SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 30 September 2013

Latihan Insentif Menghadapi KSSMOA 2013

Salam sukan..



Persiapan awal telah disiapkan oelh guru penyelaras bagi acara yang diambil dalam Kejohanan Sukan Murid-murid Orang Asli ( KSSMOA ) peringkat Negeri Selangor 2013 yang akan diadakan di Gombak dan USJ 23 Subang Jaya pada 2 & 3 Oktober ini. menyedari pentingnya latihan dan peraturan diterapkan di kalangan pemain, maka satu inisiatif khas diambil bagi mewujudkan suasana pertandingan secara profesional.


Antara latihan khas di bawa oleh Puan hajjah Jashiah binti Rabu ialah :




  • Membawa 4 murid atlit balapan dan olahraga ke Stadium Mini Kuala Kubu Bharu Selangor bagi mengenal pasti lorong.
  • Kendalian acara lontar peluru di padang berumput milik Majlis Daerah Hulu Selangor ( MDHS di padang Stadium mini.

Latihan khusus selama 2 minggu oleh Cikgu Abdul Aziz bin Abdullah  pula melibatkan :


  • 8 Murid dalam acara sepaktakraw. Penyediaan 2 regu SKTAR. Latihan dilakukan di Gelanggang mini Sepak takraw Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak KKB.

Doakan semoga kejayaan akan dirangkul oleh atlit-atlit SKTAR di kejohanan tersebut.


- SKTAR DI HATIKU -

Friday 27 September 2013

KATMO 2013

Salam 1 Murid 1 Sukan..


Pada 25 dan 26 September ( Rabu dan Khamis ), Unit Sukan PPD Hulu Selangor menyelaraskan waktu permainan yang wajib disertai serta diwakili oleh murid-murid bawah 10 tahun untuk menyertai anjuran Kejohanan  Tunas Olimpik Muda ( KATMO ) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ). Justeru itu, Puan Hajjah Jashiah binti Rabu selaku Guru Kanan Kokurikulum SKTAR menggerakkan beberapa murid berpotensi ke pertandingan bakat-bakat cilik tersebut.


25 September 2013 ( Rabu )

Dibawa oleh 2 orang guru : - Cikgu Yusmawi  dan Cikgu Noor Hafiza ke Padang SMK Kalumpang Hulu Selangor.  Acara murid terlibat :  - Lontar Peluru dan Lari berhalangan.


Murid terlibat :

  1. Faizal bin Abidin Tahun 4
  2. Shahidin bin Ludin Tahun 4
  3. Ikmal Daniel Tahun 4
  4. Zaidi bin Rudy Tahun 4
  1. Jenny  A/P Juang Tahun 4
  2. Asmira Natasari Tahun 4
  3. Lisa binti Apu Tahun 4
  4. Dila Arina Tahun 4


26 September 2013 ( Khamis )


Dibawa oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah ke gelanggang Haji Muhammad Taib Gesir Tengah, Hulu Selangor. Acara Timang Bola Getah berpasukan.

Murid terlibat :

  1. Faizal bin Abidin Tahun 4
  2. Shahidin bin Ludin Tahun 4
  3. Ikmal Daniel Tahun 4
  4. Zaidi bin Rudy Tahun 4

- SKTAR DI HATIKU -

Aktiviti Bulan PSS SKTAR 2013

Salam sejahtera semua...

Pada sepanjang minggu lalu dan akhir bulan September 2013, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak telah mengadakan beberapa aktiviti menarik sepanjang pengisian Bulan PSS yang telah dirasmikan sejak awal bulan tersebut. Tahniah diucapkan pada semua murid yang terlibat dalam menjayakan program ilmiah berbentuk pembacaan di kalangan murid tahap 1 dan  tahap 2 di sekolah ini.

