SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 25 February 2015

Taklimat akhir program " Moh ke Sekolah " Asyik FM 2015

Aktiviti : Taklimat Akhir Program  Asyik FM 2015
Tarikh : 25 Februari 2015 ( Rabu )
Waktu : 1.10 - 1.30 Tengahari
Tempat : Pusat Sumber SKTAR
Kehadiran : kesemua guru dan staf

Salam..



Satu taklimat akhir Program Radio Asyik FM iaitu : Moh ke Sekolah " telah diadakan pada 25 Februari lalu. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh penyelarasnya iaitu Puan Zaitun binti Md Kassim. Program tersebut dirancang pada Rabu ini ( 4 Mac 2015 ) . 


 

kesemua guru dan staf telah ditaklimatkan apa persediaan rapi SKTAR menjelang hari tersebut memandangkan ramai individu penyiar akan melawat sekolah ini.

SKTAR PINTAR

Tuesday 24 February 2015

Taklimat Perlaksana AJK Mesyuarat Agung PIBG 2015

Aktiviti : Taklimat Perlaksana AJK Mesyuarat Agung PIBG 2015
Tarikh : 24 Februari 2015 ( Selasa )
Waktu : 7.40 pagi -8.10 pagi
Tempat : Kantin SKTAR
Kehadiran : Sema guru dan staf


Salam..

Satu penerangan perlaksana AJK bagi menghadapi Mesyuarat Agung PIBG telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah selaku Setiausaha PIBG sesi 2014/2015. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 7 Mac 2015 ini ( Sabtu ).


Hampir kesemua guru dan staf telah meluangkan sedikit masa untuk mendengar senarai tugasan perlaksana. Terima kasih diucapkan pada semua yang memberi kerjasama dan komitmen sepenuh hati demi SKTAR tercinta.


selain taklimat PIBG, Encik Abdul Rahiman bin Yusof ( guru Besar ) telah mengingatkan kesemua guru tentang etika budaya kerja dan semangat kesepaduan dalam tindakan.


SKTAR PINTAR

Monday 23 February 2015

Pelancaran Minggu Panitia Bahasa Malaysia 2015

Aktiviti : Pelancaran Minggu Panitia Bahasa Malaysia 2015
Tarikh : 23 Februari 2015 ( Isnin )
Waktu : 7.40 pagi -8.10 pagi
Tempat : Dataran Kantin SKTAR
Audien : Murid Tahun 1 - 6

Gimik


Salam..


SKTAR telah melancarkan Minggu Panitia Bahasa Malaysia pada 23 Februari 2015 lalu. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar SKTAR Encik Abdul Rahiman bin Yusof. Ketua Panitia Bahasa Melayu Puan Zaitun binti Md Kassim telah merangka tentatif menarik untuk dipertandingkan seperti :

  1. Memadankan huruf : Tahun 1
  2. Tulisan cantik : Tahun 2
  3. Membaca petikan : Tahun 3
  4. Teka silang kata : Tahun 4
  5. Membaca cerita pendek : Tahun 5
  6. Mengarang cerita : Tahun 6
 Ucapan

Pelancaran

Semoga pertandingan tersebut dapat meningkatkan penguasaan 2M dalam Bahasa Melayu kepada murid-murid dan memupuk semangat berani dan berkeyakinan menerusi aktiviti yang dipertandingkan.

SKTAR PINTAR

Sunday 15 February 2015

Taklimat Gerak Kerja " Moh ke Sekolah " Asyik FM 2015

 Aktiviti : Taklimat Gerak Kerja " Moh ke Sekolah " Asyik FM
Tarikh : 13 Februari 2015 ( Jumaat )
Waktu : 12.00 - 12.30 tengahari
Tempat : Makmal Komputer SKTAR


Salam..

Pada 13 Februari 2015 lalu ( Jumaat ) , satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh AJK Gerak kerja program "Moh ke Sekolah" anjuran radio Asyik FM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahiman bin Yusof selaku Guru Besar dan dihadiri hampir kesemua guru. 


