SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday 16 November 2013

HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2013



Salam..


 3 Tokoh murid tahun 6 gembira dengan plak dan sijil penghargaan atas sumbangan diberi sepanjang di SKTAR.

Bulan November kunjung tiba lagi..bermakna Hari Anugerah Kecemerlangan Peringkat Sekolah harus dijalankan. SKTAR tidak ketinggalan mengadakan Sambutan tersebut pada 8 November 2013 ( Khamis) bertempat di Dewan tertutup SKTAR. Berkat kerjasama oleh semua guru dan warga sekolah telah berjaya mencapai objektif majlis.

Alhamdulillah, sambutan kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan hampir 150 orang hadir. Pihak sekolah dan PIBG berganding bahu menyediakan bajet dan cabutan bertuah buat waris murid-murid dan ahli keluarga mereka. Sejak Selasa (12 November  2013) semua warga SKTAR dah tak menang tangan menyiapkan pelbagai aturcara,persiapan dan hingga  sekecil-kecil perkara sambil dibantu oleh murid-murid tahun 6.



Tokoh Kokurikulum (Lelaki) :

-Naszrul Ikmal bin A.Mizan
-Mewakili Selangor dalam acara Sepak Takraw.
-Pencapain Kebangsaan Terbaik : Keempat berpasukan Takraw Selangor di Klang.
Johan MSSD Regu A Hulu Selangor 2013
Johan Regu A Kejohanan Sukan Murid Orang Asli Selangor.

 Disamping ayah beliau Encik A.Mizan bin Silai yang juga YDP PIBG SKTAR.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------

Tokoh Sahsiah :

-Anas bin Ali Zufri
-Mewakili Sekolah dalam pelbagai taklimat,bengkel dan kursus kepimpinan murid.
-Pencapain dalam kepimpinan dan akademik yang membanggakan.
Menjadi Ketua Pengawas sesi 2013. Aktif dalam aktiviti Panitia P.Islam

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Tokoh Akademik :

-Maiyuni binti Tomin
-Guru-guru meletakkan harapan pada beliau sebagai calon terbaik UPSR 2013.
-Cemerlang dalam peperiksaan, aktiviti akademik dan motivasi diri.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom soroti beberapa foto kenangan sempena Hari Anugerah Cemerlang SKTAR 2013 :


 
 Pentas yang dihias indah.

 
 AJK Hadiah dah prepare lama dah.

 
 Kehadiran ibu bapa mengambil tempat duduk.

 
 Ketibaan tetamu VIP diketuai Encik Zaini selaku pengarah JAKOA Daerah ( bertanjak), Encik Rosli penyelaras asrama PPD Daerah (Songkok) , En.A Mizan selaku YDP PIBG (kameja hitam) , Batin Kampung Orang Asli Tun Razak Asu bin Dolah (batik biru) dan guru Besar SKTAR Encik Abdul Rahman (batik hitam).

 
Barisan PK : Puan Jashiah, Puan Rokiah dan Puan Rosidah .

  
Aturcara dikendalikan oleh Cikgu Noor Hafiza dan Cikgu Hamidah.

 
 Diserikan majlis dengan bacaan doa oleh Ustaz Aziz.

 
 Ucapan aluan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah.

 
Ucapan perasmian oleh Encik Zaini Pengarah JAKOA Hulu Selangor.

Acara penyampaian hadiah : 
 
Mata pelajaran KSSR terbaik tahun 2

Pencapaian subjek terbaik KBSR

 Persembahan murid-murid SKTAR

 
Penyampaian hadiah pengawas

 
 Puan Noriah guru Media bergambar bersama murid Pengawas Pusat Sumber

 
 Adik Nazri bin Siba menerima sijil penghargaan dari Puan Rokiah.

 
 Adik Haziman tahun 4 mengekalkan pencapaian terbaik dalam semua subjek dan sahsiah sikap.

Bakal olahragawati  tahun hadapan, adik Rosmayanti Erna menerima sijil dari En.A Mizan

 
 Penghargaan pada semua murid cemerlang UPSR 2012 lalu.

 Cabutan bertuah. tahniah pada seorang bapa menerima hamper dari Encik Rosli PPDHS.

 Anugerah Kelas terbersih Tahap 2 : Diungguli tahun 6

  Anugerah Kelas terbersih Tahap 1 : Diungguli tahun 1

 
Tokoh Akademik,Tokoh Sahsiah dan tokoh Kokurikulum tersenyum riang.

 Encik Rahman menyampaikan hadiah setulus ingatan pada Batin Asu.

 Cikgu pun dapat cabutan bertuah juga.  PK HEM Puan Rosidah sempat mengusik Ustazah Norhayati.

 Anugerah Khas 2013 : Diterima oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah.

  TERIMA KASIH PADA SEMUA WARGA SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM MAJLIS SAMBUTAN HARI ANUGERAH SKTAR TAHUN 2013.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...