SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 31 October 2012

Kursus KSSR keseluruhan kegunaan Tahun 3 2013

 Salam..

Pada 30 Oktober 2012 ( Isnin) telah berlangsung Kursus In House Taining LADAP 2012 di Makmal Komputer pada jam 2.00 - 4.45 petang. Hampir kesemua guru hadir bagi membentangkan mata pelajaran yang bakal diajar pada 2013 untuk kegunaan Tahun 3. Penyelaras LADAP SKTAR iaitu Ustaz Aziz bin Abdullah telah memaklumkan untuk menyediakan bahan pembentangan sekaligus memberi taklimat berkaitan subjek di ajar.



 Dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar)


 Taklimat berkaitan bahan KSSR  2013


 Antara guru -guru yang hadir 


Guru BM Tahun 3 2013 puan Jauharriah binti Ahmad sedang menyampaikan maklumat.

 
 Disudahkan oleh Penyelaras LADAP Sktar 2012 ustaz Aziz bagi subjek Bahasa Arab




 Semoga maklumat yang disampaikan ini akan dimanfaatkan sekaligus menambah baiki PBS dan KSSR Untuk tahun 3 2013. InsyaAllah.

Tuesday 30 October 2012

Sijil KSSMOA Kebangsaan 2012

 Salam..

Pada perhimpunan pagi minggu ini 29 Oktober 2012 ( isnin) telah berlangsung penyerahan sijil Peringkat Kebangsaan pada semua murid dan guru pengiring yang terlibat dalam Kejohanan murid Orang Asli di Terengganu. Alhamdulillah pencapaian paling membanggakan SKTAR apabila adik Safira binti Burat mendapat naib johan dalam acara 100 Meter yang didakwa kontijen Selangor mendapat tempat Pertama. Namun Photo Finish menjadi detik penentu apabila cuma lewat 0.03 saat dari negeri Johor.
 
 Adik Safira menerima kalungan medal dari Tuan GB.

 Guru Pengiring yang banyak membantu kontijen Selangor dan SKTAR, Encik Yusmawi bin Zainal

Adik Halim yang mengetuai Skuad Takraw C menerima sijil penyertaan dari GB


Semoga kecemerlangan sukan SKTAR semakin terus bersinar di masa akan datang. Aamiin.

Friday 26 October 2012

Salam Adil Adha 1433 Hijriah dari kami


 Salam Aidiladha..


Kami warga SKTAR ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya korban 1433 Hijriah buat semua pembaca. Alhamdulllah harini tepatlah 10 Zulhijjah 1433h. Semoga kita beroleh rahmat dan insaf atas kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan nabi Ismail yang diuji oleh Allah swt. Maaf zahir dan batin.

RIMUP 2012

Pada 20 Oktober 2012 ( Sabtu) bertempat di Stadium Milenium KKB berlangsung Rancangan Integrasi Memupuk Perpaduan (RIMUP) peringkat daerah Hulu Selangor. Alhamdulillah SKTAR tidak ketinggalan menyediakan 4 orang murid menyertai Program permuafakatan antara murid itu.

Pingat dan sijil porgram

 Adik Amy Wan Nazrie menerima sijil dan kalungan pingat dari PK HEM lantaran acara yang disertainya mendapat tempat pertama dalam sukan rakyat.

Gambar kenangan  . Kiri : Cikgu pija, Amy Wan, Zulkamirul Nizam, Shahrizan Asun dan Cikgu Jashiah.


Terima kasih diucapkan pada Cikgu Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier yang sudi menghantar murid ke sana. Penyampaian sijil dan  pingat disempurnakan semula di sekolah ketika Waktu perhimpunan 23/10/12 (Isnin) yang lepas.

Thursday 25 October 2012

Perkhemahan TKRS 2012

 Salam perpaduan..

Pada 19-21 Oktober 2012 ( Jumaat- Ahad) telah berlangsung Perkhemahan Unit Beruniform TKRS Peringkat sekolah bertempat di Kem Lembah Genting Batang Kali. Alhamdulillah pada tahun ini merupakan perkhemahan yang terbesar pernah dilaksanakan oleh SKTAR bilamana unit Kokurikulum dan Unit HEM berganding bahu. Unit HEM menerima bajet dari Bursa Malaysia  (SC) yang merupakan syarkat korporat angkat bagi sekolah ini sejak 2010.

