SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 22 April 2014

PROGRAM 10 MINIT MEMBACA 2014


Program : Program 10 Minit Membaca
Tarikh : 22 April 2014
Hari : Selasa
Waktu : 10.00 am
Tempat : Dataran SKTAR



Masyarakat membaca masyarakat berilmu..

Ternyata berjalan seperti yang dirancang ! Penyelaras PSS SKTAR Puan Noriah Anak Tong Seng mengambil inisiatif khas menjayakan program serentak ini.Program yang yang diadakan sempena Hari Buku Sedunia itu berjaya mencapai matlamatnya apabila semua warga Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak turut terlibat dalam program yang julung julung diadakan itu. Program itu juga bakal direkodkan dalam ' Malaysia Book of Record'.

 
Program tersebut diadakan pada pukul tepat 10:00 pagi dan semua warga sekolah membaca buku dengan senyap dan pihak sekolah sendiri terkejut dengan situasi dimana semua warga sekolah yang begitu kusyuk membaca buku masing masing. SKTAR sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam memupuk semangat membaca dikalangan generasi kini . Tahniah !


Penyelaras PSS Puan Noriah menguji pembaca.

 PK Kurikulum  menyampaikan hadiah pada pembaca tegar kategori murid lelaki, adik Norhazlizam Haziman bin Salim


PK HEM  menyampaikan hadiah pada pembaca tegar kategori murid perempuan 
adik Zulaiya binti Jamin

Guru juga terlibat dalam membaca 10 minit.. syabas !!!

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...