SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 17 May 2013

SELAMAT HARI GURU

Salam
hari-guru-2013


Tahniah semua guru kerana menjadi agen kebaikan pada anak bangsa. Admin blog SKTAR mengucapkan selamat hari guru pada semua guru-guru di Malaysia.

Guru, tugasmu cukup mulia, mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya. Jasamu tetap dikenang hingga ke akhir hayat walaupun kau pernah memberi hukuman kepadaku tapi hukuman kau itu mengajar aku erti kehidupan yang sebenar yang bakal ku tempuh di hari muka. Sekarang ini, hasil didikan dan ajaranmu, aku mengikut jejak langkahmu mendidik generasi muda agar menjadi anak bangsa yang berguna kepada agama dan negara tercinta. TERIMA KASIH CIKGU!

Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari

mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya

adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa

biarpun sayup di hutan belantara.
Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

SELAMAT HARI GURU 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...