SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 31 January 2013

LADAP Pertama 2013

 Salam

Pada hari Khamis ( 31 Januari 2013) jam 2.45-4.45 petang berlangsung mesyuarat LADAP Kali pertama untuk tahun 2013. Bertempat di Pusat Sumber Sekolah, mesyuarat selama 2 jam itu membincangkan takwim dan perancangan hala tuju kursus yang bakal berlangsung sepanjang tahun ini. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Aziz selaku Setiausaha LADAP.


Ustaz Aziz selaku pentaklimat pada petang itu.

 
 Kehadiran guru-guru 

Serius membincangkan.


Saturday 26 January 2013

Kemenjadian murid

SKTAR sememangnya mementingkan kemenjadian atau erti kata lain murid yang berketrampilan dalam semua aspek termasuk rohani dan jasmani. Justeru SKTAR akan menggunakan sebaik usaha,tenaga, wang,masa dan bakti demi kebaikan anak didik di sekolah ini. 



Semoga beroleh redha Allah s.w.t...aamiin

Friday 25 January 2013

Merentas Desa 2013

Salam 1 Murid 1 Sukan..

 Pada 25 Januari 2013 ( Jumaat) jam 8.20-11.50 pagi telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah . Pelepasan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah di Dataran Kampung Tun Razak (Sebelah Futsal ).

Bersedia untuk berlepas..kaki ayam pun takpe..

 
 Teruskan langkah mu..

 
 Jalan basah akibat hujan lebat pada malam sebelum hari temasya

 Check point.. ambil kupon dulu..

 Pemenang pertandingan mewarna Tahap 1

 Serikandi no 1-20


 Pemenang murid lelaki perempuan 1-10. Masing-masing menerima RM 5.00

 Jamuan disediakan oleh pihak kantin dan sekolah

 Menerima kalungan dari Guru Besar

Johan Lelaki : Like bin Achim Tahun 6
Johan Perempuan : Rosmayanti Erna Tahun 5


Kesemua guru begitu bersemangat turut serta dibantu oleh staf sokongan sekolah. Penyampaian Hadiah mewarna untuk murid Tahap 1 turut diadakan. Penyampaian medal dan wang tunai di lakukan di dataran Keat SKTAR pada jam 11.30 pagi. Tahniah diucapkan pada semua pemenang.

Wednesday 23 January 2013

Pencarian Bakat Sepak Takraw

Salam..

 Pada hari Selasa 22 Januari 2013 jam 2.45-4.15 petang berlangsungnya uji bakat pencarian atlit berpotensi SKTAR dalam sukan sepak Takraw. Sesi pemilihan itu melibatkan semua murid lelaki Tahun 4,5 dan 6 yang tinggal di Asrama dan Kampung Orang Asli Tun Razak KKB. 




Guru yang menyelaras sesi bakat itu dipimpin oleh Ustaz Aziz dan dibantu Cikgu Nayan yang juga merupakan atlit Sepak Takraw Maktab sewaktu zaman mudanya. Waktu petang tersebut cuaca angin sangat kencang tidak menghalang semangat murid untuk mencuba. Seramai 10 bakat baru dipilih dan 3 murid turus sedia ada akan menjadi pemudah cara di masa hadapan.

Saturday 19 January 2013

Bantuan Awal Persekolahan 2013

Salam 1 Malaysia..

Terima kasih pada kerajaan pusat yang begitu prihatin dengan masalah kewangan ibu bapa tiap kali awal musim persekolahan. Justeru itu Kementerian Pelajaran Malaysia dan PPD seluruh daerah di semua negeri akan mengelolakan satu serahan bantuan awal persekolahan pada waris murid tahun 1 hingga 6 dan murid tingkatan 1 ( murid tahun 6 2012 yang layak menrima bantuan 1MDB sebanyak RM100 lagi. )

 Gambar: Bergambar bersama yb....
 Warga sekolah bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan

 
Ibu bapa mengisi borang dan menandatangani mengikut kelas anak masing-masing.

 
 Ada sinar di balik senyuman para ibu bapa dan guru-guru.

 Murid yang sedang mencuba gadjet terbaru guru.

 Warga sekolah bertemakan Baju korporat SK Tun Abdul Razak 

Model untuk  Sampul bantuan RM100

Kesemua guru dan warga sekolah sudah sibuk sejak sehari sebelum program bantuan ini dijalankan. Berkat kerjasama semua pihak ,maka SK Tun Abdul Razak telah berjaya mengadakan serahan ini dengan jayanya pada hari Jumaat ( 18 Januari 2013) jam 11.30 pagi- 12.20 Tengahari. Perasmian Bantuan ini disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor Encik P.Kamalanathan.

Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut termasuk pentadbir sekolah, Polis, warga kantin, ibu bapa, murid-murid, barisan guru dan staf sekolah. 

Thursday 17 January 2013

Program Maju Diri 2013

Salam..

