SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 19 March 2014

PENCERAPAN PPD HULU SELANGOR KE UNIT KURIKULUM 2014

Salam,


Pada 18 Mac 2014 (Selasa) satu pemantauan dan pencerapan oleh Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor yang diketuai oleh Puan Hajjah Hamidah dari Penolong PPD Bahasa Melayu, Puan Azrinas selaku penyelia Sisc + dan Puan Surial dari Penolong PPD Sains dan Matematik telah mengadakan kunjungan ke pejabat Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Pemantauan yang dikhususkan pada unit Kurikulum telah disambut dengan mesra oleh guru bertanggungjawab iaitu Puan Rokiah binti Hassan dalam penyediaan laporan, fail dan sasaran panitia-panitia subjek . Encik Abdul Rahman juga turut membantu dalam penyediaan maklumat secara lisan. Diharap perkongsian info dan pandangan antara PPDHS dan sekolah dapat diteruskan dari semasa ke semasa.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...