian sepangjang 5 KM. Beliau telah berjaya mengumpul semua kupon 'checkpoint' dan mengatasi rakan-rakannya yang lain. Tahniah pada Adik Zul Kamirul..!!!

Seorang guru sedang mengarahkan peserta-peserta merentas desa untuk mendaftarkan diri kepada guru-guru yang bertugas selaku penjaga masa. Ia bertujuan untuk mengetahui catatan masa yang dilakukan oleh murid-murid.


























Tuesday 17 January 2012

Pelancaran Program NILAM 2012

Tujuan program ini adalah bagi menanamkan sikap suka membaca dan menjadikan membaca di waktu pagi sebagai amalan sekolah.

Pelancaran : Program NILAM 2012
Tarikh       : 17 Januari 2012
Tempat     : Dataran Ilmu SKTAR








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...