SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 2 September 2013

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2013

Salam pada semua pembaca...

Segak berbusana terbaik, sambil bangga mengibarkan bendera kebangsaan


Pada 2 September 2013 ( Isnin ), satu sambutan Merdeka Raya telah disambut dengan girangnya oleh kesemua warga sekolah. Sambutan ini bertepatan dengan tarikh keramat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56 Tahun pada tanggal 31 Ogos lalu. Sambutan ini juga di masuk elemen nilai tambah sambutan Aidilfitri meski sudah 25 Syawal berlalu. Namun kemeriahan Merdeka dan Aidilfitri masih dirasakan oleh seluruh warga murid, guru dan staf di  daerah perbukitan ilmu ini. 


 Podium khas sempena Merdeka Raya 2013 . Terima kasih pada AJK Tempat 


 Guru Besar dan PK Kokurikulum menandatangani di kain rentang Jalur Gemilang
 

 Cikgu Norhazliza menjadi juri permainan congkak


 Pertandingan sepak raga bulatan. Timang... 1,2,3,4,5 opppsss.. jatuh
 

 AJK  Makanan diketuai cikgu Aziz Lahakim. Ayam SKTAR Fried Chicken 


 persembahan murid-murid antara kelas


 Karaoke gandingan. Adik Normanisha dan Nabila dari tahun 5 sedang menyanyikan lagu Balik Kampung...


 Hamper yang telah disediakan oleh Unit Kokurikulum


 PK Kurikulum Puan Rokiah menyampaikan hadiah pada para pemenang

Sambutan ini dikelolakan oleh Unit Kokurikulum dan dibantu oleh Kelab Guru SKTAR ( KG) . Antara program yang disediakan sepanjang hari persekolahan tersebut adalah :

  • Nyanyian lagu patriotik
  • Ikrar Rukun negara oleh murid-murid SKTAR
  • Kibaran Jalur Gemilang di seluruh bangunan sekolah
  • Ucapan amanat oleh Guru Besar
  • Tandatangan skroll Jalur Gemilang
  • Mewarna poster
  • Pertandingan sukan tradisional :
- Congkak : melibatkan semua murid perempuan
- Sepak Raga : melibatkan semua murid lelaki
  • Karaoke antara murid dan guru
  • Hidangan ayam goreng kentucky ready made oleh guru-guru  dan staf SKTAR untuk dihidangkan pada semua murid-murid
  • Persembahan lagu antara kelas-kelas
  • Penyampaian hadiah 
secara keseluruhannya , program yang dianjurkan ini mendapat kerjasama yang sangat baik antara semua warga kerja sekolah. Semoga nilai-nilai kemerdekaan ini dapat diteruskan di masa-masa mendatang. 


SKTAR DI HATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...