Seramai 40 murid tahun 6,5 dan sebilangan kecil tahun 4 terlibat. Kesemua guru juga tidak terlepas bagi mengiringi murid sepanjang 3 hari perkhemahan bermula petang jumaat seusai solat jumaat 19/10/12 jam 2.30 petang . Bas sekolah tersebut selamat sampai ke Kem Lembah Genting sekitar jam 3.15 petang ketika cuaca renyai redup. Perkhemahan ini dibantu oleh sukarelawan luar yang sudi memberi semangat dan motivasi buat adik-adik mereka ini. 

Antara aktiviti yang dijalankan seperti :
  1. Pecah Kumpulan
  2. Ab Sailing
  3. LDK 
  4. Mencari harta karun
  5. Fire fox
  6. Meranduk sungai
 Jom soroti beberapa foto abadi sepanjang perkehamahan tersebut :

 Murid selamat sampai

 Abang Nano dah menunggu para peserta 

 Peserta perempuan 

 Antara guru yang hadir bersama murid 

 Khusyuk mendengar amanat kem komandan 

Jom minum petang 

Kesemua murid sangat seronok sepanjang perkhemahan TKRS tersebut. Semoga program ini menjadi kenangan berharga buat semua murid khususnya tahun 6 apabila meninggalkan SKTAR tahun hadapan. Tahniah pada semua yang terlibat. 

Friday 19 October 2012

Mesyuarat AJK PIBG ke 2 2012

 Salam muafakat..

Pada hari Selasa ( 16 Oktober 2012) berlangsungnya mesyuarat AJK PIBG kali ke 2 bertempat di Makmal Komputer SKTAR. Alhamdulillah mesyuarat tersebut dihadiri oleh hampir kesemua 10 AJK  ibu bapa termasuk YDP dan NYDP beserta 3 AJK guru dan 4 guru pentadbir yang diketuai Guru Besar. Sekitar jam 2.45 petang itu membahaskan beberapa perkara utama iaitu :

  1. Membentangkan minit mesyuarat AJK terdahulu
  2. Pembentangan kewangan oleh Bendahari Kehormat PIBG encik Abdul Aziz bin Abdullah
  3. Pengenalan tentang Guru Besar SKTAR yang baru pada AJK
  4. Usul : Kurikulum, HEM dan Kokurikulum
  5. Lain2 :
  •  Sumbangan PIBG RM10.00 
  • Membina pondok ilmu di atas puncak bukit SKTAR
  • Program bakal terlaksana seperti anugerah cemerlang, perkhemahan dan hari kanak-kanak.

 
 Antara AJK wanita

 Apa yang disemak oleh YDP E Mizan dan Guru Besar Encik Abdul rahman tu? 

 Dipengerusikan S/U PIBG Ustazah Asfarina bt Ghazali

 Slide show Asrama

Minum petang di kantin sekolah.

Alhamdulllah,kata sepakat telah diperolehi dari mesyuarat tersebut. YDP encik Mizan bin Silai mengharapkan agar segala hasil mesyuarat dapat terlaksana dengan kata sepakat dari Ibu bapa dan guru-guru di sekolah ini. Mesyuarat selesai pada jam 5.00 petang. 

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT


Karnival sukan Asli Selangor 2012

 Salam ..

Pada 1-2 Oktober 2012 (Isnin-Selasa) berlangsung Karnival Sukan Murid Orang Asli Peringkat Negeri Selangor yang mana tuan rumahnya adalah daerah Petaling Perdana. Pada hari Isnin dikhususkan untuk acara olahraga dan balapan bertempat di Stadium mini USJ 23  manakala selasa untuk acara Sepak takraw,bola sepak dan bola baling di SK Seri Petaling Selangor. Alhamdulillah pencapaian membanggakan dari murid SKTAR berjaya dicapai. 

Pencapaian :
  • Johan 100 meter Perempuan : Safira Burat (Layak ke Terengganu pada 16-19/10/12)
  • Johan 200meter perempuan : Zulaiya Jamin (Layak ke Terengganu pada 16-19/10/12)
  • Ketiga lontar peluru Lelaki : Hazri bin Salim
  • Keempat saringan akhir 200 meter : Azerin bin Sukar
  • Ketiga Sepaktakraw : Team B ( Layak ke Terengganu pada 16-19/10/12)
  • Keempat Sepaktakraw : Team A 


 Kompleks sukan mini stadium USJ 23

 Dewan Takraw SK Seri Petaling

 Peseta balapan sedang bersedia

 Tempat ketiga /empat takraw menemukan adik beradik. A dan B SKTAR . Sama hebat sama handal. 

