SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 7 August 2014

SELAMAT DATANG 3 GURU PENOLONG PENTADBIR BARU 2014

Pembentangan Mesyuarat 3 Unit Pentadbiran Terbaru 2014
Tarikh : 7 Ogos 2014 ( Khamis )
Waktu : 2.30  - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SKTAR
Sasaran : Kesemua guru SKTAR


Bermula 4 Ogos 2014 ( Isnin ) , Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak telah menerima 3 orang guru pentadbir baharu bagi menggantikan perjawatan terdahulu.

Pada petang tersebut, beberapa pembentangan minit mesyuarat dan sesi pengenalan unit telah disampaikan oleh 3 orang guru pentadbir baharu kepada semua guru-guru di sekolah ini. Antara pengisian adalah seperti berikut :

  • Ucapan aluan pengerusi majlis
  • Pembentangan Unit Kurikulum
  • Pembentangan Unit HEM
  • Pembentangan Unit Kokurikulum
  • Hal-hal lain.


Berikut merupakan pentadbir baharu 2014 :

UNIT KURIKULUM
( Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar )
Jawatan terdahulu : PK HEM di SKTAR
Menggantikan Puan Rokiah binti Hassan yang bersara wajib pada 24 Julai 2014


UNIT HEM
( Encik Saifullizan )
Jawatan terdahulu :  guru di SK Kalumpang
Menggantikan Puan Rosidah yang menjadi PK Kurikulum di SKTAR


UNIT KOKURIKULUM
( Encik Alpian )
Jawatan terdahulu : guru di SK Batang Kali
Menggantikan Encik Rosman bin Shamsuddin yang bertukar jawatan PK Koku  ke SK Seri Keledang pada 20 Julai 2014


Semoga perjawatan dan pentadbiran baru di sekolah ini melonjakkan lagi nama baik SKTAR di persada pendidikan negara.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...