SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 30 April 2014

Memperkasakan Jawi di SKTAR 2014

Salam..

Unit Pendidikan Islam dan j-QAF Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak terus berkehendakkan murid Islam khususnya bagi memperkasakan tulisan jawi dan memahami bahasa tradisi ibunda nusantara itu dengan lebih cekap dan murni. 






Alhamdulillah hampir kesemua murid Islam di sekolah ini seramai 40 orang telah menguasai huruf-huruf jawi dengan baik berkat semangat kerja berpasukan Unit P.Islam dan j-QAF dalam memartabatkan tulisan jawi dan turut melibatkan murid moral dalam pengajaran Bahasa Arab.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU


Tuesday 29 April 2014

Ujian Kesihatan OUTREACH 2014


Nama Program : Ujian Kesihatan OUTREACH 2014
Tarikh : 29 April 2014
Waktu : 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Klinik Kesihatan Serendah

Pegawai terlibat :
GPML : Puan Hafsania binti Jamian
GPM : Puan Nor Wahira binti Ali
GURU LINUS : Puan Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier


Pada 29 April 2014 , SKTAR telah menghantar 9 daripada 13 orang murid LINUS yang masih belum menguasai konstruk 1 & 2 . Konstruk 1 & 2 dalam saringan LINUS 2013 ke program Outreach yang diadakan di Klinik Kesihatan Serendah.

Program ini adalah kali kedua diadakan dan merupakan anjuran PPD Hulu Selangor (Unit Pendidikan Khas dan Swasta) dengan bantuan Fasilitator LINUS.Murid beserta ibu bapa telah pergi ke klinik Kesihatan Serendah dengan bas yang disediakan oleh JAKOA. Program ini turut  diiringi GPML , GPM, guru LINUS.

Murid telah disaring oleh jururawat dan telah dirujuk kepada pegawai perubatan selepas itu.Rawatan susulan akan dibuat selepas ini dalam tempoh 3 bulan.

Program berakhir pada jam 3.00 petang. 


 Jururawat bertanya soalan pada murid SKTAR

 Kementerian Kesihatan, JAKOA, dan PPD Hulu Selangor berganding usaha.

GPML dan GL.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Monday 28 April 2014

MINGGU PANITIA MATEMATIK 2014

Program : Mingu Panitia Matematik 2014
Tarikh : 28 April - 2 Mei 2014
Hari : Isnin
Tempat : Dataran SKTAR


Minggu Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati  mata pelajaran matematik. Bidang ini biasanya dilabel sebagai abstrak yang hanya dikuasai oleh IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid.

Objektif :
  1. Membuka minda murid bahawa matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.
  2. Untuk melahirkan rasa seronok dan minat pada mata pelajaran matematik.
  3. Dapat mewujudkan semangat bekerjasama dan mengeratkan hubungan di antara murid.
Jawatankuasa Pelaksana :
  • Pengerusi : Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar)
  • Naib Pengerusi : Puan Rokiah binti Hassan ( PK Kurikulum )
  • Setiausaha : Encik Abdul Aziz bin Lahakim ( Ketua Panitia)
Jawatankuasa Kerja :
  • Penyelaras : Encik Abdul Aziz bin Lahakim 
  • Pengacara : Puan Noriah Anak Tong Seng
  • Pamplet : Encik Mohamed Nayan bin Mohamed
  • PA Sistem : Encik Mohd Yusmawi bin Zainal
  • Dokumentasi : Puan Nor Wahira binti Ali
  • Hadiah : Puan Hafsania binti Jamian

Aktiviti :
  • Pemulihan Khas : Bingo  - Pn Wahira
  • Pemulihan Khas LINUS : Bingo - Pn Hafsania
  •  Tahun 1 : Asas Nombor - Pn Noriah
  • Tahun 2 : bijak Nombor - En Aziz b. Lahakim
  • Tahun 3 : Pola Nombor - En Aziz b. Lahakim
  • Tahun 4 : kuiz - En Yusmawi
  • Tahun 5 : Kuiz : En.Aziz b.Lahakim
  • Tahun 6 : Bijak minda : En. Mohamed Nayan

 Cikgu Aziz Lahakim menyemat Button badge pada guru besar

 Persembahan murid tahun 3 bimbingan Cikgu Aziz

 Murid khusyuk melihat

 11,22,33,44...yeay

 Kami yakin ,kami boleh


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU
 

Friday 25 April 2014

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW NEGERI SELANGOR MSSS 2014


 Nama kejohanan  : Takraw MSSS Selangor 2014
Tarikh : 20  - 25 April 2014
Hari : Ahad- Jumaat
Waktu : 8.00 am - 7.00 pm
Tempat : SJKC batang Kali, Hulu Selangor


Salam 1 Murid 1 Sukan..

