SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 22 April 2014

MSSD BOLA JARING 2014

Salam 1 murid 1 sukan,

Nama Kejohanan : MSSD Bola Jaring 2014
Tarikh : 22 April 2014
Hari : Selasa
Waktu : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat : SK Kerling


Pada 22 April yang lalu, Persatuan Bola Jaring SKTAR dibawah jurulatihnya Puan Asfarina binti Ghazali telah menghantar seramai 10 orang murid dan dibantu oleh 2 lagi guru pengiring iaitu Puan Noriah dan Puan Siti Khadijah sepanjang kejohanan itu. Pertandingan ini dilakukan bagi mencari pemain-pemain berpotensi untuk menyarung jersi Daerah Hulu Selangor.


Meskipun tewas dalam saringan kumpulan, semangat yang ditunjukkan oleh murid-murid perempuan SKTAR seharusNya dipuji. Tanpa mengenal erti kalah sebelum bertanding mereka juga bersemangat memastikan lawan tidak memperolehi mata dengan mudah. Terima kasih diucapkan pada pegawai yang membimbing secara teknikaliti iaitu Puan Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier dan Puan Liza.

SKTAR dimasa hadapan akan memastikan semangat api perjuangan dapat lagi disemarakkan tanpa mengenal erti putus asa.


Cabutan undi dilakukan

 SKTAR dalam kumpulan B

 Regangan otot oleh murid-murid

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...