Pada 16,17 dan 21 Januari 2013 ( Rabu,Khamis dan Isnin) berlangsungnya Program Maju Diri untuk tahun ini. Kelas tahun 2 dan 3 telah dijadikan dewan sementara untuk program tersebut yang mana melibatkan kesemua murid tahun 4,5 dan 6. Program ini telah dikendalikan oleh Cikgu Aziz bin Lahakim dan Ustazah Asfarina sambil dibantu oleh kesemua rakan guru dan staf sekolah.

 Pengenalan Subjek BM oleh Puan Jauharriah binti Ahmad 

 Konduktor Motivasi PMD Ustazah Asfarina binti Ghazali

Peserta kursus PMD 2013

Antara program menarik yang disediakan seperti :

  • Pembahagian kumpulan
  • Sesi LDK
  • Taklimat pentadbiran oleh Cikgu Rahman(GB)
  • Pengenalan Subjek Teras
  • Stesen kekemasan diri
  • Nyanyian semangat
  • Motivasi diri 

Tuesday 15 January 2013

Mesyuarat Kokurikulum Pertama dan petang 15 Januari 2013

 Salam 1 Murid 1 Sukan.




Pada 15 Januari 2013 ( Selasa) bertempat di Makmal Komputer telah berlangsung mesyuarat Kokurikulum Kali pertama bagi tahun 2013. Mesyuarat yang bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Ianya telah dikendalikan oleh PK Kokurikulum Puan Hajjah Jashiah binti Rabu. 

 

Antara agenda yang dibincangkan ialah :

  • Pembentangan minit terdahulu
  • pengesahan minit terdahulu
  • Takwim 2013
  • Rombakan kecilan AJK Kokurikulum 2013
  • Tarikh merentas desa
  • Hal2 lain

-----------------------
Taklimat PMD



Selepas selesai mesyuarat Kokurikulum , Mesyuarat Program Maju Diri di bawah unit Bimbingan dan Kaunseling terus dijalankan. Terima kasih pada AJK BnK iaitu Cikgu Aziz Lahakim dan Ustazah Asfarina. PMD akan melibatkan murid tahun 4,5 dan 6 pada minggu berikutnya ( 16,17 & 21 Januari 2013).

----------------------
Lawatan Kerja Menteri Luar Bandar ke Kampung Tun Razak KKB




Pada waktu yang sama satu lawatan kerja oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dato' Seri Shafei Afdal telah melawat Dewan Orang Ramai Kampung OA Tun Abdul Razak. Betul-betul di dataran futsal di depan asrama. Tuan Guru Besar dan kesemua murid asrama turut serta dalam undangan majlis tersebut.

Monday 14 January 2013

Mesyuarat Asrama 2013

 Salam..


Dipengerusikan oleh GB dan dikendalikan oleh  PK HEM


Pada hari Jumaat ( 11 Januari 2013) jam 9.20-10.30 pagi telah berlangsung mesyuarat Asrama kendalian HEM bagi tahun 2013. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cikgu Rahman bin Abdullah Guru Besar dan dikendalikan oleh Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar selaku GPK HEM. Kesemua AJK Asrama lantikan 2013 telah dilantik dan hadir dalam mesyuarat pada waktu tersebut.

 
Kesemua AJK Asrama 2013 

SKTAR mengucapkan selamat datang pada Penyelia Asrama yang baru iaitu Puan Rodiha Irhanim ke Asrama SKTAR.Semoga dapat membantu pentadbiran asrama yang lebih gemilang untuk tahun 2013 ini. Antara agenda mesyuarat :


  • Aluan Guru Besar dan PK HEM
  • Laporan PPD 
  • Laporan PPM
  • Laporan Warden
  • Laporan Penyelia
  • Takwim 2013
  • Hal-hal lain.

 Ustaz Aziz dan Cikgu Hafsania serta Cikgu Noriah menjadi AJK Guru untuk asrama bagi tahun ini.


Selepas tamat mesyuarat, jamuan disediakan di katin sekolah. Terima kasih pada Puan Hajjah Jashiah yang sudi menjamu warga SKTAR untuk hari itu. Semoga bertambah lah rezeki beliau..aamiin.

Wednesday 9 January 2013

Mesyuarat pertama di PSS

Salam..

Tahun baru..so SKTAR juga cuba mencuba sesuatu yang baharu.atas inisiatif  Tuan Guru Besar Encik Abdul Rahman yang berjasa mendapatkan set meja mesyuarat. Pusat Sumber Sekolah telah dipilih untuk dijadikan bilik mesyuarat sebagai alternatif bilik mesyuarat di Makmal Komputer SKTAR.




Pada 8 Januari 2013 ( Selasa) jam 2.45 petang berlangsung mesyurat Kurikulum Pertama 2013 yang dipengerusikan GB dan dikendalikan oleh Puan Rokiah Binti Hassan ( GPK Kanan). Antara agenda mesyuarat seperti : 

  • Mengesahkan minit terdahulu
  • Laporan PPD melalui Guru Besar
  • Perkara berbangkit
  • Agenda baru 2013.
Mesyuarat tersebut selesai pada jam 4.30 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...