SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 30 January 2015

Kejohanan MSSD Merentas Desa Peringkat Daerah Tahun 2015

Kejohanan : Merentas Desa Peringkat Daerah Hulu Selangor ( MSSD) 2015
Tarikh : 30 Januari 2015 ( Jumaat )
Tempat : SMK Bandar Baharu Batang Kali, Selangor
Waktu : 8.30 pagi -11.00 pagi
Perasmi : Tuan Mat Nadzari bin Dahlan ( ADUN Batang Kali )

Kandid kenangan


Tahniah diucapkan pada murid-murid SKTAR yang mewakili sekolah dalam kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Hulu Selangor. 


Pasukan merentas Desa SKTAR telah dinobatkan sebagai Naib Johan Berkumpulan peringkat Daerah. 2 murid Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak telah mewakili Daerah Hulu Selangor ke peringkat Negeri Selangor. Mereka yang dimaksudkan adalah adik Noriyani dan Siti Shahira dari Tahun 5.



 Kandid kenangan

Pasukan merentas desa ini telah dihantar oleh Encik Alpian ( Pk Ko-Kurikulum ), Encik Mohd Yusmawi, Puan Siti Khadijah dan Puan Nor Wahira. Tahniah semua.


SKTAR PINTAR

Thursday 29 January 2015

Watikah perlantikan Tahun 2015

Program : Watikah Perlantikan Pengawas, Pembantu PSS & Ketua / Penolong Kelas 2015
Tarikh : 29 Januari 2015 ( Khamis )
Waktu : 7.40 pagi - 8.10 pagi
Tempat : Dataran Kantin SKTAR

Kenangan Pengawas Sekolah Tahun 2015

Salam,

Unit HEM beserta unit disiplin, Pusat Sumber dan Kurikulum  telah selesai mengadakan majlis perlantikan watikah jawatan Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua / Penolong Kelas bagi Tahun 2015 . Majlis ringkas tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Saiffulizan bin Salahudin sambil disaksikan oleh hampir 200 murid dari tahun 1 - 6.


Tentatif :

- Ucapan guru bertugas
- Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Aziz
- Ucapan dari PK HEM Encik Saifullizan bin Salahudin
- Bacaan Ikrar Pengawas diketuai adik Shahidin
- Bacaan Ikrar Pembantu Pusat Sumber diketuai adik Iskandar
-Bacaan Ikrar Ketua & Penolong Kelas Tahun 1 - 6
- Penyampaian watikah sijil perlantikan
- Sesi bergambar

PENGAWAS SEKOLAH 2015 :


 

 


 PENGAWAS PUSAT SUMBER  2015

 

 



 KETUA / PENOLONG KELAS 2015

 


KANDID





Jawatan Ketua Pengawas bagi tahun ini telah disandang oleh adik Shahidin bin Ludin sambil dibantu oleh adik Norazlizam Haziman bin Salim selaku Penolong Ketua Pengawas. 


Jawatan Ketua Pusat Sumber sekolah pula dipegang oleh adik  Iskandar bin Abu Bakar dan Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber pula dibantu oleh adik Wati bin Leeh.


Jawatan ketua kelas dan penolong pula telah dipilih oleh guru kelas masing-masing selepas melihat daya kepimpinan dalam bilik darjah.


Terima kasih diucapkan pada penyelaras unit berkaitan dan semoga perlantikan ini dapat menaikkan lagi moral dan semangat murid terpilih ini untuk lebih menonjol terutama dalam aspek sahsiah sikap dan intelektual

Kenangan Pengawas Pusat Sumber SKTAR 2015

SKTAR PINTAR

Tuesday 27 January 2015

Perbincangan RTM dan SKTAR

Aktiviti : Perbincangan Program Moh Ke Sekolah ( RTM )
Tarikh : 27 Januari 2015 ( Selasa )
Waktu : 10.00 am - 12.30 Tengahari
Tempat : Pusat Sumber SKTAR
Kehadiran : Wakil Radio & Televisyen Malaysia dan AJK Guru berkaitan



Salam...

Pada 27 Januari 2015, satu perbincangan Program Moh Ke Sekolah anjuran Radio & Televisyen Malaysia ( RTM ) telah mengadakan pertemuan 2 pihak bagi menganjurkan aktiviti yang dirancang. InsyaAllah program Moh Ke Sekolah ini akan diadakan pada 4 Mac 2015. SKTAR diketuai oleh Guru Besarnya Encik Abdul Rahiman bin Yusof, PK Ko-kurikulum Encik Alpian bin Md Nor, Ustazah Asfarina binti Ghazali dan Puan Zaitun binti Kassim.