Pada tarikh 20 - 25 April 2014, Daerah Hulu Selangor telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sepak Takraw MSSS Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2014. Kejohanan ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor di bawah seliaan pegawainya Encik Bahar. SKTAR turut terlibat secara langsung bagi menjayakan lagi kejohanan ini dengan lancar.

Terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Penyertaan 10 daerah seluruh selangor ini diharap dapat meninggalkan kenangan manis pada semua pemain , pegawai dan staf. Terdapat 3 peringkat umur dalam kejohanan ini iaitu :
  • Bawah 18 Tahun
  • Bawah 15 tahun
  • Bawah 12 Tahun

SKTAR telah diberi tanggungjawab sebagai Pegawai Logistik. Tugas ini merupakan tugas yang cukup penting seperti penyediaan tempat, venue gelanggaang, teknikaliti dan peralatan asas. Berikut merupakan pegawai dari SKTAR yang diamanahkan menjadi AJK Logitik bagi temasya tahunan ini :

  1. Pengerusi : Encik Abdul Rahman bin Abdullah (Guru Besar SKTAR )
  • AJK Logistik :  Encik Rosman bin Shamsudin ( PK Kokurikulum )
  • AJK Logistik : Encik Abdul Aziz bin Abdullah 
  • AJK Logistik : Encik Muhammad Fahmi bin Kamil Hadi
 
 Venue yang sesuai, SJKC Batang Kali .

 Regu 12 tahun sudah bersedia masuk ke gelanggang

 Pertandingan antara regu bawah 18 tahun

Gelanggang bawah 15 tahun


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Thursday 24 April 2014

LAWATAN OUTREACH DAN HEM 2014

Program : Lawatan Outreach & HEM 2014
Tarikh : 24 April 2014 
Hari : Khamis
Tempat : Kampung Gerachi, Pertak, Buloh Telor, Songkok dan Hulu Tamu

Pegawai terlibat : 
-GPML :  Puan Hafsania binti Jamian
GPK HEM : Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar
JAKOA : Encik Mohd Said dan Puan Norhayati


Program Outreach dan HEM SKTAR ini merupakan serampang 2 mata bagi  mendapatkan kebenaran ibu bapa  / penjaga dan menjejaki murid yang lama tidak hadir ke sekolah.

Diharap program ini dapat membantu murid-murid untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid seterusnya mendapatkan sekolah membuat tindakan sewajarnya.


Bagi program Outreach , Murid yang terlibat  merupakan murid tahun 3 pada tahun ini yang masih belum melepasi konstruk 1 & 2  semasa saringan 2 dalam LINUS pada 2013.

seramai 12 orang murid yang terlibat dan GPML berjaya mendapatkan kebenaran daripada 9 keluarga .

 Data diperolehi oleh sekolah dan JAKOA akan dikaji selidik

 Bukit kami daki

tidak mudah berputus asa


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Tuesday 22 April 2014

MSSD BOLA JARING 2014

Salam 1 murid 1 sukan,

Nama Kejohanan : MSSD Bola Jaring 2014
Tarikh : 22 April 2014
Hari : Selasa
Waktu : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat : SK Kerling


Pada 22 April yang lalu, Persatuan Bola Jaring SKTAR dibawah jurulatihnya Puan Asfarina binti Ghazali telah menghantar seramai 10 orang murid dan dibantu oleh 2 lagi guru pengiring iaitu Puan Noriah dan Puan Siti Khadijah sepanjang kejohanan itu. Pertandingan ini dilakukan bagi mencari pemain-pemain berpotensi untuk menyarung jersi Daerah Hulu Selangor.


Meskipun tewas dalam saringan kumpulan, semangat yang ditunjukkan oleh murid-murid perempuan SKTAR seharusNya dipuji. Tanpa mengenal erti kalah sebelum bertanding mereka juga bersemangat memastikan lawan tidak memperolehi mata dengan mudah. Terima kasih diucapkan pada pegawai yang membimbing secara teknikaliti iaitu Puan Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier dan Puan Liza.

SKTAR dimasa hadapan akan memastikan semangat api perjuangan dapat lagi disemarakkan tanpa mengenal erti putus asa.


