SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 11 April 2014

LADAP 3 : VLE FROG & HAK ASASI KANAK-KANAK 2014

Tarikh : 10 April 2014
Hari : Khamis
Waktu : 2.00-5.00 Petang
Tempat : Makmal Komputer SKTAR


Latihan berasaskan internet

Salam..

Pada petang 10 April yang lalu , Unit Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP) di bawah penyelarasnya Ustaz Aziz telah merangka kursus latihan dalaman khusus untuk warga kerja SKTAR di mana 2 slot menarik telah disediakan. Kursus ini sangat berguna dan dapat diaplikasikan dalam P&P.

 Khusyuk mendengar input-input berguna...

 Slot Hak Asasi kanak-kanak oleh Encik Aziz Lahakim,

 Slot VLE Frog : Encik Nayan

 Slot VLE : Cik Nurhayati

Untuk slot pertama , Hak Asasi Kanak-kanak telah disampaikan oleh penceramahnya Encik Aziz bin Lahakim. Slot ini banyak membincangkan hak-hak sebenar kanak-kanak tanpa mengira taraf kedudukan mereka. Beberapa artikel hak kanak-kanak perlu diberi perhatian terutama guru-guru seperti hak pendidikan, hak waktu lapang dan hak menyuarakan pendapat.

Bagi slot kedua pulak, terdapat 2 penceramah dalaman iaitu Encik Mohamed Nayan dan Cik Nurhayati. Kegunaan VLE Frog ini sangat perlu memandangkan aras pendidikan negara semakin menganjurkan penggunaan internet di sekolah-sekolah dan di rumah. Pendedahan berterusan mengenai VLE Frog akan dipantau dari semasa ke semasa setiap bulan.

Semoga budaya cintakan ilmu terus subur di sekolah ini.




TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...