SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday 22 March 2014

Kem Bestari Solat 2014 siri 1

Salam..


Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SKTAR telah mengadakan program Kem Bestari Solat Siri Pertama seperti ketetapan berikut :

Program : Kem Bestari Solat Siri Pertama
Hari : Sabtu
Tarikh : 22 Mac 2014
Waktu : 8.00 - 2.00 Petang
Penyertaan : Semua murid tahap 1 & 2



TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

CUTI PENGGAL PERTAMA 2014

Selamat bercuti igun muhei..

hau meleceh  un pegi sekula. nyamp benyah ajih.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DI HATIKU

Wednesday 19 March 2014

PENCERAPAN PPD HULU SELANGOR KE UNIT KURIKULUM 2014

Salam,


Pada 18 Mac 2014 (Selasa) satu pemantauan dan pencerapan oleh Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor yang diketuai oleh Puan Hajjah Hamidah dari Penolong PPD Bahasa Melayu, Puan Azrinas selaku penyelia Sisc + dan Puan Surial dari Penolong PPD Sains dan Matematik telah mengadakan kunjungan ke pejabat Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pemantauan yang dikhususkan pada unit Kurikulum telah disambut dengan mesra oleh guru bertanggungjawab iaitu Puan Rokiah binti Hassan dalam penyediaan laporan, fail dan sasaran panitia-panitia subjek . Encik Abdul Rahman juga turut membantu dalam penyediaan maklumat secara lisan. Diharap perkongsian info dan pandangan antara PPDHS dan sekolah dapat diteruskan dari semasa ke semasa.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU


Tuesday 18 March 2014

Selamat Hari Lahir Guru Besar Encik Abdul Rahman ke 50

Salam..




Pada 18 Mac 2014 ( Selasa) , Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak di bawah setiausahanya iaitu Encik Mohamed Nayan dan AJK telah sepakat mengadakan sambutan kejutan di pagi hari sewaktu akhir perhimpunan harian.



 Nyanyian lagu hari lahir oleh semua guru, staf dan murid

 Hadiah istimewa dari Kelab Guru dan Staf



Tanggal 18 Mac 2014 merupakan sambutan ulang tahun kelahiran Guru Besar SKTAR iaitu Encik Abdul Rahman bin Abdullah yang ke 50 tahun. Kami seluruh warga kerja SKTAR memanjatkan doa dan harapan agar beliau sentiasa berada didalam lindungan dan keselamatan olehNya. Aamiin. Majlis sambutan ringkas itu turut disertakan dengan nyanyian lagu hari lahir oleh kesemua warga kerja dan murid-murid tahun 1-6.




TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Saturday 15 March 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 30 TAHUN 2014


MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TUN ABDUL RAZAK
KALI KE 30 TAHUN 2014/2015

Gimik perasmian oleh Timbalan Menteri Pendidikan 2 : YB P.Kamalanathan

Masa               : 8.30 pagi
Tarikh             : 15 Mac 2013 (Sabtu)
Tempat           : Dewan SK Tun Abdul Razak
Kehadiran      : Ibu bapa / penjaga
                         : 22 orang guru

Sepakat membawa berkat, 

Pada  15 Mac 2014 (Sabtu) yang lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKTAR Kali ke 30. Penyelaras untuk sesi 2013/2014 Encik Mohd Nayan dan dibantu oleh kesemua AJK Guru dan Ibu Bapa telah sepakat dan sebulat suara dalam hl-hal mesyuarat pada pagi itu. 

Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan yang merupakan Ahli Parlimen Hulu Selangor dan merangkap Timbalan Menteri Pendidikan 2. YB juga sudi menyumbangkan bantuan tunai kepada tabung PIBG SKTAR. Ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian belaiu merasmikan mesyuarat tersebut.

