SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 27 April 2020

Sambutan Program Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah Tahun 2020

Aktiviti : Sambutan Program Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah Tahun 2020
Tarikh : 27 April 2020 (Isnin)
Waktu : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Penglibatan : Semua warga SKTAR


  Sambutan pada tahun ini adalah berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya. Hal ini kerana, pada waktu ini seluruh dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak Corona Virus (Covid-19). Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali dari menerima tempias wabak tersebut. Oleh yang demikian , kerajaan telah menetapkan satu langkah berjaga-jaga iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rakyat dinasihatkan agar terus berada di rumah  sepanjang tempoh kawalan tersebut.

  Sehubungan dengan itu, SK Tun Abdul Razak  telah melancarkan Sambutan Program Ihya' Ramadhan melalui saluran 'Google Meet' yang mana semua warga SKTAR boleh mengakses melalui telefon bimbit masing-masing. Dengan cara ini, setiap orang boleh meraikan program tersebut tanpa perlu keluar dari rumah atau tempat dimana berada pada ketika ini.

  Objektif sambutan kali ini adalah, mewujudkan suasana  keakraban, kemesraan, dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Buku Program Ihya' Ramadhan 2020

Ucapan dari Guru Besar

Sepatah dua kata dari GPK KOKO
  
Ucapan dari Pengerusi Majlis


Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Abdul Aziz
    

    

SKTAR DIHATIKU!!!









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...