SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 12 August 2014

DEKORASI PERPUSTAKAAN PERMAINAN SUMBANGAN YAYASAN EMKAY : 2014

Pendidikan bermula dari pemerhatian..

Yayasan EMKAY menyedari pentingnya aspek pendidikan bagi membantu masyarakat terutamanya yang tinggal di pendalaman dan di luar arus pembangunan, seperti masyarakat Orang Asli. Pendekatan paling berkesan dalam membantu dalam aspek pendidikan ini adalah melalui pendidikan awal kanak-kanak golongan sasaran ini. 


Justeru itu, Yayasan EMKAY telah memperkenalkan  Perpustakaan Permainan atau ’Toy Library’ yang mengambil kira naluri kanak-kanak dengan mewujudkan suasana keriangan sambil belajar. Perpustakaan Permainan ini dikenali sebagai ’i-play’. Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Selangor berasa amat bertuah kerana telah dipilih dari ribuan sekolah di seluruh negara ini. 

Bilik Perpustakaan Permainan ini telah diletakkan di asrama SKTAR. Berikut merupakan beberapa foto sebelum dan selepas penyerahan perpustakaan permainan tersebut.  


 Sebelum ini, Bilik Toys Library hanyalah sebuah bilik rehat untuk para murid yang tinggal di asrama SKTAR




 Ketibaan pegawai dari Yayasan EMKAY telah menerbitkan sinar baru pada SKTAR



                              Pengubahsuaian mula dijalankan oleh Yayasan EMKAY




Barangan Perpustakaan Permainan telah diterima selepas pengubahsuaian bilik selesai.




Antara Hiasan di Bilik Perpustakaan Permainan SKTAR sumbangan Yayasan EMKAY








Taklimat penggunaan Perpustakaan Permainan dari pegawai Yayasan Emkay.



Menunggu detik perasmian oleh Timbalan   Pendidikan II pada 13 Ogos 2014




TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...