SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Sunday 17 November 2013

Family Day SKTAR 2013

Salam..


Benarlah pepatah mengatakan.. Semuanya bermula dari Keluarga.

Justeru itu Kelab Guru dengan dibantu oleh semua warga kerja SKTAR telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga untuk Tahun 2013 pada Sabtu (16 November 2013) .. Tempat kali ini di Super Bowl Bukit Beruntung Golf Resort, Hulu Selangor. Aktiviti yang telah dirancang oleh KG SKTAR ini sungguh bermakna apabila berjaya memperkukuhkan lagi Insititusi sesama warga kerja di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Selangor.
 
Majlis disempurnakan oleh Guru Besar encik Abdul Rahman bin Abdullah.


 Puan Hajjah Jashiah dikhabarkan akan bertukar angin di daerah Gombak sebagai Guru Besar tahun hadapan.

 Bahagianya keluarga Cikgu Noriah ni..sepakat pakai jersi Pahang. Juara Piala Malaysia 2013 la katakan ye.

 Cikgu Hasnah ibu pada Cikgu Noor Hafiza senyum sokmo.

 Ustazah Asfa sedang mengawal mikropon supaya on time.

                                                                  Ustaz Aziz dan Isteri.


                                                 Makan malam di Sukho Thai Bukit Beruntung.



Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Cabutan bertuah
  • Pertukaran hadiah
  • Pertandingan bowling anak-anak ahli
  • Pertandingan bowling warga kerja SKTAR. 
  • Jamuan makan di Sukho Thai BuKit Beruntung. 
Tahniah diucapkan pada penyelarasnya iaitu Encik Abdul Aziz bin Lahakim dan Ustazah Asfarina binti Ghazali.

SKTAR DIHATIKU

Saturday 16 November 2013

HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2013



Salam..


 3 Tokoh murid tahun 6 gembira dengan plak dan sijil penghargaan atas sumbangan diberi sepanjang di SKTAR.

Bulan November kunjung tiba lagi..bermakna Hari Anugerah Kecemerlangan Peringkat Sekolah harus dijalankan. SKTAR tidak ketinggalan mengadakan Sambutan tersebut pada 8 November 2013 ( Khamis) bertempat di Dewan tertutup SKTAR. Berkat kerjasama oleh semua guru dan warga sekolah telah berjaya mencapai objektif majlis.

Alhamdulillah, sambutan kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan hampir 150 orang hadir. Pihak sekolah dan PIBG berganding bahu menyediakan bajet dan cabutan bertuah buat waris murid-murid dan ahli keluarga mereka. Sejak Selasa (12 November  2013) semua warga SKTAR dah tak menang tangan menyiapkan pelbagai aturcara,persiapan dan hingga  sekecil-kecil perkara sambil dibantu oleh murid-murid tahun 6.



Tokoh Kokurikulum (Lelaki) :

-Naszrul Ikmal bin A.Mizan
-Mewakili Selangor dalam acara Sepak Takraw.
-Pencapain Kebangsaan Terbaik : Keempat berpasukan Takraw Selangor di Klang.
Johan MSSD Regu A Hulu Selangor 2013
Johan Regu A Kejohanan Sukan Murid Orang Asli Selangor.

 Disamping ayah beliau Encik A.Mizan bin Silai yang juga YDP PIBG SKTAR.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------

Tokoh Sahsiah :

-Anas bin Ali Zufri
-Mewakili Sekolah dalam pelbagai taklimat,bengkel dan kursus kepimpinan murid.
-Pencapain dalam kepimpinan dan akademik yang membanggakan.
Menjadi Ketua Pengawas sesi 2013. Aktif dalam aktiviti Panitia P.Islam

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Tokoh Akademik :

-Maiyuni binti Tomin
-Guru-guru meletakkan harapan pada beliau sebagai calon terbaik UPSR 2013.
-Cemerlang dalam peperiksaan, aktiviti akademik dan motivasi diri.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom soroti beberapa foto kenangan sempena Hari Anugerah Cemerlang SKTAR 2013 :


 
 Pentas yang dihias indah.

 
 AJK Hadiah dah prepare lama dah.

 
 Kehadiran ibu bapa mengambil tempat duduk.

 
 Ketibaan tetamu VIP diketuai Encik Zaini selaku pengarah JAKOA Daerah ( bertanjak), Encik Rosli penyelaras asrama PPD Daerah (Songkok) , En.A Mizan selaku YDP PIBG (kameja hitam) , Batin Kampung Orang Asli Tun Razak Asu bin Dolah (batik biru) dan guru Besar SKTAR Encik Abdul Rahman (batik hitam).

 
Barisan PK : Puan Jashiah, Puan Rokiah dan Puan Rosidah .

  
Aturcara dikendalikan oleh Cikgu Noor Hafiza dan Cikgu Hamidah.

 
 Diserikan majlis dengan bacaan doa oleh Ustaz Aziz.

 
 Ucapan aluan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah.

 
Ucapan perasmian oleh Encik Zaini Pengarah JAKOA Hulu Selangor.