Taklimat gerak kerja itu disampaikan oleh Puan Zaitun binti Md Kassim selaku penyelaras program. Antara pengisian tersebut seperti :

  • Senarai tugas kerja
  • Jadual perancangan pada 4 Mac 2015 ( Rabu )
  • Protokol dan tentatif

Selain itu, Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak juga telah dihadiri oleh guru Penolong Kanan Kurikulum yang baru melaporkan diri pada hari ini. Beliau adalah Puan Junaidah binti Bani Amin. Perjumpaan tersebut turut menerangkan tentang program LINUS oleh Puan Nor Wahira binti Ali.

SKTAR PINTAR

Monday 9 February 2015

MSSD Sepak Takraw 2015

Kejohanan : Sepak Takraw MSSD 2015 
Tarikh : 9 Februari 2015 ( Isnin )
Waktu : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw Gesir Tengah
Anjuran : Unit Sukan PPD Hulu Selangor



Salam sukan...

Pada isnin yang lalu bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Gesir Tengah, telah berlangsung kejohanan MSSD bawah 12 tahun. Pasukan Sepak Takraw SKTAR turut tidak ketinggalan dalam menyiapkan atlit berpotensi dalam kejohanan setiap tahun itu. Pasukan Sepak Takraw SKTAR telah dihantar oleh Encik Alpian bin Md Nor ( PK Ko-kurikulum ) dan Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah selaku jurulatih.


Pada tahun 2015 ini, pasukan SKTAR sekadar berentap dalam pusingan peringkat kumpulan. Tahun 2013 lalu pasukan SKTAR telah dinobatkan sebagai johan. Persiapan ringkas sejak akhir Januari lalu sedikit sebanyak memberi pendedahan awal terutama pada murid tahun 4 dan 5.

Berikut merupakan senarai nama regu SKTAR :

REGU A

- Ikmal Daniel bin Bohari ( Tekong ) - Tahun 6
- Muhammad Emran bin Abdul Rani ( Fidder ) - Tahun 5
- Supri bin Azman ( Killer ) - Tahun 6
- Shahrul Aiman bin Sudirman ( Simpanan ) - Tahun 4

REGU B

- Ragus bin Kasim ( Tekong ) - Tahun 6
- Razil bin Akob ( Fidder ) - Tahun 6
- Azli bin Sogot ( Killer ) - Tahun 5
-Aeri Zurizal bin Paizal ( Simpanan ) - Tahun 4


Pasukan SKTAR juga membawa murid berpotensi di tahun 4 iaitu adik Rosali bin Rolkiplie. Semoga bakatnya akan terserlah. Encik Alpian dan Ustaz Aziz berkesempatan untuk bertemu dengan Guru Besar SK Gesir Tengah iaitu Encik Abdul Rahman yang juga mantan Guru Besar SKTAR (2012-2014), dalam pertemuan singkat itu juga turut menemukan bekas GPK Ko-kurikulum SKTAR (2014) iaitu Encik Rosman yang kini menjawat jawatan GPK SK Seri Keledang.


Berikut merupakan keputusan perlawanan :


Kumpulan C
 
REGU A

 SKTAR : 13 - 14 SK Batang Kali A
SKTAR : 9 - 15   SK Batang Kali A

SKTAR : 15 - 13 SK Sungai Tengi A
SKTAR : 12 - 15  SK Sungai Tengi A
 SKTAR : 16 - 17 SK Sungai Tengi A


Kumpulan E

REGU B 

SKTAR : 8 - 15 SK Bukit Beruntung B
 SKTAR : 9 - 15 SK Bukit Beruntung B

SKTAR : 16 - 17 SK Selisek B
 SKTAR : 6 - 15 SK Selisek B











Semoga pasukan Sepak Takraw SKTAR akan kembali begemerlapan dalam kejohanan Sukan Murid Orang Asli hujung tahun ini seperti kejayaan musim 2013.


