SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 12 September 2013

LAWATAN PK HEM DAN PK KURIKULUM KE HULU TAMU 2013

Salam..

Pada hari Isnin lalu ( 9 September 2013 ) sehari sebelum UPSR esok harinya, PK HEM puan Rosidah binti Mahamed Ahyar dan PK Kurikulum Puan Rokiah binti Hassan telah mengadakan lawatan mengejut ke Kampung Orang Asli Hulu Tamu di Hulu Kali,  Batang Kali di Hulu Selangor. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 25 minit dari Kuala Kubu bertujuan mengesan murid Tahun 6 yang masih belum melaporkan diri di Asrama SKTAR.
 
Adik Arais bin Kassim dijemput oleh PK HEM dan PK Kurikulum untuk tinggal di asrama bagi menghadapi UPSR esok hari.

 PK HEM bergambar kenangan di kampung OA Hulu Tamu

 PK Kurikulum : Puan Rokiah binti Hassan

Tahniah diucapkan atas semangat keguruan yang tinggi di kalangan barisan guru pentadbir SKTAR yang serius membina generasi bangsa yang tidak tertinggal dalam arus kemajuan negara. Diharap usaha murni ini dapat diteruskan dan dibantu oleh barisan guru di sekolah ini. Justeru itu, terciptalah keunikkan pendidik di sekolah ini berbanding pengalaman mengajar di sekolah kebangsaan yang lain.

- SKTAR DI HATIKU -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...