SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday 22 June 2013

PENYERAHAN DUIT KWAMP 2013

Salam..

Seperti juga sekolah kebangsaan yang lain, Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak tidak ketinggalan dalam menyediakan program sumbangan duit KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR  atau ( KWAMP). Ianya melibatkan semua unit dan dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Murid HEM di bawah gurunya, Puan Rosidah binti Mahamad Ahyar. 

Sebanyak 6 kaunter disediakan di hadapan bilik guru. Tanggal 20 Jun 2013 (Khamis) itu berjaya mencapai objektifnya apabila 70% murid dan penjaga mereka telah selesai berurusan dengan guru kelas masing-masing.



 Ustazah Rogayah menerima duit sumbangan PIBG sebanyak RM30.00 dari seorang ibu setelah para penjaga mengeluarkan duit sumbangan di BSN KKB.

Cikgu Nayan menunjukkan aliran keluar masuk melalui buku akaun BSN.


Penyerahan selesai pada jam 12.30 Tengahari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...