Cabutan undi dilakukan

 SKTAR dalam kumpulan B

 Regangan otot oleh murid-murid

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

PROGRAM 10 MINIT MEMBACA 2014


Program : Program 10 Minit Membaca
Tarikh : 22 April 2014
Hari : Selasa
Waktu : 10.00 am
Tempat : Dataran SKTAR



Masyarakat membaca masyarakat berilmu..

Ternyata berjalan seperti yang dirancang ! Penyelaras PSS SKTAR Puan Noriah Anak Tong Seng mengambil inisiatif khas menjayakan program serentak ini.Program yang yang diadakan sempena Hari Buku Sedunia itu berjaya mencapai matlamatnya apabila semua warga Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak turut terlibat dalam program yang julung julung diadakan itu. Program itu juga bakal direkodkan dalam ' Malaysia Book of Record'.

 
Program tersebut diadakan pada pukul tepat 10:00 pagi dan semua warga sekolah membaca buku dengan senyap dan pihak sekolah sendiri terkejut dengan situasi dimana semua warga sekolah yang begitu kusyuk membaca buku masing masing. SKTAR sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam memupuk semangat membaca dikalangan generasi kini . Tahniah !


Penyelaras PSS Puan Noriah menguji pembaca.

 PK Kurikulum  menyampaikan hadiah pada pembaca tegar kategori murid lelaki, adik Norhazlizam Haziman bin Salim


PK HEM  menyampaikan hadiah pada pembaca tegar kategori murid perempuan 
adik Zulaiya binti Jamin

Guru juga terlibat dalam membaca 10 minit.. syabas !!!

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Friday 18 April 2014

English Language Week 2014

Programe : English Week 2014
Date : 1 - 18 April 2014
Time : every morning before during assembly
Place : Dataran SKTAR
Person incharge : Cik Nurhayati binti Hashim and Puan Hamidah binti Hambli


 

The use of English Language in very important among the school children. It is an opportunity for the children to enhance their speaking, reading, writing and listening skills which are the five important skills pupils need to master. Therefore, children must not only practice it during school hour but also in every conversation regardless place and time. A consistent use of English Language will ensure pupils; at their tender age inculcate the essential skills needed. It is also focused to encourage the pupils all levels in school how to appreciate the value of English Language and how fun it is. Therefore, an English Week was planned to be implemented in Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak, kuala Kubu Bharu.
 

Aims and Objectives of Programme

Aims

There are two aims of the English Week. First, to make sure that pupils are aware of the importance of English Language as part of their daily conversations as it is a medium of interaction with their friends and teachers. The use of English can be in forms of reading, speaking, listening and writing. Secondly, it is to encourage all pupils to make use of the English Language in this school visible.

Objectives

There are several objectives of these programme based on the activities planned throughout this English Week. Each activity is set according to the objectives stated in this programme. The activities that were discussed, selected and planned out during this English Week were action song competition, storytelling competition and spelling bee. In the first English Language programme, the first activity is action song competition which is basically only for level 1 pupils. The objectives of this activity are to promote the use of English in the form of singing and to also to boost up their confidence in front of the audience.
 



 
 
 
TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Friday 11 April 2014

LADAP 3 : VLE FROG & HAK ASASI KANAK-KANAK 2014

Tarikh : 10 April 2014
Hari : Khamis
Waktu : 2.00-5.00 Petang
Tempat : Makmal Komputer SKTAR


Latihan berasaskan internet

Salam..

Pada petang 10 April yang lalu , Unit Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP) di bawah penyelarasnya Ustaz Aziz telah merangka kursus latihan dalaman khusus untuk warga kerja SKTAR di mana 2 slot menarik telah disediakan. Kursus ini sangat berguna dan dapat diaplikasikan dalam P&P.

 Khusyuk mendengar input-input berguna...

 Slot Hak Asasi kanak-kanak oleh Encik Aziz Lahakim,

 Slot VLE Frog : Encik Nayan

 Slot VLE : Cik Nurhayati

Untuk slot pertama , Hak Asasi Kanak-kanak telah disampaikan oleh penceramahnya Encik Aziz bin Lahakim. Slot ini banyak membincangkan hak-hak sebenar kanak-kanak tanpa mengira taraf kedudukan mereka. Beberapa artikel hak kanak-kanak perlu diberi perhatian terutama guru-guru seperti hak pendidikan, hak waktu lapang dan hak menyuarakan pendapat.