Acara penyampaian hadiah : 
 
Mata pelajaran KSSR terbaik tahun 2

Pencapaian subjek terbaik KBSR

 Persembahan murid-murid SKTAR

 
Penyampaian hadiah pengawas

 
 Puan Noriah guru Media bergambar bersama murid Pengawas Pusat Sumber

 
 Adik Nazri bin Siba menerima sijil penghargaan dari Puan Rokiah.

 
 Adik Haziman tahun 4 mengekalkan pencapaian terbaik dalam semua subjek dan sahsiah sikap.

Bakal olahragawati  tahun hadapan, adik Rosmayanti Erna menerima sijil dari En.A Mizan

 
 Penghargaan pada semua murid cemerlang UPSR 2012 lalu.

 Cabutan bertuah. tahniah pada seorang bapa menerima hamper dari Encik Rosli PPDHS.

 Anugerah Kelas terbersih Tahap 2 : Diungguli tahun 6

  Anugerah Kelas terbersih Tahap 1 : Diungguli tahun 1

 
Tokoh Akademik,Tokoh Sahsiah dan tokoh Kokurikulum tersenyum riang.

 Encik Rahman menyampaikan hadiah setulus ingatan pada Batin Asu.

 Cikgu pun dapat cabutan bertuah juga.  PK HEM Puan Rosidah sempat mengusik Ustazah Norhayati.

 Anugerah Khas 2013 : Diterima oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah.

  TERIMA KASIH PADA SEMUA WARGA SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM MAJLIS SAMBUTAN HARI ANUGERAH SKTAR TAHUN 2013.

Friday 15 November 2013

SAMBUTAN ULANGTAHUN MURID ASRAMA JULAI-DISEMBER 2013

Selamat Hari Lahir..


Pada waktu tengahari Jam 1.00-3.00 petang bertarikh 14 November 2013 (Khamis), SKTAR melalui unit asrama di bawah kendalian Puan Rosidah binti mohamed Ahyar telah mengadakan majlis sambutan hari lahir bagi murid-murid asrama yang lahiR dari bulan Julai hingga Disember. Sambutan hampir serupa pada 26 Jun lalu. berita mengenainya boleh lihat DI SINI.   

 Barisan guru tidak melepaskan peluang menyambut majlis murid-murid asrama.

 Pramusaji asrama yang lahir bulan 6-12 turut diraikan. 

 Pekerja swasta turut tidak dilupakan.

 Selamat hari lahir igun muhei..

Diharap dengan sambutan ini semakin minatlah murid-murid untuk menginap di asrama sekaligus mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah.Tahniah diucapkan pada Wardennya Cik Noor Ida Mardhiah dan PPM berwibawa Encik Syed Sobrie. Majlis jamuan turut diraikan oleh semua guru selepas selesai sahaja majlis Hari Anugerah Cemerlang di sekolah pagi hari tersebut.

SKTAR DIHATIKU

Wednesday 13 November 2013

MESYUARAT AJK PIBG KE 2 TAHUN 2013

Salam..
 
Encik A.Mizan meneliti minit disediakan.

Pada Hari Rabu (13 November 2013) sekitar jam 3.00- 5.00 petang bertempat di Pusat Sumber , telah berlangsung Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTAR Kedua bagi tahun 2013. Majlis dihadiri oleh kesemua jawatankuasa guru diketuai oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah sambil dikendalikan oleh YDP PIBG Encik A.Mizan bin Silai.

 Rancak bermesyuarat

 Perbincangan serius antara S/u dan bendahari PIBG

 AJK Guru membaca laporan kewangan

 Puan Hajjah Jashiah dan Puan Rokiah selaku Guru pentadbiran turut serta.

Tayangan Sarana oleh Cikgu Nayan

Tahniah diucapkan pada penyelaras Setiausaha PIBG iaitu Cikgu Nayan bin Mohamed dan Bendahari Kehormat sesi ini Ustazah Noorhayati binti Nawawi. Antara agenda yang dibincangkan ialah :

  • Ucapan Perasmian
  • Ucapan guru Besar
  • Ucapan YDP PIBG
  • Taklimat Sarana oleh Setiausaha 
  • Laporan kewangan
  • pembentangan usul

Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat  tersebut. Semoga hasilnya akan terlihat pada anak-anak murid di sekolah ini. InsyaAllah.
 
SKTAR DIHATIKU

Monday 11 November 2013

PELUPUSAN BUKU TEKS SPBT 2013

Salam..


Pada hari Isnin 11 November 2013 jam 8.30 pagi di hadapan bilik guru SKTAR, Puan Jauharriah binti Ahmad selaku guru Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT) dan juga merupakan Jurulatih Utama bagi SPBT Daerah telah mengembeling tenaga bersama murid-murid tahun 6 bagi mengikat buku teks dan aktiviti yang perlu dilupuskan mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan oleh kementerian Pendididkan Malaysia. 

Puan jauharriah dibantu para murid

 Ikat ikut seperti diajar ye...

 Sedia untuk dihantar ke lori SPBT kementerian

 Manakala buku aktiviti dan buku teks Pendidikan Islam diasingkan untuk pelupusan berbeza dari buku teks subjek lain. Ini bertepatan dengan tatacara pelupusan sebenar. Untuk slideshare pelupusan boleh rujuk  DI SINI.

SKTAR DIHATIKU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...