SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 12 January 2015

Hari Pertama Persekolahan Tahun 2015

Hari : Sesi Pertama Persekolahan Tahun 2015
Tarikh : 12 Januari 2015 ( Isnin )
Waktu : 7.30 pagi 
Tempat : Dataran Kantin SKTAR
Ucapan :
- Ucapan aluan dari Guru Bertugas ( Puan Zaitun binti Kassim )
-Ucapan daripada Unit Disiplin ( Puan Norhazliza binti Mohamad )
- Ucapan rasmi daripada Guru Besar ( Encik Abdul Rahiman bin Yusof )

Kami datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan

Salam..

Pada 12 Januari 2015 telah berlangsung sessi hari pertama persekolahan bagi tahun 2015. Perhimpunan rasmi ini telah diadakan di Dataran Kantin ekoran Dataran Utama dijadikan tempat simpanan bahan pembinaan surau yang akan siap di bina di tapak lama English Hut. Demi memastikan keselamatan murid dan warga kerja sekolah, perhimpunan di dataran kantin akan diadakan setiap minggu sehingga selesai kerja-kerja pembinaan.

Nyanyian Negaraku. Turut bersama adalah nazir KPM iaitu Puan Norziah Sham

Ucapan mingguan oleh guru bertugas : Puan Zaitun

 Mendengar ucapan disiplin dari Puan Norhazliza

 
Murid Tahun 1 2015 seramai 37 orang


Adik Tini ( Hadapan murid perempuan ) adalah murid istimewa SKTAR. 
Kami kagum dengan semangatnya.

 Ibu bapa murid tahun 1 yang menemani anak-anak mereka di hari pertama.

Ucapan oleh Tuan Guru Besar Encik Abdul Rahiman

Antara guru wanita SKTAR yang bersemangat waja

Seramai 37 orang murid baharu Tahun 1 telah didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul razak pada tahun ini. Kehadiran ibu bapa dan waris murid sedikit sebanyak mencoretkan kenangan manis khususnya pada murid-murid baharu ini.

SKTAR PINTAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...