Antara yang turut hadir mengiringi tuan P.Kamalanathan adalah Encik Jamaludin bin Abdul Kadir ( Timbalan Pegawai PPD Hulu Selangor) , Ustaz Norhisham bin Saimun ( Penyelia Sekolah Rendah PPD Hulu Selangor) , Encik Md Said bin Haji Awang ( Wakil JAKOA Hulu Selangor), Batin Asu bin Dolah ( Batin Orang Asli Tun Razak KKB) dan Pengerusi PIBG Encik A.Mizan bin Silai.

1. UCAPAN PENGERUSI
2. UCAPAN TUAN GURU BESAR
3. UCAPAN YDP PIBG
4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN 2013

6. PENGISTIHARAN AJK PIBG SESI 2014-2015
7. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2014 – 2015

 Senarai di bawah adalah AJK PIBG 2014 – 2015.

            Yang Dipertua                       : En. A Mizan b. Silai
            Naib Yang Dipertua              : En. Sedu b. Adan
            Setiausaha                              : En. Abdul Aziz b. Abdullah
            Naib Setiausaha                     : En. Mohamed Nayan b. Abdullah
            Bendahari                               : Ustazah Noorhayati binti Nawawi
           
AJK GURU
1. Pn. Noriah Anak Tong Seng
2. En. Abdul Aziz b. Lahakim
3. Pn. Norhazliza bt. Mohamad
4. Pn. Asfarina bt. Ghazali
5. Pn. Zaitun bt. Md. Kasssim

AJK IBU BAPA
1. En. Husin Jeng
2. PN. Siti Nor
3. Pn. Azizah bt. Sen
4. Pn. Untai bt. Delu
5. Pn. Kamariah bt. Atok

Pemeriksa Kira-kira

1. En. Mohd Yusmawi b. zainal (Dalaman)
2. En. Frankie (Luaran)

8. MEMBAHASKAN USUL DAN PANDANGAN
9. HAL-HAL LAIN
10. UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP


 Sorotan Sepanjang Mesyuarat Agung PIBG Ke 30


                    14 /3/14 : Taklimat awal pagi oleh Setiausaha Encik Mohd Nayan

Baner meraikan kehadiran ibu bapa


Gandingan mantap 2 pemuda SKTAR, Cikgu Yusmawi dan Juruteknik Komputer Fahmi


Pendaftaran. Sedang sibuk nampaknya Cik Nurhayati tu..


 Puan Jauharriah : Penulis ucapan 
Pengacara majlis : Ustaz Aziz dan Puan Zaitun


Ketibaan YB disambut oleh Batin Asu dan Encik Md. Said dari JAKOA Hulu Selangor

Adik Shahrizan Asun menyemat sarungan aluan masyarakat asli kepada YB

Dari kiri : Encik Jamaludin (Timbalan pegawai PPDHS), Encik Rahman ( Guru Besar SKTAR), YB P.Kamalanathan (Timbalan Menteri Pendidikan 2), En Mizan ( Dipertua PIBG), Md Said (JAKOA Hulu Selangor) dan Ustaz Norhisham ( Pegawai Sekolah Rendah PPDHS)

Ucapan tuan kami nantikan...

Ibu bapa sudah memenuhkan tempat duduk di dewan SKTAR

Kaum Ibu mendengar ucapan

Ucapan aluan oleh Guru Besar... "Kami berharap agar YB dapatlah..."

Tayangan aktiviti sekolah melalui blog oleh guru Besar sepanjang bulan 1,2 dan 3 2014

Ucapan dari dipertua PIBG En.A Mizan : 
" Kita mesti mendorong anak-anak untuk rajin ke sekolah..."


Ucapan perasmian dari YB P.Kamalanatahan : 
"Saya lihat kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan..Tahniah! "

A.Mizan menerima wang tunai RM1000.00 dari YB untuk disalurkan ke tabung PIBG SKTAR

"Ini sangat membanggakan di mana sekolah ini sangat maju dengan penggunaan jalur lebar 4G.."


Cikgu Siti Khadijah sebagai AJK hadiah sejak dahulu kala.

