SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 8 November 2013

PERKHEMAHAN TKRS TAHUN 2013

Ilmu, Iman, Amal.


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013 TKRS
HARI : KHAMIS DAN JUMAAT
TARIKH : 7 DAN 8 NOVEMBER 2013
TEMPAT : SK TUN ABDUL RAZAK.

Perkhemahan Unit Beruniform |Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS) merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid sekolah dalam aktiviti perkhemahan di samping menyemai sikap dan nilai  kerjasama dan berdikari dalam diri murid-murid sekolah rendah.

Selain itu aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.

Antara matlamat perkehemahan ini seperti berikut :

  • mengukuhkan ilmu pendidikan luaryang telah dipelajari bersama-sama serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.
  • Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari bersama unit masing-masing.
  • Membina keyakinan diri murid dan berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
  • Menanam rasa bersyukur terhadap kurniaan Allah SWT dan melahirkan generasi yang menghargai masa.
  • Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan. 
  • menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian.
 ----------------------------------------------------








                     SKTAR DI HATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...