Berikut merupakan beberapa aktiviti disediakan oleh unit PSS SKTAR 2013 :


Pertandingan Sudut Nilam antara kelas






 Pertandingan Bercerita





 Kuiz bahasa




 Pertandingan silangkata






Pertandingan Buku Skrap







Majlis penutupan PSS akan diadakan pada hari Selasa ( 1 Oktober 2013) di dataran sekolah. Semoga minat membaca dan budaya murni ini dapat diteruskan sehingga akhir hayat. Budaya Membaca Budaya Mulia.


-SKTAR DI HATIKU-

Thursday 26 September 2013

Lawatan WWF ke SKTAR 2013


Salam kedamaian..

SKTAR menerima kunjungan dari pihak NGO Tabung Alam Sekitar atau lebih dikenali sebagai WWF pada 26 September 2013. Kesemua murid sangat seronok dengan lawatan ilmiah WWF yang menenrangkan peri pentingnya kita semua menjaga alam semulajadi ini dari kerosakan. Tayangan video dilakukan di pusat Sumber Sekolah. 





__________

Sumber wikipedia

Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang bertujuan memupuk pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi, dulunya dinamakan Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang kekal sebagai nama rasminya di Amerika Syarikat dan Kanada.


Pertubuhan ini menyatakan misi "untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi kita".[1] Kini, kebanyakan kerjanya bertumpu kepada pemeliharaan tiga biome yang mengandungi kebanyakan besar biokepelbagaian: hutan, ekosistem air tawar, dan lautan dan pantai. Antara isu-isu lain, WWF juga prihatin terhadap spesis hampir pupus, pencemaran dan perubahan iklim. Pertubuhan ini menjalankan lebih 1,200 projek amali di seluruh dunia dalam setiap tahun.

 ________

Terima kasih diucapkan pada WWF kerana sudi berkongsi ilmu dan rasa untuk menjaga bumi tercinta ini.

- SKTAR DI HATIKU -

Gotong-royong keceriaan Mural asrama 2013

Salam semua..


Unit HEM dan Unit Kokurikulum telah bekerjasama menyiapkan lukisan mural di bangunan asrama pada minggu lalu. Penglibatan murid-murid tahap 2 sangat diperlukan bagi menghasilkan kemenjadian murid sejak dari usia muda.



Justeru itu, beberapa lukisan mural telah dipertanggungjawabkan pada mereka sewaktu program TKRS dan dilaksanakan dengan jayanya. Inilah momentum dan grafiti kekal yang akan terus mekar di hati SKTAR.


- SKTAR DI HATIKU -

Wednesday 18 September 2013

1000 Langkah Merdeka Tahun 2013

Mara....Kita halilintar... tiada gentar...puncak dunia... Malaysia sudah bergema...

Perarakan warga sekolah melintasi kampung dan taman

SKTAR dibawah unit Kokurikulum SKTAR telah mengadakan majlis penutupan kemuncak Hari Kemerdekaan Malasia ke 56  pada hari Selasa ( 17 September 2013 ) jam 8.00 - 9.40 pagi, Tarikh ini juga dipilih bertepatan sempena hari Malaysia di mana gabungan Tanah Melayu dan Sabah Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

 Pengisian :

Bacaan doa oleh Ustaz Aziz 

Ucapan aluan oleh Guru Besar

Senamrobik

Kenangan sebelum melangkah 1000 langkah

 Pelepasan oleh GB

Sepanduk dibawa oleh murid tahun 6

 Guru dan murid seiring selangkah

 Jurukamera Pn Rodiha Irhanim bersama durian D24

Jamuan durian di Kantin anjuran Kelab Guru

Justeru itu  SKTAR tidak ketinggalan bagi mengadakan program kemuncak dengan diadakan " Program 1000 Langkah Merdeka Malaysia". Trek sepanjang 1.5 KM mengelilingi Taman Juta dan Kampung Tun Razak dipilih dengan kesemua murid tahun 1 - 6 bersama-sama melangkah membawa harapan dan semangat anak merdeka. 

