SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 27 April 2020

Sambutan Program Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah Tahun 2020

Aktiviti : Sambutan Program Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah Tahun 2020
Tarikh : 27 April 2020 (Isnin)
Waktu : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Penglibatan : Semua warga SKTAR


  Sambutan pada tahun ini adalah berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya. Hal ini kerana, pada waktu ini seluruh dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak Corona Virus (Covid-19). Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali dari menerima tempias wabak tersebut. Oleh yang demikian , kerajaan telah menetapkan satu langkah berjaga-jaga iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rakyat dinasihatkan agar terus berada di rumah  sepanjang tempoh kawalan tersebut.

  Sehubungan dengan itu, SK Tun Abdul Razak  telah melancarkan Sambutan Program Ihya' Ramadhan melalui saluran 'Google Meet' yang mana semua warga SKTAR boleh mengakses melalui telefon bimbit masing-masing. Dengan cara ini, setiap orang boleh meraikan program tersebut tanpa perlu keluar dari rumah atau tempat dimana berada pada ketika ini.

  Objektif sambutan kali ini adalah, mewujudkan suasana  keakraban, kemesraan, dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Buku Program Ihya' Ramadhan 2020

Ucapan dari Guru Besar

Sepatah dua kata dari GPK KOKO
  
Ucapan dari Pengerusi Majlis


Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Abdul Aziz
    

    

SKTAR DIHATIKU!!!









Saturday 25 April 2020

Program Jom Baca Bersama 10 minit

Aktiviti : Program Jom Baca Bersama 10 minit 
Bahan : Buku-buku  ilmiah (bermanfaat)
Tarikh : 23 April 2020 (Khamis)
Waktu : 11.00am - 11.10 am
Tempat : Kediaman masing-masing

Program ini bertujuan untuk mendorong rakyat membaca, dimulai dengan langkah awal 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. Program ini diadakan setiap tahun sempena Hari Buku Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.








STAR DIHATIKU

Saturday 4 April 2020

e-Class (UPSR) bersama GURU DC

e-Class (UPSR) bersama GURU DC

Ikuti secara langsung di YouTube Channel Digital Classroom pada setiap hari mulai 4 April hingga 14 April 2020 dari 9:00 - 10:00 pagi atau bole terus klik pada link berikut www.bit.ly/DCeclass2020



STAR DIHATIKU

Sesi pembelajaran melaluai TV pendidikan bermula minggu hadapan

Sesi pembelajaran melaluai TV pendidikan bermula minggu hadapan

Orang ramai boleh mengikuti melalui siaran :-
MyFreeview (Channel 110)
Astro / Njoi (Channel 146)
Unifi TV (Channel 110)






STAR DIHATIKU



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...