SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 29 January 2015

Watikah perlantikan Tahun 2015

Program : Watikah Perlantikan Pengawas, Pembantu PSS & Ketua / Penolong Kelas 2015
Tarikh : 29 Januari 2015 ( Khamis )
Waktu : 7.40 pagi - 8.10 pagi
Tempat : Dataran Kantin SKTAR

Kenangan Pengawas Sekolah Tahun 2015

Salam,

Unit HEM beserta unit disiplin, Pusat Sumber dan Kurikulum  telah selesai mengadakan majlis perlantikan watikah jawatan Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua / Penolong Kelas bagi Tahun 2015 . Majlis ringkas tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Saiffulizan bin Salahudin sambil disaksikan oleh hampir 200 murid dari tahun 1 - 6.


Tentatif :

- Ucapan guru bertugas
- Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Aziz
- Ucapan dari PK HEM Encik Saifullizan bin Salahudin
- Bacaan Ikrar Pengawas diketuai adik Shahidin
- Bacaan Ikrar Pembantu Pusat Sumber diketuai adik Iskandar
-Bacaan Ikrar Ketua & Penolong Kelas Tahun 1 - 6
- Penyampaian watikah sijil perlantikan
- Sesi bergambar

PENGAWAS SEKOLAH 2015 :


 

 


 PENGAWAS PUSAT SUMBER  2015

 

 



 KETUA / PENOLONG KELAS 2015

 


KANDID





Jawatan Ketua Pengawas bagi tahun ini telah disandang oleh adik Shahidin bin Ludin sambil dibantu oleh adik Norazlizam Haziman bin Salim selaku Penolong Ketua Pengawas. 


Jawatan Ketua Pusat Sumber sekolah pula dipegang oleh adik  Iskandar bin Abu Bakar dan Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber pula dibantu oleh adik Wati bin Leeh.


Jawatan ketua kelas dan penolong pula telah dipilih oleh guru kelas masing-masing selepas melihat daya kepimpinan dalam bilik darjah.


Terima kasih diucapkan pada penyelaras unit berkaitan dan semoga perlantikan ini dapat menaikkan lagi moral dan semangat murid terpilih ini untuk lebih menonjol terutama dalam aspek sahsiah sikap dan intelektual

Kenangan Pengawas Pusat Sumber SKTAR 2015

SKTAR PINTAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...