SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 1 November 2013

SEUSAI GRADUASI KEDAP 2013

Salam ukhwah buat semua para pembaca blogger...

Para pelajar, guru dan pegawai bergambar kenangan

Penyelaras Kelas Dewasa Asli ( KEDAP ) SKTAR bagi tahun 2013 Puan Hafsania telah berjaya mencapai misinya apabila takwim yang dirangka sejak awal tahun lalu membuahkan kejayaan. Berkat pertolongan dan kerjasama antara rakan guru, staf dan pelajar maka satu majlis akhir tahun bagi mengimbau kembali segala aktiviti tahunan Kelas KEDAP ini mengambil slot kemuncak apabila Majlis Graduasi KEDAP Bagi Tahun 2013 telah diadakan.

Tanggal 31 Oktober 2013 bertempat di Rumah Rehat Kerajaan Golf Kuala Kubu Bharu sekitar jam 2.00- 5.00 petang itu telah menghimpunkan kesemua para pelajar , guru-guru dan pegawai dari pelbagai agensi demi meraikan hari tersebut. Sebelum majlis berlangsung satu taklimat khusus telah diadakan melibatkan semua guru yang diketuai oleh penyelaras KEDAP.

Seramai 30 pelajar KEDAP amat gembira menanti detik petang lewat lantera bulan ke sepuluh bagi tahun masihi 2013 itu.  Alhamdulillah sepanjang majlis tersebut tiada sebarang masalah berlaku dan berjalan dengan baik sekali. beberapa tentatif telah disediakan seperti berikut 

  • 2.00 - 2.30 petang : Ketibaan tetamu dan pelajar mengambil tempat
  • 2.30 -2.40 petang : Taklimat penyelaras KEDAP
  • 2.40 -3.10 petang : Ucapan dari guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah
  • 3.10-3.50 petang : Ucapan perasmian majlis Graduasi KEDAP oleh Encik Jamaluddin selaku Timbalan Pegawai pendidikan Daerah Hulu Selangor. 
  • 3.50-4.00 petang : Gimik persembahan " melepaskan burung serindit"
  • 4.00-4.14 petang : Persembahan para pelajar KEDAP
  • 4.15-4.30 petang : Penyampaian hadiah dan sijil pada para peserta dan guru
  • 4.30-5.00 petang : Jamuan minum petang. 
Terima kasih diucapkan pada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor Encik Jamaluddin bin Abdul Kadir yang sudi merasmikan majlis pada petang tersebut. kami amat berharap pihak PPDHS dapat menaiktaraf lagi kemudahan dan prasarana di sekolah ini di masa hadapan.
  _________

 Jom soroti beberapa foto kenangan sepanjang majlis tersebut dijalankan 


 Banner Graduasi

 Pengacara majlis yang cantik majlis Puan Hamidah dan Puan Noor Hafiza

 
 Diserikan dengan bacaan doa oleh ustaz Aziz

 Taklimat penyelaras kedap

 Ucapan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah

Tayangan slaid video, power point dan blog SKTAR oleh Guru Besar

 Perasmian oleh Encik Jamaluddin bin Abdul Kadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor

 Guru Besar menyampaikan cenderamata kenangan pada Timbalan Pegawai Pendidikan daerah

 Encik A.Mizan selaku YDP PIBG turut bersama pegawai merasmikan acara gimik melepaskan burung Serindit

 Persembahan para pelajar KEDAP menyanyikan lagu IM4U

 Penyampaian sijil pada para pengajar kelas KEDAP

 Graduasi penyampaian hamper, sijil dan cenderahati pada para pelajar

' Tahniah puan ' begitulah antara ucapan pegawai PPDHS kita

Jamuan disediakan oleh Rumah Kelab Golf. 


                   -SKTAR DIHATIKU-
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...