SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 30 April 2012

Jemputan..

Salam..

Pada 28 April 2012 ( Sabtu malam Ahad) bertempat di Desa Kenari Kalumpang, Puan Norhazliza binti Mohamad  selaku salah seorang guru SKTAR, telah mengadakan satu jamuan kesyukuran dan Tahlil sempena memasuki rumah baru beliau di sini. Alhamdulillah majlis tersebut dihadiri ramai kenalan dan penduduk setempat. Jamuan tersebut dijalankan selepas waktu Isyak.



Pihak SKTAR mengucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputan jamuan tersebut.

Thursday 19 April 2012

SERIUS..SERIUS..SERIUS !!!

 Salam...

Ini adalah gambar terbaru runtuhan di asrama SKTAR. Dah puas tunggu tindakan..tapi masih ikut prosedur. Runtuhan tanah makin lama makin series.. Pondok pengawal dan rumah Pam tunggu masa je untuk rebah. 

 Lihat jelah foto terbabit : 

 Pondok pengawal

 Lihat sahajalah ketinggian jalan bawah dan tanah tambak di atas.


Harap PPDHS dan JPN serta JKR SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!!!!

Saturday 7 April 2012

Pot Luck April 2012

Jalan-jalan cari makan versi SKTAR.

Pada 6/4/2011 bertempat di Pusat Sumber SKTAR, berlangsungnya majlis makan2 a.k.a Pot Luck. Jamuan ini adalah kesinambungan tradisi di SKTAR yang tidak akan pernah padam.InsyaAllah. Jamuan pada jam 9.45-10.05 pagi itu dihadiri oleh guru2 dan staf yang membawa pelbagai makanan sama ada dibuat atau dibeli.



Untuk lain2 foto dan berita tentang program ini sila KLIK KAT SINI YE.

Kem Bestari Solat Pertama 2012

Assalamu'alaikum..

Pada 6 / 4/ 2012 hari Jumaat telah berlangsung Kem Bestari Solat siri Pertama tahun 2012. Kem berlangsung di Surau Asrama Tun Razak. Pogram dikendalikan oleh : 
  • Ketua Panitia P.Islam : Ustazah Asfarina bt. Ghazali
  • Setiausaha Panitia P.I : Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah
  • Bendahari Panitia P.I : Ustazah Rogayah binti Abdullah.

Mari Sembah Allah! 

Untuk lain2 foto dan berita tentang program ini, sila klik  Di Sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...