SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 7 April 2014

KEMPEN PONTENG SIFAR 2014

Salam..

Perbincangan bersama para pentadbir dan penjaga murid di kampung-kampung terpilih.

Sepanjang minggu lepas ( 31 Mac 2014- 3 April 2014) Unit Hal Ehwal Murid SKTAR telah menjalankan Kempen Program Ponteng Sifar. Kempen ini menumpukan pada murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah terutama bagi mereka yang tinggal agak jauh dari sekolah. Penyelaras Program ini iaitu Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar telah menggerakkan beberapa AJK guru dan staf untuk memujuk dan mengambil pendekatan mesra agar murid hadir semula ke sekolah.

 Kampung Orang Asli Kerling antara lokasi  kempen

" Kenapa lama tak datang? " ujar PK HEM

 Setiap pelusuk kampung kami redahi


Antara kawasan kempen melibatkan beberapa perkampungan Orang Asli seperti :

  1. Kampung Orang Asli Tun Razak KKB
  2. Kampung orang Asli Pertak
  3. Kampung orang Asli Gerachi Jaya
  4.  Kampung orang Asli Sungai Jang
  5.  Kampung orang Asli Kolam Air KKB
  6.  Kampung orang Asli Hulu Tamu
  7. Kampung orang Asli Songkok Hulu Kali Genting
  8.  Kampung orang Asli Batu 8 Kerling
  9.  Kampung orang Asli Buluh Telur KKB
  
Perbincangan dari hati ke hati

Diharap kempen ini dapat diteruskan kesinambungannya setiap tahun. Inilah kekuatan sebenar Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Selangor. Hanya kedapatan kurang 10% sahaja masalah keciciran murid hadir ke sekolah sepanjang tahun 2014 ini.Mesyuarat Agung PIBG bulan Mac lalu yang menyentuh masalah ini telah diambil tindakan segera! Sktar boleh!

 PK Kokurikulum En Rosman berbincang bersama seorang bapa murid.
 
TEMUAN BAHARU 
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...