SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 27 June 2013

Kem LINUS 2013

Assalamualaikum wbt..

Literasi dan Numerasi  itu LINUS. Linus merupakan program khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membendung gejala buta huruf dikalangan murid sedari umur 7-8 tahun di semua sekolah-sekolah kelolaan KPM. justeru itu SKTAR tidak ketinggalan mewujudkan suasana harmonis membentuk pelapis masyarakat yang berilmu pengetahuan.

 Peserta dan dif tetamu mengambil tempat

 Ucapan aluan oleh Guru Besar 

Ucapan perasmian oleh Tuan PPD

 Peserta LINUS yang bersemangat waja !


Pada hari Khamis ( 27 Jun 2013 ) jam 8.00 - 11.00 pagi telah  berlangsung program KEM LINUS  peringkat sekolah yang telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor , Encik Zainal Abidin bin Mohd Yusof. Terima kasih atas kehadiran tuan ke sekolah kami. Kami di SK Tun Abdul Razak sangat berbangga dan berbesar hati atas kunjungan pihak PPDHS. Tidak lupa pada Encik Hassan Basri bin Ismail selaku Ketua Meja bagi Projek Sekolah Orang Asli Hulu Selangor peringkat PPD.

 Terima kasih Tuan Zainal Abidin Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor

Berikut merupakan Jawatankuasa LINUS peringkat sekolah :


  • Penasihat : Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar SKTAR )
  • Pengerusi : Puan Rokiah binti Hassan ( PK Kurikulum )
  • Penyelaras Linus : Puan Nor Wahira binti Ali
  • Setiausaha Literasi : Puan Zaitun binti Md Kassim
  • Setiausaha Numerasi : Encik Mohamad Nayan bin Mohamad
  • Guru Linus : 
  1. Puan Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier
  2. Puan Noriah Anak Tong Seng
  3. Puan Siti Khadijah binti Abdul Aziz
  4. Encik Abdul Aziz bin Lahakim
  5. Puan Zaitun binti Md Kassim
  6. Encik Mohamed Nayan bin Mohamad
  7. Puan Hafsania binti Jamian. 

 

 

 

Encik Abdul Rahman bin Abdullah selaku Guru Besar SKTAR juga sanggup meluangkan masa meskipun terikat dengan mesyuarat pentadbiran di luar sekolah. Tidak dilupakan jasa semua guru-guru LINUS yang sedaya upaya membangkitkan nilai keilmuan dikalangan murid Orang Asli di sekolah ini khususnya dalam Lieterasi dan Numerasi.

TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN PADA SEMUA BARISAN GURU DAN STAF YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM KEM LINUS SKTAR 2013.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...