Taklimat tersebut turut diselitkan dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak kantin SKTAR.


SKTAR PINTAR

Friday 23 January 2015

Merentas Desa 2015

Aktiviti : Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2015
Tarikh : 23 Januari 2015 ( Jumaat )
Waktu : 8.00 pagi -11.00 pagi
Tempat : Trek 2.4 km
Penyertaan : Murid Tahap 2 dan Tahun 3 yang ingin menyertai
Penyelaras : Unit Ko-Kurikulum

Salam...
 
 Guru Besar dan Pk Ko-Kurikulum bergambar bersama 10 pemenang murid lelaki dan 10 pemenang murid perempuan


Pada Jumaat 23 Januari 2015 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah bagi Tahun 2015. Pertandingan ini diadakan saban tahun bagi memilih murid yang berpotensi bagi mewakili sekolah ke peringkat daerah dan negeri. SKTAR sememangnya pasukan yang sering disegani di Hulu Selangor kerana kekentalan dan sikap tidak mudah berputus asa dalam merentas desa. 



 Petugas dan pemenang

Pemenang kategori murid perempuan
Pemenang kategori murid lelaki
 


 Hadiah yang disediakan



 Check Point



 Check Point


Check Point


 melangkah terus melangkah..




 1,2 mula !
 


 Pemenang mewarna Tahap 1 dan merentas desa Tahap 2 (Sebilangan Tahun 3)



Kandid kenangan


Terima kasih juga diucapkan pada Unit Tafik Kuala Kubu Bharu Selangor atas bantuan trafik yang diberikan.

SKTAR PINTAR

Sunday 18 January 2015

Taklimat Mesra Waris 2015

Aktiviti : Taklimat Mesra Waris 2015
Tarikh : 16 Januari 2015 ( Jumaat )
Waktu : 10.30 -11.30 pagi
Tempat : Kelas Tahun 6
Disempurnakan : Encik Abdul Rahiman bin Yusuf
Kehadiran : Waris murid Tahun 6  2015

Salam.


1 taklimat Mesra Waris telah disampaikan oleh Encik Abdul Rahiman bin Yusuf pada waris murid tahun 6 yang bersekolah di SKTAR. Taklimat ini juga telah diuruskan dengan jayanya oleh Kelab Tahun 6 yang dibantu oleh Puan Norhazliza binti Mohamad. Semoga dengan taklimat ini dapat memberi input bermanfaat pada waris murid tahun 6.


Semoga UPSR Tahun 2015 Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak lebih gemilang.

SKTAR PINTAR

Saturday 17 January 2015

Taklimat Kesihatan 2015

Aktiviti : Taklimat Kesihatan 2015
Tarikh : 16 Januari 2015 ( Jumaat )
Waktu : 9.00 - 10.00 pagi
Anjuran : Hospital KKB

Salam, 


Satu penerangan kesihatan telah disampaikan oleh Unit Kesihatan dari Hospital Kuala Kubu Bharu pada murid-murid SKTAR. Pemberian ubat cacing juga mengisi slot ringkas pada pagi tersebut. 

Terima kasih kami ucapkan pada Unit kesihatan Hospital KKB atas keprihatinan Kementerian Kesihatan Malaysia pada murid-murid di sekolah ini.

SKTAR PINTAR

Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2015

Program : Bantuan Awal Persekolahan RM100.00 Tahun 2015
Tarikh : 18 Januari 2015 ( Jumaat )
Waktu : 10.30 pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Kantin SKTAR
 Kehadian : Ibu bapa dan penjaga murid Tahun 2 - Tingkatan 1 ( Bekas murid 2014 ) 

Salam..




Pada jumaat lalu, SKTAR telah menerima kehadiran ibu bapa murid yang bersekolah di SKTAR untuk mengambil bantuan awal persekolahan RM 100.00. Bantuan kewangan yang diamanahkan oleh KPM ini, adalah khidmat sosial kerajaan pada semua sekolah-sekolah seluruh negara untuk diagihkan pada murid-murid bagi membantu keluarga tersebut menghadapi persekolahan setiap tahun.


Terima kasih diucapkan pada Kementerian Pendidikan Malaysia.


