SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 3 September 2013

PELANCARAN BULAN PSS 2013

Salam...

Pada hari Isnin yang lalu ( 2 September 2013 ) sekitar jam  8.00 pagi bertempat di Dataran SKTAR, Pusat Sumber telah mengadakan sambutan Pelancaran bulan PSS bagi tahun 2013. guru yang bertanggungjawab adalah puan Noriah Anak Tong Seng selaku Guru Media SKTAR. Seperti mana sekolah lain, SKTAR tidak ketinggalan dalam menyediakan pelapis generasi pemimpin negara sedari usia muda dalam menyemai budaya membaca sekaligus meningkatkan ilmu pengetahuan mereka melalui minat terhadap buku-buku.





Justeru itu , Unit PSS dibantu oleh rakan Minda ( Pengawas Pusat Sumber ) telah mengadakan beberapa program  untuk menarik minat murid-murid SKTAR singgah di PSS ketika waktu rehat dan selepas pulang dari sekolah. Antara program sempena bulan PSS seperti :

  • Program Buku Nilam
  • Pameran buku bercerita baharu
  • Hadiah keseluruhan anugerah NILAM.
 


Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Rokiah binti Hassan selaku GPK Kurikulum SKTAR. Terdapat gimik yang menarik disediakan oleh Unit PSS  untuk menarik minat murid-murid ke Pusat Sumber Sekolah kebangsaan Tun Abdul Razak. 


-SKTAR DIHATIKU-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...