SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 27 June 2013

Kem LINUS 2013

Assalamualaikum wbt..

Literasi dan Numerasi  itu LINUS. Linus merupakan program khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membendung gejala buta huruf dikalangan murid sedari umur 7-8 tahun di semua sekolah-sekolah kelolaan KPM. justeru itu SKTAR tidak ketinggalan mewujudkan suasana harmonis membentuk pelapis masyarakat yang berilmu pengetahuan.

 Peserta dan dif tetamu mengambil tempat

 Ucapan aluan oleh Guru Besar 

Ucapan perasmian oleh Tuan PPD

 Peserta LINUS yang bersemangat waja !


Pada hari Khamis ( 27 Jun 2013 ) jam 8.00 - 11.00 pagi telah  berlangsung program KEM LINUS  peringkat sekolah yang telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor , Encik Zainal Abidin bin Mohd Yusof. Terima kasih atas kehadiran tuan ke sekolah kami. Kami di SK Tun Abdul Razak sangat berbangga dan berbesar hati atas kunjungan pihak PPDHS. Tidak lupa pada Encik Hassan Basri bin Ismail selaku Ketua Meja bagi Projek Sekolah Orang Asli Hulu Selangor peringkat PPD.

 Terima kasih Tuan Zainal Abidin Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor

Berikut merupakan Jawatankuasa LINUS peringkat sekolah :


  • Penasihat : Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar SKTAR )
  • Pengerusi : Puan Rokiah binti Hassan ( PK Kurikulum )
  • Penyelaras Linus : Puan Nor Wahira binti Ali
  • Setiausaha Literasi : Puan Zaitun binti Md Kassim
  • Setiausaha Numerasi : Encik Mohamad Nayan bin Mohamad
  • Guru Linus : 
  1. Puan Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier
  2. Puan Noriah Anak Tong Seng
  3. Puan Siti Khadijah binti Abdul Aziz
  4. Encik Abdul Aziz bin Lahakim
  5. Puan Zaitun binti Md Kassim
  6. Encik Mohamed Nayan bin Mohamad
  7. Puan Hafsania binti Jamian. 

 

 

 

Encik Abdul Rahman bin Abdullah selaku Guru Besar SKTAR juga sanggup meluangkan masa meskipun terikat dengan mesyuarat pentadbiran di luar sekolah. Tidak dilupakan jasa semua guru-guru LINUS yang sedaya upaya membangkitkan nilai keilmuan dikalangan murid Orang Asli di sekolah ini khususnya dalam Lieterasi dan Numerasi.

TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN PADA SEMUA BARISAN GURU DAN STAF YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM KEM LINUS SKTAR 2013.

Wednesday 26 June 2013

SAMBUTAN HARI LAHIR ASRAMA SKTAR 2013

Salam 1 Malaysia...


Pada malam 26 Jun 2013 (Rabu) sekitar jam 8.00 - 10.00 malam, telah berlangsung majlis sambutan hari Lahir yang disambut secara serentak bagi murid-murid yang tinggal di asrama SKTAR. Sambutan hari Lahir yang disambut 2 kali setahun ini meraikan sambutan bagi mereka yang lahir dari bulan Januari - Jun. 





Antara program yang disediakan :

-Solat Isyak berjemaah
-Ucapan aluan Puan Rosidah PK HEM
-memotong kek
-Jamuan hari lahir
-Karaoke melibatkan murid-murid dan staf asrama.



Sedikit jamuan disediakan untuk murid-murid asrama dan Jawatankuasa Asrama 2013. Sekalung tahniah diucapkan pada Staf asrama khususnya : 1- Puan Rodiha Irhanim ( Penyelia ), 2- Cik Noor Ida Mardhiah ( PPM ), 3- Encik syed Sobrie(PPM) dan encik Fahmi ( Juruteknik Komputer) serta semua AJK Asrama 2013. 

Semoga semua murid yang tinggal di asrama dapat menikmati detik-detik indah sepanjang belajar di sekolah ini.

Saturday 22 June 2013

PENYERAHAN DUIT KWAMP 2013

Salam..

Seperti juga sekolah kebangsaan yang lain, Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak tidak ketinggalan dalam menyediakan program sumbangan duit KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR  atau ( KWAMP). Ianya melibatkan semua unit dan dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Murid HEM di bawah gurunya, Puan Rosidah binti Mahamad Ahyar. 

Sebanyak 6 kaunter disediakan di hadapan bilik guru. Tanggal 20 Jun 2013 (Khamis) itu berjaya mencapai objektifnya apabila 70% murid dan penjaga mereka telah selesai berurusan dengan guru kelas masing-masing.



 Ustazah Rogayah menerima duit sumbangan PIBG sebanyak RM30.00 dari seorang ibu setelah para penjaga mengeluarkan duit sumbangan di BSN KKB.

Cikgu Nayan menunjukkan aliran keluar masuk melalui buku akaun BSN.


Penyerahan selesai pada jam 12.30 Tengahari.

Monday 17 June 2013

Terima Kasih cikgu Rahman

Salam..

Pada 17 Jun 2013 (Isnin) bertempat di dataran SKTAR , satu penyerahan beg berlogo sekolah telah disumbangkan oleh Cikgu Abdul Rahman bin Abdullah selaku Guru Besar dan dibantu oleh Kelab Guru (KG) dibawah seliaan cikgu Aziz bin Lahakim. 

 PK Koko menerima beg baru dari GB

 PK Kurikululm bangga dengan head print logo SKTAR


Antara guru dan staf yang bergambar bersama beg baru

Beliau berharap agar beg dan baju kot yang telah diserahkan pada semua guru dapat diguna sebaiknya terutama ketika menghadiri kursus luar sekolah.

Saturday 1 June 2013

Tahniah adik Naszrul Ikmal & Zulkamirul Nizam

 KEBITARAAN !!!

Adik Naszrul Ikmal bin A.Mizan sekali lagi mengharumkan nama sekolah  apabila berjaya mendapat tempat ketiga pasukan inter regu sepak takraw mewakili daerah Hulu Selangor bertempat di  stadium tertutup Kuala Selangor. Beliau juga merupakan anak kepada YDP sekolah ini iaitu Encik A.Mizan bin silai.Beliau menjadi tekong utama regu A daerah.  Tahniah juga diucapkan pada cikgu Yusmawi bin Zainal selaku guru pengiring dan Ustaz Aziz selaku jurulatih.

 Adik Naszrul Ikmal bin A Mizan

Atlit :  1- Naszrul Ikmal bin A Mizan Tahun 6
          2- Zulkamirul Nizam bin Suri Tahun 5
Tempat : - Stadium Kuala Selangor
Tarikh : 7- 15 Mei 2013
Pencapaian : Ketiga Inter regu. 


Manakala adik Zulkamirul Nizam tahun 5 merupakan simpanan regu daerah yang juga bakal menjadi pelapis pasukan sepaktakraw sekolah pada 2014. Pasukan Hulu Selangor menumpaskan daerah Gombak untuk menduduki tempat ketiga kejohanan MSSS Selangor. Semoga KEBITARAAN pasukan sepaktakraw SKTAR berterusan hendaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...