SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 29 August 2014

Taklimat Linus ke: 2 Tahun 2014

Salam..

Guru-guru LINUS 2014 SKTAR

 Pada pagi Jumaat 29 Ogos 2014 jam 7.30-7.40 pagi  telah berlangsung taklimat menghimpunkan guru-guru LINUS di Pusat Sumber Sekolah SKTAR. Berikut merupakan maklumat yang diperolehi sepanjang taklimat ringkas itu. Maklumat tersebut telah disampaikan oleh Puan Nor Wahira binti Ali.

Taklimat Linus Saringan 2 Tahun 2014 Akan dilaksanakan pada :
  • 1 September - 3 Oktober 2014 : Saringan membaca
  • 7 - 17 Oktober 2014 : Saringan menulis
  • 20 - 31 Oktober 2014 : Memasukkan data.


Disampaikan oleh Puan Nur wahira

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Taklimat Sukan dan PPDa 2014

Salam..


TAKLIMAT SUKAN DAN PPDa
Tarikh : 26 Ogos 2014
Waktu : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : PSS SKTAR
Audien : Kesemua guru


SUKAN :

1. Latihan Sukan :
  • 28 Oktober 2014 ( Selasa ) : Padang SKTAR
  • 29 Oktober 2014 ( Rabu ) : Padang
  • 30 Oktober 2014 ( Khamis) : Padang
2. Kejohanan :
  • 2 November 2014 ( Ahad )

                                                                         PPDa :



A. Aktiviti Sebelum minggu PPDa ( 25 Ogos 2014 - 26 September 2014 )
  1. Mesyuarat pelaksanaan Program PPDa
  2. Menyediakan bahan informasi DARIH ( Dadah arak, rokok, inhalen dan HIV/Aids )
  3. Melukis Mural PPDa di dinding luar blok bilik j-QAF
  4. Menempah soft board becermin sebanyak 8 buah untuk ruang / sudut informasi dan pameran
  5. Menempah banner dan papan tanda PPDaMembaik pulih pondok PPDa
  6. Membeli bahan-bahan keceriaan termasuk cat.
  7. Menyiapkan  ruang / sudut / laluan dan pondok PPDa
  8. Menceriakan kawasan pameran
  9. Membina laluan reakreasi ( dam , ting-ting )
  10. Kuiz

B. Aktiviti Semasa Minggu PPDa ( 29 September - 3 Oktober 2014 )
  1.  Pertandingan mewarna tahap 1 dan 2
  2. Pertandingan melukis poster PPDa dan tahap 2
  3. Aktiviti sihat pertandingan dam dan tingting
  4. Aktiviti sihat ( Berkebun )
  5. Explorace PPDa
  6. Pertandingan nyanyian
  7. Ceramah dadah oleh AADK kepada ibu bapa dan murid-murid
  8. Ceramah berkaitan arak, rokok, inhalen dan HIV oleh Hospital Orang Asli Gombak 
  9. Pameran dadah dan kesihatan oleh AADK , hospital dan polis.
  10. Pemeriksaan kesihatan
C. Aktiviti Selepas minggu PPDa ( Seterusnya )
  1. Pemurnian
  2. Kemaskini
  3. Pengajaran dan pemudahcaraan

Taklimat PPDa oleh PK Kurikulum Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar


Taklimat PPDa oleh PK Kokurikulum oleh Encik Alpian bin Mohd Nor


Ustazah Asfarina dan Ustazah Noorhayati binti Nawawi khusyuk mendengar taklimat


Seterusnya mengenai ...


Khusyuknya cikgu Jauharriah tu.

Wakil staf Encik Muhammad Fahmi turut hadir


Cikgu Nayan dan cikgu Aziz malu-malu bergambar.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Wednesday 27 August 2014

PERJUMPAAN SANTAI GURU UPSR 2014

 Salam..


SKTAR telah mula mewujudkan Minggu Santai bagi para para guru yang mengajar subjek teras bagi menghadapi UPSR 2014 sejak awal tahun ini lagi. Kelaziman minggu santai ini adalah pada hari isnin jam 1.15 petang. Adakalanya minggu santai disertai guru besar dan barisan PK di kedai minum bagi membincangkan hala tuju dan prestasi anak-anak murid asli  tahun 6 di sekolah ini.

Inilah budaya murni yang sering dititik beratkan oleh pentadbir Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak. Semoga UPSR 2014 menjanjikan keputusan lebih gemilang di sekolah ini. InsyaAllah.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

PELANCARAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN PATRIOTIK 2014

Salam..


Pelancaran Program Sambutan Bulan Patriotik 2014
Tarikh : 26 Ogos 2014
Hari : Selasa
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Tun Abdul Razak.