Bagi slot kedua pulak, terdapat 2 penceramah dalaman iaitu Encik Mohamed Nayan dan Cik Nurhayati. Kegunaan VLE Frog ini sangat perlu memandangkan aras pendidikan negara semakin menganjurkan penggunaan internet di sekolah-sekolah dan di rumah. Pendedahan berterusan mengenai VLE Frog akan dipantau dari semasa ke semasa setiap bulan.

Semoga budaya cintakan ilmu terus subur di sekolah ini.




TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Tuesday 8 April 2014

Mesyuarat AJK PIBG Pertama 2014

Salam satu suara..

 Sepakat membawa berkat...

Tarikh                    : 8 April 2014
Hari                        : Selasa
Waktu                     : 3.00 - 4.45 PM
Tempat                    : Pusat Sumber SKTAR

Salam, Pada 8 April 2014 telah berlangsung Mesyuarat Pertama AJK PIBG 2014. Hampir kebanyakan AJK Ibu bapa dan guru telah hadir meskipun cuaca di luar Pusat Sumber ketika itu hujan lebat. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG 2014 Encik A Mizan bin Silai.

Beberapa agenda dan aktiviti telah dirancang sepanjang sesi lantikan 2014 / 2015 antaranya :
  • April : Mesyuarat AJK Pertama PIBG 
  • Mei : Pertandingan Golf Amal
  • Jun : Peningkatan UPSR 2014 
  • Julai : Kutipan sumbangan PIBG & Program menjejak murid tercicir
  • Ogos : Program Gotong-royong
  • September : Lawatan penanda aras AJK PIBG
  • Oktober : Mesyuarat AJK Kedua PIBG
 
 YDP Encik A Mizan dan PK HEM Puan Rosidah

Antara cadangan yang turut diberi perhatian pada mesyuarat tersebut adalah :
  1. Syor memberi saguhati pada murid aktif dalam kegiatan kokurikulum dan mengharumkan nama sekolah.
  2. Syor Bengkel Permuafakatan antara guru, ibu bapa, JAKOA  dan NGO.
 Mesyuarat tersebut ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

 

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Monday 7 April 2014

KEMPEN SAYA RAJIN KE SEKOLAH

Salam..

Tarikh :          7 April 2014
Hari            : Isnin
Tempat            : Dataran SKTAR
Waktu             : 7.45-8.10 pagi
 

Salam..

Pada 7 April 2014 bertempat di Dataran Kejat SKTAR di bawah unit Disiplin, satu program Kempen Hadir Ke Sekolah telah diadakan.  Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah. Tahniah pada guru bertanggungjawab Cik Nurhayati binti Hashim. Lencana button badge akan disemat ke baju murid yang rajin.



TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

KEMPEN PONTENG SIFAR 2014

Salam..

Perbincangan bersama para pentadbir dan penjaga murid di kampung-kampung terpilih.

Sepanjang minggu lepas ( 31 Mac 2014- 3 April 2014) Unit Hal Ehwal Murid SKTAR telah menjalankan Kempen Program Ponteng Sifar. Kempen ini menumpukan pada murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah terutama bagi mereka yang tinggal agak jauh dari sekolah. Penyelaras Program ini iaitu Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar telah menggerakkan beberapa AJK guru dan staf untuk memujuk dan mengambil pendekatan mesra agar murid hadir semula ke sekolah.

 Kampung Orang Asli Kerling antara lokasi  kempen

" Kenapa lama tak datang? " ujar PK HEM

 Setiap pelusuk kampung kami redahi


Antara kawasan kempen melibatkan beberapa perkampungan Orang Asli seperti :

  1. Kampung Orang Asli Tun Razak KKB
  2. Kampung orang Asli Pertak
  3. Kampung orang Asli Gerachi Jaya
  4.  Kampung orang Asli Sungai Jang
  5.  Kampung orang Asli Kolam Air KKB
  6.  Kampung orang Asli Hulu Tamu
  7. Kampung orang Asli Songkok Hulu Kali Genting
  8.  Kampung orang Asli Batu 8 Kerling
  9.  Kampung orang Asli Buluh Telur KKB
  
Perbincangan dari hati ke hati

Diharap kempen ini dapat diteruskan kesinambungannya setiap tahun. Inilah kekuatan sebenar Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Selangor. Hanya kedapatan kurang 10% sahaja masalah keciciran murid hadir ke sekolah sepanjang tahun 2014 ini.Mesyuarat Agung PIBG bulan Mac lalu yang menyentuh masalah ini telah diambil tindakan segera! Sktar boleh!

 PK Kokurikulum En Rosman berbincang bersama seorang bapa murid.
 
TEMUAN BAHARU 
SKTAR DIHATIKU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...