 Adik Hazri menerima sijil penghargaan 

Team A takraw  menerima sumbangan Milo dari Ketua pelajaran Daerah Petaling 

 Wajah olahragawan olahragawati yang mengharumkan nama SKTAR ke seluruh Selangor. Hazri, Zulaiya dan Safira 

 Team B : layak menjadi Regu C negeri Selangor di Terengganu kelak. Kiri : Shahdil, Zulkamirul Nizam, Nazrul Ikmal dan Azerin Sukar.


 Cikgu Noor hafiza bersama peserta hari pertama di USJ 23 

Team harapan bangsa aselik Hulu Selangor. 

Terima kasih pada GB Encik Abdul Rahman bin Abdullah yang sudi datang untuk melihat persembahan murid SKTAR. Meskipun jauh perjalanan tapi perjalanan tersebut berbaloi apabila menyaksikan 2 regu SKTAR layak ke Separuh Akhir.

Sebagai menghargai titik peluh dan keringat mereka, maka guru-guru pengiring bersetuju untuk memberi mereka peluang menikmati hidangan ringan di Jejantas RnR Sungai Buloh seperti KFC,Baskin Robin dan Dunkin Donut. Tahniah kepada semua murid yang terlibat dan guru yang banyak membantu murid2 ini menuju kejayaan. 

SKTAR, CEMERLANG...CEMERLANG...CEMERLANG...!!!

Lawatan Cameron Highland 2012

 Salam..

Pada 29 September 2012 (Sabtu) berlangsung satu lawatan sambil belajar di bawah unit HEM dan Asrama. Tahniah diucapkan pada Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar PK HEM dan Cik Noor Ida PPM Asrama. Seramai 40 murid tahun 6,sebahagian tahun 5 dan 4 asrama turut serta. Antara tempat yang dilawati seperti :

  • Ladang Bharat Tea
  • Stesen Ujikaji MARDI
  • Agro farm Park Strawberry
  • Rumah Madu Cameron

Selesai makan tengahari di Agro Farm.
.Nak sambung berjalan ni..jom...

Sinonim dengan cameron Highland. Kesemua murid dapat menikmati buah strawberi di sana.

 
 Guru pengiring pun nak berposing juga. 

 Anak2 teruna asli

 Bergaya di depan bas

 Kira cukup x? 

Anak dara bergaya di kebun bunga

Seramai 4 guru pengiring turut serta iaitu PK Kurikulum Pn Rokiah Hasan, PK HEM Pn Rosidah PPM Asrama Cik Ida dan Ustaz Aziz.Kesemua murid sangat seronok dengan lawatan ilmiah kali ini. Perjalanan pergi melalui Tapah dan sebelum itu berehat di RnR Tapah..manakala pulang melalui Simpang Pulai. Semoga lawatan sambil belajar ini dapat menyimpan seribu memori indah buat semua peserta. :)

Matematik di luar kelas

 Tiada akar rotan pun berguna...

Tahniah diucapkan padaCikgu Aziz bin Lahakim yang telah mengadakan P&P beliau di luar kelas bagi mengajar matematik. Bahan bantu mengajar yang sinonim dengan murid2 asli di sekolah ini..Ya..PUTIK DURIAN! kesemua murid terhibur dengan sesi pembelajaran di luar makmal komputer sekolah. Kesemua murid tahun 1 ini diajar jumlah bilangan tambah dan tolak oleh beliau. 

 tambah tambah..pastu tolak..tinggal berapa?

 Gigih mengira..1,2,3,4,5,6,7, eh..ulang baliklah..1,2,3,4,5...


Moga beroleh manfaat darinya.Aamiin ya robbal alamiin.... :)


Bulan Kursus KSSR Tahun 3 2013

Salam..


KSSR Bahasa Arab di SK Kerling pada 26-29 September 2012

sepanjang bulan September yang lalu, PPD Hulu Selangor telah mengadakan Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang bakal diajar dalam tahun 3 2013 kelak. Alhamdulillah,kesemua guru yang bakal mengajar subjek2 samada Teras,teras tema dan Elektif sudah menjalani latihan dan pemurnian modul secara teori dan praktikal demi kelangsungan pendidikan bangsa dan anak didik di sekolah ini.

Perbincangan modul bersama. 
 
Antara tempat kursus yang dihadiri guru-guru SKTAR seperti di PKG Kalumpang, PKG Sg.Choh dan PKG KKB. InsyaAllah latihan in house Training oleh semua guru yang telah menghadiri kursus tersebut akan dibuat dalam bulan Oktober ini. Oh ya, pada tahun hadapan 2013, KPM memperkenalkan LINUS Bahasa Inggeris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...