SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

TENTANG KAMI


Sejarah Sekolah Ku....
 


Mengikut sejarahnya di zaman darurat (Tahun 1948) orang-orang asli di kawasan Kuala Kubu Bharu telah dipindahkan dari kawasan berhampiran pekan iaitu di Kampung Lengong. Pemindahan ini bertujuan mengurangkan masalah keselamatan orang-orang asli. Dengan bantuan Jabatan Orang Asli (JOA) rumah-rumah telah didirikan di sebuah bangunan sementara dan dinamakan Sekolah Asli dengan murid seramai 20 orang sahaja. Guru Besar ketika itu ialah En. Abdul Hadi.

Bagaimanapun, dalam tahun 1958, sebuah perkampungan orang-orang asli yang lebih sesuai telah disediakan yang terletak 2km dari bandar Kuala Kubu Bharu. Sebuah sekolah baru dibina menggantikan sekolah Asli di Kampung Lengung. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Kaum Darat, Kuala Kubu Bharu. Guru Besarnya ialah En. Hassan B. Rais.

Pada tahun yang sama (1958) Sekolah Kebangsaan Kaum Darat ini telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak mengambil sempena nama Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu Menteri Pembangunan Luar Bandar. Beliau telah datang melawat ke kampung ini.

Pada tahun 1983, sebuah bangunan asrama telah didirikan bagi menampung anak-anak Orang Asli dari seluruh daerah Hulu Selangor yang datang belajar ke sekolah ini. Rumah-rumah pegawai JHEOA turut dibina bagi memudahkan pengurusan dan pengendalian murid-murid asrama pada waktu itu.


Jumlah murid juga bertambah pada masa itu seramai 125 orang dengan tenaga pengajar seramai 10 orang guru. Ini menyebabkan pada tahun 1984 sebuah bangunan baru dibina dan pada tahun 1991 sebuah lagi bangunan didirikan dan dibiayai oleh JHEOA.


Pada tahun 1995, sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun Pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli masih memberi peruntukkan kewangan untuk membeli peralatan dan keperluan murid di sekolah ini.


Pada awal tahun 2004 bangunan kayu yang uzur telah diganti dengan bangunan batu yang baru yang boleh menempatkan 4 buah bilik darjah.

Pada tahun 2009, SKTAR telah mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Asli oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Tahun 2010 menyaksikan terbinanya asrama kekal yang baharu. Asrama 2 blok itu menempatkan seramai 80 orang murid dari serata kampung asli di daerah ini. Asrama SKTAR telah dicalonkan untuk pertandingan asrama harian tercantik pada tahun 2014. 

Pada 2014 menyaksikan SKTAR sering menerima kedatangan pelawat luar terutama dari pihak Universiti bagi program Penandaarasan dan kecemerlangan pengurusan.

Tahun 2015 SKTAR merangkul Anugerah Asrama Terbaik Kategori Sekolah Orang Asli Peringkat Kebangsaan (ASAT).  Anugerah ini juga menaikkan nama negeri Selangor selaku pemenang tunggal dalam pertandingan tahun 2015. 

Pada Bulan April 2015, SKTAR telah menerima sebuah bangunan surau baharu yang disumbangkan oleh tokoh korporat Datuk Hussian bin Al Junid. Surau tersebut diberi nama " Aishah Bajunid " Kos pembinaan sekitar RM150,000.

Kebitaraan SKTAR adalah dalam  bidang persembahan buskers, nasyid dan sepaktakraw.

Sejak akhir 2017 di bawah pengurusan guru besar En.Anuar bin Ramli, Pihak sekolah sering mengadakan perjanjian persefahaman MOU dengan pihak luar seperti Institut Pengajian Tinggi dan syarikat badan korporat .

Sekolah ini sering dikunjungi pihak luar bagi tugasan rasmi dan penyelidikan . Semangat Team Work amat ditekankan warga kerja sekolah secara holistik.

Sehingga kini jumlah guru besar yang telah berkhidmat di sini seramai 17 orang dan Guru Besar terkini adalah En. Anuar bin Ramli.

MISI 

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

VISI 
PENDIDIKAN  BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA 




3.4.1    Keterangan Warna (Pada Lencana & Bendera):

Putih  -   Melambangkan kebersihan, kesucian hati dan bertawakal kepada Tuhan
Biru    -   Melambangkan kesetiaan, perpaduan dan sayang kepada sekolah, raja &  negara
Merah -  Melambangkan semangat juang yang tinggi, usaha yang gigih

3.4.2    Keterangan Lambang & Bentuk:

Buku  -  Melambangkan penguasaan ilmu yang tiada batas
Sinar Cahaya  -  Melambangkan harapan dan tanggungjawab yang dipikul oleh semua warga  sekolah untuk mencapai visi
Lima Gelung Berangkai -  Melambangkan kesepaduan tenaga dalam semua aktiviti sekolah.


