SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 8 August 2022

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PSS 2022

Hari : Isnin

Tarikh : 8 Ogos 2022

Masa : 7.20 pagi - 7.50 pagi

Tempat : tapak Perhimpunan


Minggu PSS telah melabuhkan tirainya pada minggu lepas (Jumaat 5 Ogos 2022). Majlis penutupan Minggu PSS dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada hari ini semasa Majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan.

Tahniah kepada semua murid dan guru. Jumpa lagi pada sesi akan datang.


Sudut NILAM terbaik - Tahun 6 (Tahap 2)


Sudut NILAM terbaik - Tahun 1 (Tahap 1)

 

                                                                                              

 

                          



Friday 5 August 2022

KEHADIRAN PENUH BULAN JULAI 2022

 Aktiviti : Kehadiran Penuh Bulan Julai 2022

Anjuran : HEM

Tarikh : 5 Ogos 2022

Murid-murid yang hadir penuh sepanjang Bulan Julai 2022 diberikan ganjaran oleh pihak sekolah. Aktiviti ini dijalankan bagi memberi motivasi dan galakkan kepada semua murid SKTAR untuk hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.

Pihak sekolah sentiasa berusaha bagi memastikan semua murid hadir ke sekolah bagi mengikuti proses pembelajaran.


 

 

 

 


Thursday 4 August 2022

SUDUT NILAM 2022

Amalan membaca merupakan amalan yang baik bagi menambahkan dan meningkatkan pengetahuan. Murid-murid perlu kepada amalan membaca bagi menambahkan pengetahuan mereka.


Aktiviti :

Pusat Sumber SKTAR telah menganjurkan pertandingan Sudut NILAM yang juga merupakan salah satu aktiviti Minggu PSS 2022.

Sudut NILAM ini diadakan di dalam setiap bilik darjah.

Sudut NILAM telah disediakan dengan kerjasama erat di antara guru dan murid.


Tujuan :

1. Menanam minat kepada murid-murid terhadap amalan membaca.

2. Menyediakan tempat / sudut bacaan yang selesa kepada murid-murid.

3. Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid.


Penilaian Sudut NILAM:

Pihak juri telah menjalankan penilaian kepada sudut NILAM yang telah disediakan di dalam bilik darjah pada 4 Ogos 2022.

Sudut NILAM manakah yang menjadi pilihan juri? ....nantikan keputusannya..

.



 


 






 


















GOTONG-ROYONG PROJEK TS25

4 Ogos 2022

 "Apa yang penting?.....KERJASAMA"

"Apa yang penting?.....KERJASAMA"


Gotong-royong bagi menjayakan Projek TS25 telah dilaksanakan oleh guru-guru dan beberapa orang murid di kawasan sekolah. Gotong-royong ini bagi menyediakan tempat yang sesuai untuk Projek TS25.

Apakah projek yang akan dijalankan? ....nantikan perkembangannya di blog SKTAR.


Beberapa gambar suasana yang sempat diambil.







 





Monday 1 August 2022

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2022

Program : Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2022

Tarikh Pelancaran : 1 Ogos 2022

Tempat : Tapak Perhimpunan

Masa : 7.20 pagi -7.50 pagi


Anjuran :

Unit Ko-Kurikulum dengan Kerjasama Panitia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Moral telah menjalankan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 


Aktiviti :

Pelbagai aktiviti menarik dirancang bagi menjayakan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah 

1. kuiz

2. pertandingan mewarna

3. pertandingan koir

4. nyanyian solo


Warna-warni majlis pelancaran :






 

 

 


 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...