SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday 7 September 2013

KEMPEN HADIR KE SEKOLAH 2013

Salam sejahtera buat semua pembaca blog...

Unit Kurikulum di bawah seliaan puan Rokiah binti Hassan dan barisan pentadbiran sekolah telah mengadakan lawatan ke Kampung Tun Razak KKB bagi mengenal pasti punca kehadiran murid yang agak lama tidak hadir ke sekolah pada hari Jumaat ( 6 September 2013 ) . Lawatan ini amat tepat pada waktunya lantaran Peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi pada Selasa ( 10 September 2013 ). 

 Puan Hajah  Jashiah mengunjungi rumah salah seorang calon UPSR 2013 adik Raidah bt. Sari
 SARANA : Merupakan antara program  yang menepati garis panduan KPM dalam Pertubuhan PIBG.

Puan Rokiah bergambar kenangan bersama penjaga murid
Mengenalpasti punca , konklusi dan rumusan mencari jalan penyelesaian bersama.


Usaha murni para guru ini seharusnya tidak dipandang sepi oleh para penjaga murid . Perancangan lawatan ini juga mendapat kerjasama dari Persatuan ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) . Pengerusnya Encik A Mizan bin Silai berkata , satu usaha giat sedang dijalankan oleh AJK untuk memujuk para penjaga menghantar anak -anak mereka ke sekolah. 

- SKTAR DI HATIKU -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...