SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 30 August 2013

PROGRAM KEM AKADEMIK UPSR MURID ASLI TAHUN 6 2013





                           Kesemua Murid Tahun 6 UPSR SKTAR dan barisan guru serta urusetia

Jabatan Pelajaran Selangor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan Kem Akademik UPSR Murid Asli Tahun 6 2013 dari 27 hingga 30 Ogos 2013 di Pusat Latihan Penguatkuasa (PULAPES) Jugra, Banting. 


Kem ini bertujuan :

1- Mencari dan mengenalpasti potensi untuk membina keyakinan diri murid Asli 

2 - Menyediakan murid  dari segi fizikal dan mental kearah kecemerlangan potensi diri.

3. Meningkatkan mutu pembelajaran murid Asli dengan kaedah menjawab lebih berkesan memperolehi pencapaian optimum

4. Memberi pendedahan kepada murid-murid Asli teknik-teknik menjawab soalan UPSR secara intensif dan efektif. 

 
 Pendaftaran peserta

 
 khusyuk mendegar penerangan dari motivator

Majoriti Murid-murid SKTAR telah menghadiri Kem Akademik tersebut dan ditemani oleh para guru subjek tahun 6 secara bergilir iaitu : 

  1. Puan Jauharriah binti Ahmad ( Guru Tahun 6 / Guru BM)
  2. Puan Siti Khadijah binti Abdul Aziz ( Guru Sains)
  3. Cik Nurhayati binti Hashim ( Guru B.I)
  4. Encik  Nayan b. Mohamad ( Guru Matematik )
Barisan pentadbir diketuai Guru Besar  juga turut serta dimana di akhir program para murid mendapat suntikan motivasi dari barisan pentadbir, guru-guru dan motivator dilantik khusus oleh JPS dikalangan guru-guru sekitar Hulu Selangor.     



 Menghimpunkan kesemua murid orang Asli seluruh Selangor

Antara barisan penceramah subjek ialah :


  • Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Bahasa Melayu )
  • Encik Hassan bin Basri ( Matematik )
  • Puan Rosniza ( Bahasa Inggeris )
  • Encik Mazlan ( Sains )

 
 Makan dan minum disediakan penganjur

 Cikgu Nayan menemani murid-murid untuk pulang ke Hulu Selangor

 Tahniah diucapkan pada semua barisan guru ,pentadbir dan murid-murid Tahun 6 SKTAR 2013. Semoga usaha kalian akan diberi ganjaran setimpal oleh Allah SWT.  Sasaran SKTAR tahun ini aalah mencapai seramai mungkin murid lulus kesemua matapelajaran dalam UPSR 2013.


-SKTAR DIHATIKU-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...