Objektif :


Pada hujung program ini adalah diharapkan supaya warga SKTAR dapat :
  • Menyayangi Malaysia
  • Menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
  • Menyemai perasaan bangga dan cinta kepada negara
  • Bersyukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.
Aktiviti dan penyelaras:


  • Mewarna bendera Malaysia ( Tahun 1 )
  • Pertandingan Teka silangkata ( Tahun 2 )
  • Pertandingan Kuiz kemerdekaan ( Tahun 3 )
  • Pertandingan menyusun ayat menjadi pantun kemerdekaan ( tahun 5 )
  • Pertandingan Mencipta poster Slogen kemerdekaan ( Tahun 6 )

Jawatankuasa induk :

Pengerusi : Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar SKTAR )
Timbalan Pengerusi 1 : Pn Rosidah binti Mohd Ahyar ( PK Kurikulum )
Naib Pengerusi 1 : Encik Saifulizan bin Salehudin ( PK HEM )
Naib Pengerusi 2 : Encik Alpian bin Mohd Nor ( PK Kokurikulum)
Setiausaha : Encik Abdul Aziz bin Lahakim
Bendahari : Puan Noriah Anak Tong Seng
Penyelaras Program : Puan Norhayati binti Nawawi

Jawatankuasa Pelaksana :

Juruacara : 

1. Pn Zaitun binti Mohd Kasim

Siaraya dan dokumentasi :
  1. Encik Mohd Nayan bin Mohamad
  2. Encik Mohd Fahmi bin Kamil Hadi
  3. Encik Mohd Yusmawi bin Zainal
Disiplin dan keselamatan murid :
  1. Encik Abdul Aziz bin Lahakim
  2. Pn Rogayah binti Abdullah
  3. Pn Siti Khadijah binti Abdul Aziz
Buku Program :
  1. Pn Wahira binti Ali
  2. Pn Saedah binti Ali
  3. Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah
Persembahan penutupan :
  1. Puan Norhazliza binti Mohamad\
Gimik Pelancaran :
  1. Pn Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier
  2. PuanHafsania binti Jamian
  3. Pn Hamidah binti Hambli
Pengurus hadiah :
  1. Cik Norhayati binti Hashim
  2. Pn Jauharriah binti Ahmad
  3. Pn Asfarina binti Ghazali 





TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Tuesday 26 August 2014

Berita SKTAR di Surat Khabar Harian Metro 25 / 8 / 2014

Salam..

Pengorbanan tanpa mengenal ranjau.. demi pendidikan kami mara ke hadapan.



TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Monday 25 August 2014

PENUTUPAN KEM LONJAKAN PRESTASI UPSR MURID ASLI SELANGOR 2014





Saya dengan ini merasmikan penutupan

 " Kem Lonjakan Prestasi UPSR Murid-murid Asli
 Negeri Selangor Tahun 2014 "

(  ENCIK BAKAR BIN UNUS   ) 
Pengarah  Jabatan Kemajuan Orang Asli
 Negeri Selangor 

KEM LONJAKAN PRESTASI UPSR SEK2. ASLI NEGERI SELANGOR 2014

Salam..


KEM LONJAKAN PRESTASI UPSR MURID-MURID ASLI NEGERI SELANGOR 2014

Waktu : 22 hingga 25 Ogos 2014

Hari : Jumaat - Isnin

Tempat : Sek.Keb.Tun Abdul Razak,
 Jalan Padang Golf,
 44000 Kuala Kubu Bharu, 
Hulu Selangor.

Sasaran : 131 orang murid Asli di 13 buah sekolah asli seluruh Selangor.

Penginapan : Asrama SKTAR

Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Kem Lonjakan Prestasi UPSR Murid-murid Asli Negeri Selangor bagi tahun 2014. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan A Bakar Bin Unus, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor. Dengan tema kem iaitu "Lonjakan Prestasi Akademik" ini melibatkan anjuran bersama JAKOA dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Objektif Kem adalah seperti berikut :
  • Membantu murid-murid membuat persedian diri dalam menghadapi UPSR 2014
  • Meningkatkan semangat dan keyakinan diri murid-murid asli untuk menghadapi UPSR 2014
  • Memberi tips-tips berguna kepada murid-murid agar lebih berkeyakinan
  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid asli peri penting pendidikan.
Program ini diadakan untuk meningkatkan minat murid-murid terhadap pelajaran dan memberi kesedaran kepada mereka untuk menyuburkan semangat belajar dan seterusnya menjana kecemerlangan diri di peringkat UPSR.


Berikut merupakan sekolah-sekolah yang terlibat :

Hulu Selangor : SK Tun Abdul Razak

Petaling Utama : SK Bukit Lanjan

Sepang : SK Bukit Bangkong, SK Sungai Melut, SK Bukit Tampoi

Kuala Langat : SK Sungai Bumbun, SK Sungai Judah, SK Bukit Cheding, SK Bukit Tadom, SK Bukit Kemandol

Hulu Langat : SK Sungai Lui, SK Kuala Pomson, SK Ulu Semenyih.


 Penceramah jemputan bertanya pada murid

 Di sini kami bersatu mencapai agenda pendidikan negara

 Slot Bahasa Melayu disampaikan oleh Guru Besar SKTAR : Encik Abdul Rahman


 Khusyuk mendengar tips dan motivasi

" Pemahaman dan karangan sama penting dalam UPSR" - Encik Abdul Rahman

 Persembahan murid dari pelbagai sekolah.