Jamuan ringan seperti capati, bihun goreng diadakan di PSS SKTAR untuk jemputan VIP

Ibu bapa mengambil makanan di kantin

Pemberian hadiah kepada AJK terdahulu.. antaranya wakil Ibu bapa : Encik Sedu

Ustazah Asfa selaku AJK PIBG guru tidak dilupakan

Mesyuarat agung pun bermula... "Baiklah..mengenai usul itu saya..."

Telitinya mereka melihat buku program yang menerangkan usul, penyata kewangan dll...

SayaMunirah mencadangkan...

Saya Encik Zainuddin menyokong.

Sepakat senada, sekata

Gembiranya dia dapat hamper besar.

Barisan AJK PIBG baru sesi 2014
Duduk kiri : Nayan, Aziz b. Abdullah,  A Mizan, En Abdul Rahman,  Husin Jeng, Sedu.
Berdiri kiri :  Yusmawi, Asfarina, Noorhayati,  Rosidah,  Liza, Noriah, Kamariah,Azizah, Untai, Siti Nor, Zaitun,Aziz b.Lahakim

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Monday 10 March 2014

MAJLIS IKRAR GURU DAN MURID SKTAR 2014


PROGRAM : MAJLIS IKRAR GURU DAN MURID SK TUN ABDUL RAZAK
TARIKH : 10 MAC 2014 ( ISNIN)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN SK TUN ABDUL RAZAK



Objektif

memantapkan Ikrar dan Janji berkesan yang sesuai mengikut situasi untuk mengembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak

Menggerakkan Tenaga yang proaktif, dinamik, bersungguh-sungguh dan bersedia mengambil risiko untuk melaksanakan perubahan ke arah penambahbaikkan

Mempamerkan Sikap berwibawa , berintegriti dan bersikap profesional dalam melaksanakan apa-apa tindakannya

Menampilkan kepimpinan yang berilmu pengetahuan dan menguasai pelbagai kemahiran untuk melahirkan insan minda kelas pertama

 
 
Tentatif Program

7.40 pagi : Perhimpunan Rasmi

8.00 pagi : Ucapan guru Bertugas

8.30 pagi : Bacaan doa

8.35 pagi : Ucapan Guru Besar SKTAR

9.00 pagi : Ikrar Guru  diketuai Encik Abdul Aziz bin Lahakim

9.15 pagi : Ikrar murid diketuai adik Siti shahrizan binti Asun

9.30 pagi : Sesi menandatangani ikrar oleh :
  • Guru Besar
  • Guru Penolong Kanan Pentadbiran
  • Guru Penolong Kanan HEM
  • Guru Penolong Kanan Kokurikulum
  • Guru Kelas diiringi ketua kelas masing-masing
Jawatankuasa Induk

Penasihat   :  Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar SKTAR )
Pengerusi  :  Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar  ( PK HEM )
Naib Pengerusi 1 : Puan Rokiah binti Hassan ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : Encik Rosman bin Shamsudin ( Pk Kokurikulum )
Setiausaha : Puan Siti Khadijah binti Abdul Aziz  ( Setiausaha HEM )
Pelaksana program  : Semua guru dan murid SK Tun Abdul Razak

 Bacaan ikrar diketuai cikgu Aziz bin Lahakim

 Cikgu Yusmawi dan cikgu Hamidah serta cikgu Pija

 Bahawasanya kami...

 Lafaz ikrar oleh adik Siti Shahrizan binti Asun

 Maka kami...

 Bersemangat menjadi lebih baik

Ditandatangani oleh Guru Besar SKTAR

Dimeterai bersama PK Kurikulum 

 Disaksikan juga oleh PK HEM

 Tandatangan dan akujanji bersama guru dan ketua kelas :

 Tahun 1

 Tahun 2

 Tahun 3

 Tahun 4

Tahun 5

 
Tahun 6

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...