SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 28 February 2013

LADAP KE 3 TAHUN 2013 : CERAMAH KEBAKARAN

Salam..

Ini merupakan post berkaitan kali keempat Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) 2013. Kali ini SKTAR berkesempatan menerima penceramah jemputan luar iaitu Encik Lance Wah dari Syarikat Fire Fighter dari Ipoh Perak. Kesemua guru begitu teruja dan bersemangat atas penerangan yang belaiu berikan bersama artikel yang menguatkan lagi isi ceramah pada petang Khamis 28 Februari 2013 itu.




Di harap di lain masa beliau dapat sekali lagi memberi ceramah di sekolah ini kepada semua murid-murid.

Saturday 23 February 2013

Mesyuarat AJK PIBG Terakhir Lantikan 2012

Salam..


Pada Hari Selasa 19 Februari 2013 Berlangsung Mesyuarat AJK PIBG Lantikan 2012 Sebelum mesyuarat Terakhir AJK Perlaksana yang akan dimesyuaratkan pada 28 Februari ini 


Terima kasih pada semua AJK guru dan 5 AJK Ibu bapa yang sudi meluangkan masa pada petang Selasa yang mendung di bumi SKTAR itu.  antara AJK Ibu bapa yang hadir ialah YDP Encik A Mizan, NYDP Ibu pada Juwita tahun 2, Puan Untai binti Delu dan  Puan Kamariah Kising,Puan Mojiriah.






Anatara agenda yang dibincangkan pada petang itu ialah : 

  • Pen gesahan minit terdahulu
  • Perkara berbangkit
  • Pembentangan Kewangan oleh Ustaz Aziz
  • Usul berbangkit
  • Sarana 2013
  • Mesyuarat Agung PIBG pada 2 Mac 2013

Selesai mesyuarat itu ada sedikit jamuan ringan berupa bihun goreng, kuih gula melaka dan air teh bunga. 

Thursday 21 February 2013

Gotong royong Perdana 2013

Salam..

Sepanjang minggu lalu ( 18-22 Februari 2013) SKTAR dengan kerjasama PIBG telah mengadakan gotong royong perdana untuk tahun 2013 ini. Pada petang Rabu ( 20/2/2013) Hampir kesemua guru,staf dan murid-murid TKRS tahun 3,4,5 dan 6 terlibat dalam program julung tahunan itu. Terima kasih pada Unit HEM dan kesemua unit yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



Bilik Pusat Sumber Sekolah dan Bilik Pentadbiran bersebelahan pejabat SKTAR juga menerima pembaharuan apabila 2 sumbangan aircond diletakkan di bilik tersebut. Dengan berkat kerjasama semua pihak maka mudahlah urusan yang dirangka sebelum itu. 

SKTAR DI HATIKU

Thursday 14 February 2013

LADAP 2 TAHUN 2013 : SAPS

Salam..


Pada 28 Februari 2013 hari Khamis jam 2.30 petang  telah berlangsung Bengkel SAPS di Makmal Komputer. Bengkel ini merupakan kali ke 2 dijalankan bagi tahun ini. Ribuan terima kasih pada penceramah jemputan dalaman Cikgu Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier.Beliau merupakan guru penyelaras SAPS SKTAR 2012/2013.




 Beliau berharap agar markah SAPS untuk tahun 4,5 dan 6 di si selepas ujian bulanan, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.

Saturday 9 February 2013

Rangkuman Perhimpunan Isnin 4 Feb 2013

Salam..

Pada 4 Februari 2013 (Isnin) terdapat 4 program serentak dijalankan. Jom soroti bersama :

Program Nilam : Dirasmikan oleh GB. Pertandingan Nilam PSS dijalankan serentak untuk semua kelas. Selamat membaca pada semua murid.

 Program Mentor Mentee : Ayah dan ibu angkat pada semua guru2 dan murid-murid Tahun 6 2013. Bersedia dengan soalan latih tubi.

 Program Kelas Terbesih : Dilancarkan dan diadakan piala untuk 2 tahap iaitu Tahap 1 dan tahap 2. Jom hiaskan kelas masing-masing.

 Penyampaian Merentas Desa : Tahniah atas kejuaraan keseluruhan kategori perempuan. Juara individu : Adik Rosmayanti Erna, ketiga : adik Zulaiya, kelima : adik Haida


Saturday 2 February 2013

Perlantikan Jawatankuasa Murid 2013

Salam 

Pada Selasa 29 Januari 2013 (Selasa) jam 7.45-8.15 pagi di Dataran Kejat berlangsung watikah perlantikan Jawatankuasa murid melibatkan Unit Pengawas, Pusat Sumber sekolah dan PSS. Watikah disampaikan oleh Guru Besar pada murid terpilih. Selamat berbakti. 


Unit Pengawas sekolah.

Unit Pusat Sumber Sekolah 

   
Perhimpunan pagi di Dataran Kejat 

 
 Ketua dan penolong kelas

 Adik Anas bin Ali Jufri merupakan ketua pengawas sessi 2013. Tahniah. Pembantunya adik Naszrul Ikmal.Ketua PSS adik Fidisadri dan penolong PSS adik Nur Ain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...