SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 28 August 2013

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2013

Merdeka...Merdeka...Merdeka...

Apa khabar semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak ? Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan tarikh 24 Ogos 2013 telah berlangsung program Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 56 Tahun peringkat sekolah. Hari tersebut dipilih kerana sekolah beroperasi bagi menggantikan cuti berganti yang telah dilalui pada hari Selasa 6 Ogos ( sehari menjelang Syawal lalu).

 Barisan pentadbir SKTAR menurukan gulungan banner sambutan kemerdekaan

Nyanyian lagu patriotik bersama-sama

Sekaki banner panjang ditempah khusus oleh sekolah bagi meraikan betapa pentingnya erti kemerdekaan di kalangan murid-murid dan warga kerja sekolah. Merdeka ini mudah diucapkan naum mempertahankannya memerlukan kesepakatan, saling percaya, hormat menghormati dan mempertahankan negara dari unsur dalaman mahupun luaran yang boleh menggoncang kestabilan sesebuah negara. Bangunan sekolah juga telah dipasang bendera-bendera Malaysia bagi menambah erti kemerdekaan di jiwa setiap warganegara.

Sambutan hari Kemerdekaan ini diserikan dengan deklamasi sajak oleh adik Haziman dan adik Wati Leeh dari Tahun 4. Selain itu program ini disertakan dengan lagu-lagu patriotik dikumandangkan sepanjang waktu pagi di dataran SKTAR.

 


31 OGOS 1957 TARIKH KERAMAT BUAT 
RAKYAT MALAYSIA.

~SKTAR DIHATIKU~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...