Perjalanan itu juga menarik minat kesemua guru dan staf berjalan bersama-sama murid yang membawa bendera, sepanduk dan diiringi nyayian lagu-lagu patriotik . Pelepasan majlis dilancarkan oleh Guru Besar SKTAR, encik Abdul Rahman bin Abdullah di pintu utama sekolah. Selesai acara tersebut, dengan hasil tabungan bersama para guru dan staf, Unit Kelab Guru telah mengadakan jamuan ringan buah durian yang dibeli secara pukal di pekan KKB.

Inilah keunikkan SKTAR yang ada dalam setiap warganya.


-SKTAR DI HATIKU-

Thursday 12 September 2013

LAWATAN PK HEM DAN PK KURIKULUM KE HULU TAMU 2013

Salam..

Pada hari Isnin lalu ( 9 September 2013 ) sehari sebelum UPSR esok harinya, PK HEM puan Rosidah binti Mahamed Ahyar dan PK Kurikulum Puan Rokiah binti Hassan telah mengadakan lawatan mengejut ke Kampung Orang Asli Hulu Tamu di Hulu Kali,  Batang Kali di Hulu Selangor. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 25 minit dari Kuala Kubu bertujuan mengesan murid Tahun 6 yang masih belum melaporkan diri di Asrama SKTAR.
 
Adik Arais bin Kassim dijemput oleh PK HEM dan PK Kurikulum untuk tinggal di asrama bagi menghadapi UPSR esok hari.

 PK HEM bergambar kenangan di kampung OA Hulu Tamu

 PK Kurikulum : Puan Rokiah binti Hassan

Tahniah diucapkan atas semangat keguruan yang tinggi di kalangan barisan guru pentadbir SKTAR yang serius membina generasi bangsa yang tidak tertinggal dalam arus kemajuan negara. Diharap usaha murni ini dapat diteruskan dan dibantu oleh barisan guru di sekolah ini. Justeru itu, terciptalah keunikkan pendidik di sekolah ini berbanding pengalaman mengajar di sekolah kebangsaan yang lain.

- SKTAR DI HATIKU -

Tuesday 10 September 2013

SEBELUM MELANGKAH KE DEWAN UPSR 2013

Salam UPSR...

Ramai hati bedebar waktu ini, apakan tidak hari ini merupakan hari pertama Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) . UPSR akan berlangsung bermula ( Selasa 10 September - Khamis 12 September 2013 ).

Berikut merupakan nama calon UPSR  2013 SKTAR


BIL
NAMA MURID

1.        
AMIR  A/L  JULI
2.        
ANAS BIN ALI JUFRI
3.        
ARAIS BIN KASSIM
4.        
FIDISADRI BIN SARI
5.        
HALIM
6.        
LIM BIN KHAIRUL NIZAM
7.        
MASRI BIN ATUT
8.        
MUHD RAHIIM BIN ABDUL RANI
9.        
MUHAMMAD SHAHRIL NG BIN SHAARI NG
10.    
NASZRUL IKMAL BIN A.MIZAN
11.    
NAZRI BIN SIBA
12.    
RASMAN BIN ITI
13.    
SHAROL BIN MERDI
14.    
SYUKRI BIN RIZAL
15.    
ZULKEFLEE BIN ABDULLAH
16.    
ASNERA BINTI HARIS
17.    
FADATUL RASHIDAH BT M. FAIZAL
18.    
IDA BINTI  AZMAN
19.    
KATIJAH BINTI DUKU
20.    
MAIYUNI BINTI TOMEN
21.    
MARINA BINTI MELI
22.    
NORAINI BINTI PAT
23.    
NORAINI BINTI AMIR
24.    
NORDIANA BINTI JIPI
25.    
NORLELAWATI BINTI TON
26.    
NURUL AIN BINTI AHMAD JOHAN
27.    
RAFINA BINTI BURAT
28.    
RAIDAH BINTI SARI
29.    
RASHIDAH SITI BINTI RAMSIT
30.    
ROHANI BINTI WAY
31.    
SITI AMIRA BINTI SEGOK




































 Semoga impian murid mendapat keputusan yang positif dimakbulkan.Aamiin

- SKTAR DI HATIKU -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...