SKTAR PINTAR

Friday 6 February 2015

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah & Pengawas PSS 2015

Program : Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah & Pengawas PSS 2015
Tarikh : 5 Februari 2015 ( Jumaat )
Waktu : 8.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer dan Pusat Sumber SKTAR
Penyelaras  : Unit HEM


Salam ingatan...


Pada hari jumaat 5 Februari 2015 lalu, satu kursus kepimpinan telah dijalankan. Kursus ini dianjurkan oleh Unit HEM melibatkan kesemua pengawas sekolah dan pengawas PSS dari tahun 4 hingga 6. Pelbagai aktiviti disediakan oleh guru berkaitan seperti bengkel berkumpulan, aktiviti hafalan, bacaan ikrar, cara penyusunan buku, etika berpakaian dan protokol rasmi.


Unit Disiplin diselia oleh Puan Norhazliza, Cik Nurhayati dan Encik Mohd Nayan. Manakala Unit Media diselia oleh Puan Siti Khadijah. Encik Mohd Saifullizan bin Sallehuddin telah menyampaikan hadiah pada para pengawas yang diamanahkan untuk tahun 2015 ini .




Di harap kesemua murid ini dapat mengasimilasikan apa yang dipelajari dalam kursus ini untuk menjadi contoh pada rakan-rakan yang lain.

SKTAR PINTAR

Thursday 5 February 2015

Mesyuarat AJK PIBG Ke-3 Sesi 2014 / 2015

Aktiviti : Mesyuarat AJK PIBG Ke-3 Sesi 2014 / 2015
Tarikh : 5 Februari 2015 ( Khamis )
Waktu : 2.30 - 4.15 petang
Tempat : Pusat Sumber SKTAR
Anjuran : Unit PIBG Sesi 2014 / 2015
 


Salam perpaduan...

Pada 5 Februari 2015 lalu, satu mesyuarat AJK PIBG lantikan sesi 2014 / 2015 telah bersidang. Mesyuarat ini diuruskan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah selaku Setiausaha PIBG sesi 2014 / 2015 . Beliau juga turut dibantu oleh Encik Mohd Nayan selaku Naib Setiausaha dan para ajk guru serta ajk ibu bapa. Ini merupakan mesyuarat terakhir sebelum mesyuarat agung yang akan diadakan pada 7 Mac ini.


Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan perkara berikut :

  1. Membentangkan minit mesyuarat terdahulu ( Kali Ke-2 ) pada 16 / 10 / 2014
  2. Pembentangan kewangan PIBG sehingga 31 / 12 / 2014
  3. Perancangan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 31 pada 7 Mac 2014 
  4. Perbincangan usul AJK melibatkan guru, pentadbir, ibu bapa dan pemimpin setempat.
  5. Hal-hal lain 






Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG Encik A Mizan bin Silai, Puan Siti Nur binti Johari, Puan Kamariah binti Atok ( AJK Ibu bapa ), Encik Abdul Aziz bin Abdullah, Puan Asfarina binti Ghazali , Puan Norhazliza binti Mohamad, Puan Zaitun binti Kassim ( AJK Guru ) , Encik Saifullizan bin Sallehuddin, Encik Alpian bin Md Nor ( AJK Pentadbiran ) dan Batin Asu bin Dolah ( Batin Kpg Tun Razak ).


Jamuan ringan disediakan  PIBG yang dibekalkan oleh Kak Yah Kantin kita. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 minit petang.


SKTAR PINTAR

Darul Qur'an : Sehari Bersama Seabad Terasa 2015

Program : Sehari Bersama Seabad Terasa 2015
Tarikh : 5 Februari 2015 ( Khamis )
Tempat : Dewan dan Asrama SKTAR
Waktu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Penyertaan : Kesemua murid Tahun 1 - 6
Anjuran : Syukbah Dakwah Sem 4 2015 Darul Qur'an JAKIM
Fasilitator : Pelajar Tahun 4 Diploma Tahfiz Al-Qur'an 


Salam ukhwah...