SKTAR PINTAR

Thursday 15 January 2015

Warna-warni minggu pertama persekolahan 2015

Program : Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan 2015
Tarikh : 12 - 16 Januari 2015
Tempat : Sekitar SKTAR

Aktiviti minggu  pertama persekolahan 2015 telah diwarnai dengan pelbagai corat-coret seperti :

 Kehadiran Murid Tahun 1 2015


Serba baru

 37 murid Tahun 1 yang didaftarkan

 Kehadiran waris tahun 1


Budaya Sekolah Penyanyang


 Kehadiran murid disambut oleh guru bertugas mingguan

 Adik Tini dari tahun 1 yang sentiasa mencuri tumpuan warga sekolah


 Turut mengalu-alukan kehadiran rakan sejawat dalam budaya sekolah penyanyang


Rancangan Makanan Tambahan ( RMT )
 
 Guru bertugas mingguan

 Semua murid RMT dipastikan menerima hidangan masing-masing


 Bacaan doa beramai-ramai


Latihan Pertama Merentas Desa

Mendengar arahan dari ustaz Aziz


 meredah denai dan lorong

 Kami tak putus asa

Murid melepaskan lelah sebentar di bawah pohon sekolah


SKTAR PINTAR

Tuesday 13 January 2015

Lawatan Nazir Kementerian 2015

Aktiviti : Lawatan Puan Norziah Sham dari Unit Nazir KPM 
Tarikh : 12 Januari 2015 ( Isnin )
Waktu : 7.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Sekitar Sekolah dan Asrama SKTAR 

Salam 1 Malaysia..


Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak berbangga atas lawatan tunggal oleh Puan Norziah Sham dari Unit Nazir Putrajaya Kementerian Pendidikan Malaysia . Terdapat pelbagai perkongsian ilmu melibatkan para guru, staf dan pentadbir.

Puan Norziah Sham mencadangkan beberapa input untuk SKTAR

Satu perjumpaan singkat telah dirancang oleh barisan pentadbir dengan menghimpunkan warga kerja sekolah di Pusat Sumber pada jam 1.30 tengahari - 2.15 petang.

Antara input seperti :


- Ucapan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menerima lawatan beliau.
- Suasana sekolah yang kondusif
- Pemudah caraan di bilik kelas
- Kuota murid yang tinggal di asrama
- Fail panitia yang digabungkan
- Teknik " memikat " kehadiran murid Orang Asli

 menulis catatan...

Terima kasih Puan Norziah Sham


Puan Norziah Sham telah di jemput oleh guru besar untuk menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan pihak asrama pada jam 2.20 pm.

SKTAR PINTAR

Monday 12 January 2015

Hari Pertama Persekolahan Tahun 2015

Hari : Sesi Pertama Persekolahan Tahun 2015
Tarikh : 12 Januari 2015 ( Isnin )
Waktu : 7.30 pagi 
Tempat : Dataran Kantin SKTAR
Ucapan :
- Ucapan aluan dari Guru Bertugas ( Puan Zaitun binti Kassim )
-Ucapan daripada Unit Disiplin ( Puan Norhazliza binti Mohamad )
- Ucapan rasmi daripada Guru Besar ( Encik Abdul Rahiman bin Yusof )

Kami datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan

Salam..

Pada 12 Januari 2015 telah berlangsung sessi hari pertama persekolahan bagi tahun 2015. Perhimpunan rasmi ini telah diadakan di Dataran Kantin ekoran Dataran Utama dijadikan tempat simpanan bahan pembinaan surau yang akan siap di bina di tapak lama English Hut. Demi memastikan keselamatan murid dan warga kerja sekolah, perhimpunan di dataran kantin akan diadakan setiap minggu sehingga selesai kerja-kerja pembinaan.

Nyanyian Negaraku. Turut bersama adalah nazir KPM iaitu Puan Norziah Sham

Ucapan mingguan oleh guru bertugas : Puan Zaitun

 Mendengar ucapan disiplin dari Puan Norhazliza

 
Murid Tahun 1 2015 seramai 37 orang


Adik Tini ( Hadapan murid perempuan ) adalah murid istimewa SKTAR. 
Kami kagum dengan semangatnya.

 Ibu bapa murid tahun 1 yang menemani anak-anak mereka di hari pertama.

Ucapan oleh Tuan Guru Besar Encik Abdul Rahiman

Antara guru wanita SKTAR yang bersemangat waja

Seramai 37 orang murid baharu Tahun 1 telah didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul razak pada tahun ini. Kehadiran ibu bapa dan waris murid sedikit sebanyak mencoretkan kenangan manis khususnya pada murid-murid baharu ini.

SKTAR PINTAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...