SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 25 August 2014

KEM LONJAKAN PRESTASI UPSR SEK2. ASLI NEGERI SELANGOR 2014

Salam..


KEM LONJAKAN PRESTASI UPSR MURID-MURID ASLI NEGERI SELANGOR 2014

Waktu : 22 hingga 25 Ogos 2014

Hari : Jumaat - Isnin

Tempat : Sek.Keb.Tun Abdul Razak,
 Jalan Padang Golf,
 44000 Kuala Kubu Bharu, 
Hulu Selangor.

Sasaran : 131 orang murid Asli di 13 buah sekolah asli seluruh Selangor.

Penginapan : Asrama SKTAR

Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Kem Lonjakan Prestasi UPSR Murid-murid Asli Negeri Selangor bagi tahun 2014. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan A Bakar Bin Unus, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor. Dengan tema kem iaitu "Lonjakan Prestasi Akademik" ini melibatkan anjuran bersama JAKOA dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Objektif Kem adalah seperti berikut :
  • Membantu murid-murid membuat persedian diri dalam menghadapi UPSR 2014
  • Meningkatkan semangat dan keyakinan diri murid-murid asli untuk menghadapi UPSR 2014
  • Memberi tips-tips berguna kepada murid-murid agar lebih berkeyakinan
  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid asli peri penting pendidikan.
Program ini diadakan untuk meningkatkan minat murid-murid terhadap pelajaran dan memberi kesedaran kepada mereka untuk menyuburkan semangat belajar dan seterusnya menjana kecemerlangan diri di peringkat UPSR.


Berikut merupakan sekolah-sekolah yang terlibat :

Hulu Selangor : SK Tun Abdul Razak

Petaling Utama : SK Bukit Lanjan

Sepang : SK Bukit Bangkong, SK Sungai Melut, SK Bukit Tampoi

Kuala Langat : SK Sungai Bumbun, SK Sungai Judah, SK Bukit Cheding, SK Bukit Tadom, SK Bukit Kemandol

Hulu Langat : SK Sungai Lui, SK Kuala Pomson, SK Ulu Semenyih.


 Penceramah jemputan bertanya pada murid

 Di sini kami bersatu mencapai agenda pendidikan negara

 Slot Bahasa Melayu disampaikan oleh Guru Besar SKTAR : Encik Abdul Rahman


 Khusyuk mendengar tips dan motivasi

" Pemahaman dan karangan sama penting dalam UPSR" - Encik Abdul Rahman

 Persembahan murid dari pelbagai sekolah.

 Di sini lahirnya sebuah cinta..

 Yang murni abadi sejati..

 Di sini lahirnya cita-cita...

Bercambah menjadi warisan..


Usah direnung letihnya berusaha, tetapi renunglah manisnya kejayaan.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...