3.4.3    Keterangan Cogan Kata / Motto:



“ILMU PANDUAN HIDUP”



Ilmu adalah sesuatu yang sangat bernilai. Ilmu akan sentiasa menerangi alam dan berfungsi sebagai penyuluh hidup. Orang yang menguasai ilmu akan mendapat cahaya kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan mereka pada masa depan.


SLOGAN  2019 :

SKTAR PINTAR

Slogan Visi  sekolah ialah SKTAR Pintar . Slogan ini dipilih kerana ia amat berkait dengan nilai utama visi iaitu untuk menjadi sekolah yang terbaik dan tersohor dalam semua bidang pendidikan dalam kalangan sekolah murid orang asli. 


Hasrat untuk mencapai visi sekolah akan hanya tercapai jika setiap warga sekolah mempunyai azam dan iltizam untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang dan aktiviti yang disertai dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menandingi pesaing-pesaing dengan semangat yang jitu dan kental serta tidak mudah mengaku kalah. Slogan ini juga akan menjadikan warga sekolah sentiasa berasa bangga dan menyayangi sekolah.

LAGU SEKOLAH

Kami warga SKTAR
Menuju cita-cita bangsa
Menjadi  insan yang berguna
Kepada negara tercinta

Asas ilmu panduan hidup
Itulah cogan kata kami
Memberi sinar dan cahaya
Membentuk hidup sejahtera

Guru, murid berganding usaha
Disiplin teras kejayaan
Kami yakin kami boleh
Bersama mencapai jaya


Jadual 2

Senarai Guru Besar SK Tun Abdul Razak



     
Nama Guru Besar
Tahun
1
Encik Abdul Hadi
Sebelum Merdeka
2
Encik Hassan bin Rais
1970 hingga 1980
3
Encik Abdul Ghani Hassan
1980 hingga 1982
4
Encik Ahmad bin Salimin
1982 hingga 1983
5
Encik Amiruddin bin Lamsah
1983 hingga 1987
6
Encik Shaari bin Mustafa
1987 hingga 1989
7
Tuan Haji Ishak bin Haji Ahmad
1989 hingga 1990
8
Encik Mohd Zain bin Kadrai
1990 hingga 1993
9
Encik Mazlan bin Mokhtar
03 Jun 1993  -  08 Dis 1996
10
Encik Zakaria bin Ismail
08 Dis 1996  -  10 Jun 1998
11
Tuan Haji Sulaiman bin Haji Alias
10 Jun 1998  -   09 Jun 2001
12
Puan Hajjah Rokiah bt. Sidek
09 Jun 2001  -  14 Dis 2005
13
Puan Azizah binti Hassan
16 Dis 2005  -  30 Nov 10
14
En. Zulhisham bin Nasir
1 Jan 2010 - 30 Jun 2012
15
En.Abdul Rahman b Abdullah
1 Julai 2012 -13 Nov 2014
16
Haji Abdul Rahiman bin Yusof
17 Nov 2014 – 31 Okt 2017
17
En.Anuar bin Ramli
1 Nov 2017 – Kini





2.4     GURU BESAR Terkini ( Mulai 1 November 2017 - kini ) 
Yang berusaha Encik Anuar bin Ramli


2.7            LATAR BELAKANG IBU BAPA MURID & DEMOGRAFI PENDUDUK
 
Secara umum latar belakang ibu bapa murid sekolah ini dapat dipecahkan kepada 3 kumpulan utama seperti berikut:

* 80% Ibu bapa murid adalah bekerja sendiri seperti mencari hasil hutan dan pertanian.

* 10% Ibu bapa terdiri daripada pekerja pembersihan swasta seperti pemotong rumput, pembersihan bangunan dan kawasan majlis daerah.

* 2 % murid berasal daripada ibu bapa yang bertugas dalam lain-lain bidang.



Sementara itu Jadual 6 di bawah ini  memaparkan kedudukan murid dari segi demografi .


Taburan Tempat Tinggal Murid (%)

Bil.

Tempat Tinggal

Peratus

1

Kampung Tun Abdul Razak

22

2

Kampung Peretak

15

3

Kampung Gerachi

7

4

Kampung Batu 3, Kerling

12

5

Kampung Kolam Ayer

4

6

Kampung Ulu Kali (Kg. Songkok)

3

7

Kampung Hulu Tamu

10

8

Kampung Buluh Telur

4


Jumlah

100
ENROLMENT MURID 2019
Jadual 4
Enrolmen Murid dan Kelas

Kelas
Bil. Kelas
Bil. Murid
Jumlah
P
L
Tahun 1
1
11
11
24
Tahun 2
1
14
18
32
Tahun 3
1
15
16
32
Tahun 4
1
10
19
29
Tahun 5
1
21
16
38
Tahun 6
1
18
11
28
JUMLAH
 
6
89
91
180
Tarikh Kemaskini : 21/8/19  (Rabu) 7.57pm oleh Ustaz Aziz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...