SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 5 September 2013

LAKONAN MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

Salam merdeka..



Bukan mudah untuk mempertahankan negara dari anasir luar. Ramai rakyat Malaysia hanya menikmati kemerdekaan namun tidap ramai pula yang tahu sejarah perih, hiba , tawa, air mata darah demi mendapat kemerdekaan. merdeka bukan hanya di bibir tapi usaha mempertahankan kemerdekaan harus ada disetiap jiwa anak merdeka. 

 







justeru itu , unit Kokurikulum menepati inspirasi nilai merdeka apabila satu lakonan dan nyanyian patriotik sempena perjumpaan rutin Unit Beruniform Tunas kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) di dataran kantin pada :

  • Hari : Rabu ( 4 September 2013 )
  • Waktu : 2.30 - 4.30 petang
  • Tempat ; Dataran Kantin SKTAR 

Penyelaras program, Encik Nayan telah mengarahkan satu teater mini melibatkan semua ahli TKRS dibantu oleh barisan guru di setiap kumpulan masing-masing. Terdapat 4 kumpulan TKRS yang menjayaklan teater mini tersebut :

  • Kumpulan 1 : Lakonan " Bukit Kepong " . Nyanyian :  Tanggal 31 Ogos.
  • Kumpulan 2 & 3 : Teater bersama " Sarjan Hassan ". Nyanyian : Inilah Barisan Kita
  • Kumpulan 4 : Deklamasi sajak kemerdekaan . Nyanyian  : Anak Dunia. 

Teater ini mendapat sambutan menggalakkan apabila kesemua guru terhibur menyaksikan lakonan bersahaja oleh para murid di sekolah ini. Perjumpaan tersebut ditamatkan pada jam 4.25 petang disudahi lagu Negaraku.


- SKTAR DI HATIKU -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...