SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Sunday 17 November 2013

Family Day SKTAR 2013

Salam..


Benarlah pepatah mengatakan.. Semuanya bermula dari Keluarga.

Justeru itu Kelab Guru dengan dibantu oleh semua warga kerja SKTAR telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga untuk Tahun 2013 pada Sabtu (16 November 2013) .. Tempat kali ini di Super Bowl Bukit Beruntung Golf Resort, Hulu Selangor. Aktiviti yang telah dirancang oleh KG SKTAR ini sungguh bermakna apabila berjaya memperkukuhkan lagi Insititusi sesama warga kerja di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Selangor.
 
Majlis disempurnakan oleh Guru Besar encik Abdul Rahman bin Abdullah.


 Puan Hajjah Jashiah dikhabarkan akan bertukar angin di daerah Gombak sebagai Guru Besar tahun hadapan.

 Bahagianya keluarga Cikgu Noriah ni..sepakat pakai jersi Pahang. Juara Piala Malaysia 2013 la katakan ye.

 Cikgu Hasnah ibu pada Cikgu Noor Hafiza senyum sokmo.

 Ustazah Asfa sedang mengawal mikropon supaya on time.

                                                                  Ustaz Aziz dan Isteri.


                                                 Makan malam di Sukho Thai Bukit Beruntung.



Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Cabutan bertuah
  • Pertukaran hadiah
  • Pertandingan bowling anak-anak ahli
  • Pertandingan bowling warga kerja SKTAR. 
  • Jamuan makan di Sukho Thai BuKit Beruntung. 
Tahniah diucapkan pada penyelarasnya iaitu Encik Abdul Aziz bin Lahakim dan Ustazah Asfarina binti Ghazali.

SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...