SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 6 November 2013

CERAMAH AWAL REMAJA 2013


 CERAMAH AWAL REMAJA SKTAR 2013
HARI : RABU
TARIKH : 6 NOVEMBER 2013
TEMPAT :   - MAKMAL KOMPUTER & BILIK BELAJAR ASRAMA


Pendidikan Seksual selalu dikaitkan dengan remaja. Zaman remaja adalah peringkat peralihan: dari alam kanak- kanak menuju dan menginjak zaman dewasa. Namun usia remaja adalah terletak di antara keduanya. Peringkat ini adalah amat kritikal. Peringkat di mana mereka terdedah kepada setiap perubahan itu berbentuk positif mahupun yang negatif. Kedua- duanya mempunyai kesan yang amat penting kepada perkembangan remaja ini.


 Di Peringkat ini remaja lebih cenderung berkawan dan sentiasa berkeinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Amat penting pada peringakat ini remaja diberi pendidikan yang sebaik- baiknya yang berteraskan agama. Agama adalah benteng bagi mereka terhadap ancaman anasir- anasir luar yang berkemampuan merosakkan mereka. 

Justeru itu, Unit Pendidikan Moral, unit Pendidikan Islam, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta kerjasama dari Unit HEM telah menganjurkan Kem Awal Remaja peringkat Sekolah yang telah disempurnakan oleh barisan guru pentadbir. Terima kasih diucapkan pada 2 orang doktor jemputan  iaitu :

  • Doktor Qoyyum dari Pusat Kesihatan Kalumpang
  • Doktor Hafeezah Hazwanie. Doktor Perhubungan Sekolah Hulu Selangor.

Untuk mengasingkan tempat ceramah berlainan jantina, maka makmal komputer dipilih untuk penerangan murid-murid lelaki tahun 4.5 dan 6. manakala bilik Belajar Asrama untuk penerangan murid perempuan tahun 4,5, dan 6.  Semoga ilmu yang diperolehi murid-murid ini dapat dijadikan pengetahuan berguna di masa mendatang. Betapa menyedari bahayanya seks bebas dan kesannya maka usaha murni ini akan diteruskan di masa-masa akan datang.

---------------------------------------







-SKTAR DIHATIKU-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...