 Di sini lahirnya sebuah cinta..

 Yang murni abadi sejati..

 Di sini lahirnya cita-cita...

Bercambah menjadi warisan..


Usah direnung letihnya berusaha, tetapi renunglah manisnya kejayaan.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Sunday 17 August 2014

Jamuan Aidilfitri Panitia P.Islam Tahun 2014


Jamuan Aidilfitri Panitia P.Islam Tahun 2014
Tarikh : 15 Ogos 2014 ( Jumaat)
Waktu : 9.30 - 10.30 pagi
Tempat : Kantin SKTAR
Sasaran : Kesemua murid Islam dan semua waga kerja sekolah
Penyelaras : Panitia p.Islam



Salam, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan jamuan Aidilfitri 1435 hijrah bersamaan 19 Syawal 1435. Terima kasih diucapkan pada panitia P.Islam SKTAR kerana sudi menjamu warga muslim SKTAR.

 Jemput makan

Jamuan untuk murid diadakan di bilik j-QAF

Selera nampaknya..

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Saturday 16 August 2014

Penutupan Minggu Matematik 2014

 

Program : Penutupan Minggu Matematik
Tarikh : 15 Ogos 2014
Hari : Jumaat
Waktu : 7.30 pagi - 7.45  pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTAR

Salam, Pada 15 Ogos 2014 yang lalu, Panitia Matematik telah mengadakan majlis penutupan Minggu Matematik. Penyerahan hadiah dan hamper telah disempurnakan oleh guru besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah. Terima kasih diucapkan pada semua guru-guru matematik yang bertungkus lumus bagi memastikan subjek ilmu hisab ini dicapai oleh anak pribumi tercinta di negara ini.

Pemenang  :

Pemulihan Khas ( Cikgu Hafsania )
1. Haslinda Tahun 3
2. Dani Tahun 2
3. Es Tahun 1
4. Daniel Indrawadi Tahun 1
5. Shima Tahun 1

Pemulihan Khas ( cikgu Wahira )
1. Petrus Tahun 4
2.Zainal Tahun 2
3. Suhaimi Tahun 2
4.Lijah Tahun 4
5. Ayu Natasha Tahun 2

Tahun 1
1.Siti Nazira
2. Zyuzie Zakira
3. Nishakirana 
4. Amirul
5. Adreen

Tahun 4
1. Siti Shahira
2.Suhaimi
3.Shakina
4.Supri
5.Sonia

Tahun 6
1. Amy Wan Nazrie
2.Rosalin
3.Siti Sharizan
4.Ilen
5. Rosmayanti

Diharap dengan penyerahan hadiah dan hamper ini dapat menaikkan lagi semangat murid-murid dalam menuntut ilmu.InsyaAllah.


 Murid menuggu keputusan dengan debaran

 Antara hadiah yang disediakan oleh panitia Matematik

 Tahniah ye..

 Cikgu Nayan selaku orang kuat Panitia Matematik 2014

adik Siti Shahira mendapat tempat pertama bagi kelas tahun 4


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Tuesday 12 August 2014

DEKORASI PERPUSTAKAAN PERMAINAN SUMBANGAN YAYASAN EMKAY : 2014

Pendidikan bermula dari pemerhatian..

Yayasan EMKAY menyedari pentingnya aspek pendidikan bagi membantu masyarakat terutamanya yang tinggal di pendalaman dan di luar arus pembangunan, seperti masyarakat Orang Asli. Pendekatan paling berkesan dalam membantu dalam aspek pendidikan ini adalah melalui pendidikan awal kanak-kanak golongan sasaran ini. 


Justeru itu, Yayasan EMKAY telah memperkenalkan  Perpustakaan Permainan atau ’Toy Library’ yang mengambil kira naluri kanak-kanak dengan mewujudkan suasana keriangan sambil belajar. Perpustakaan Permainan ini dikenali sebagai ’i-play’. Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Selangor berasa amat bertuah kerana telah dipilih dari ribuan sekolah di seluruh negara ini. 

Bilik Perpustakaan Permainan ini telah diletakkan di asrama SKTAR. Berikut merupakan beberapa foto sebelum dan selepas penyerahan perpustakaan permainan tersebut.  


 Sebelum ini, Bilik Toys Library hanyalah sebuah bilik rehat untuk para murid yang tinggal di asrama SKTAR




 Ketibaan pegawai dari Yayasan EMKAY telah menerbitkan sinar baru pada SKTAR



                              Pengubahsuaian mula dijalankan oleh Yayasan EMKAY




Barangan Perpustakaan Permainan telah diterima selepas pengubahsuaian bilik selesai.




Antara Hiasan di Bilik Perpustakaan Permainan SKTAR sumbangan Yayasan EMKAY








Taklimat penggunaan Perpustakaan Permainan dari pegawai Yayasan Emkay.



Menunggu detik perasmian oleh Timbalan   Pendidikan II pada 13 Ogos 2014




TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...