Murid-murid SKTAR berasa amat bertuah kerana telah dikunjungi hampir 40 abang dan kakak fasilitator dari Darul Qur'an Kuala Kubu Bharu. Program yang diberi nama Sehari Bersama Seabad Terasa ini merupakan anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Syukbah Dakwah ini menekankan konsep persaudaraan melibatkan adik-adik mereka di tahun 1 - 6 yang bersekolah di SKTAR.


Semoga dengan adanya program ini dapat mengeratkan lagi persaudaraan sesama kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Dewan turut digunakan oleh para pelajar DQ ini untuk sesi bengkel, tayangan video dan lain-lain. Asrama SKTAR juga turut digunakan untuk program berkumpulan.












Acara penutupan telah disempurnakan oleh Encik Saifullizan bin Sallehuddin selaku GPK HEM.

SKTAR PINTAR

Wednesday 4 February 2015

Sepak Takraw Persahabatan bersama SK Kalumpang 2015

Aktiviti : Perlawanan Persahabatan Sepak Takraw 2015
Melibatkan : SK Tun Abdul Razak & SK Kalumpang
Tarikh : 4 Februari 2015 ( Rabu )
Waktu : 3.30 - 5.30 petang
Tempat : Gelanggang Takraw Sekolah Kebangsaan Kalumpang
Anjuran : Unit Ko-kurikulum SKTAR


Salam perpaduan..

Pasukan sepak takraw SKTAR telah diundang oleh SK Kalumpang untuk diadakan perlawanan persahabatan melibatkan 2 regu masing-masing. Seramai 8 orang murid SKTAR telah mewakili sekolah dalam perlawanan tersebut. Mereka ialah :

REGU A
  1. Ikmal Daniel bin Bohari ( Tekong ) - Tahun 6
  2. Supri bin Azman ( Fidder ) - Tahun 5
  3. Muhammad Emran bin Abdul Rani ( Killer ) - Tahun 6
  4. Shahrul Aiman bin Sudirman ( Simpanan ) - Tahun 4
REGU B
  1. Ragus bin Kasim ( Tekong ) - Tahun 6
  2. Razil bin Akob ( fidder ) - Tahun 6
  3. Azli bin Sogot ( Killer ) - Tahun 5
  4. Aeri Zurizal bin Paizal ( Simpanan ) - Tahun 4

Pasukan SKTAR telah dibimbing oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah dan pengurus adalah Encik Alpian bin Md Nor merangkap GPK Ko-kurikulum. manakala pasukan SK Kalumpang pula dibimbing oleh Encik Saiful Nahar bin Mokhtar dan dibantu oleh Ustaz Shukri. Keputusan perlawanan adalah seri.





Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi menghadapi persiapan Kejohanan MSSD pada 9 Februari 2015 ( Isnin ) ini di SK Gesir Tengah. Semoga perlawanan seupama ini dapat diadakan lagi di tahun akan datang.

SKTAR PINTAR

Monday 2 February 2015

Penyampaian Medal Merentas Desa MSSD 2015

Aktiviti : Penyampaian Medal Merentas Desa MSSD Hulu Selangor 2015
Tarikh : 2 Februari 2015 ( Isnin )
Waktu : 8.00 pagi - 8.10 pagi
Tempat : Dataran Kantin SKTAR


Salam..

Unit Ko-kurikulum telah menyampaikan medal pemenang pada  :

1. Adik Noriyani Tahun 5  ( Pemenang Ketiga / 350 peserta perempuan )
2. Adik Shahira Duku  Tahun 5 ( Pemenang Keempat / 350 peserta perempuan )
3. Adik Franx Felix Tahun 5 ( Pemenang ke12 / 350 peserta lelaki  )
4. Pemenang Kedua Acara berkumpulan Perempuan .

Mereka telah mengharumkan nama SKTAR apabila adik Noriyani dan Shahira akan mewakili Daerah Hulu Selangor dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Selangor ( MSSS ) yang akan diumumkan tarikhnya kelak.


Sebelum ini mereka telah menghadiri kejohanan tersebut di SMK Bandar Baru Batang Kali pada . Majlis tersebut telah disempurnakan oleh GPK Ko-kurikulum Encik Alpian bin Md Nor. 

SKTAR PINTAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...