SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday 19 January 2013

Bantuan Awal Persekolahan 2013

Salam 1 Malaysia..

Terima kasih pada kerajaan pusat yang begitu prihatin dengan masalah kewangan ibu bapa tiap kali awal musim persekolahan. Justeru itu Kementerian Pelajaran Malaysia dan PPD seluruh daerah di semua negeri akan mengelolakan satu serahan bantuan awal persekolahan pada waris murid tahun 1 hingga 6 dan murid tingkatan 1 ( murid tahun 6 2012 yang layak menrima bantuan 1MDB sebanyak RM100 lagi. )

 Gambar: Bergambar bersama yb....
 Warga sekolah bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan

 
Ibu bapa mengisi borang dan menandatangani mengikut kelas anak masing-masing.

 
 Ada sinar di balik senyuman para ibu bapa dan guru-guru.

 Murid yang sedang mencuba gadjet terbaru guru.

 Warga sekolah bertemakan Baju korporat SK Tun Abdul Razak 

Model untuk  Sampul bantuan RM100

Kesemua guru dan warga sekolah sudah sibuk sejak sehari sebelum program bantuan ini dijalankan. Berkat kerjasama semua pihak ,maka SK Tun Abdul Razak telah berjaya mengadakan serahan ini dengan jayanya pada hari Jumaat ( 18 Januari 2013) jam 11.30 pagi- 12.20 Tengahari. Perasmian Bantuan ini disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor Encik P.Kamalanathan.

Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut termasuk pentadbir sekolah, Polis, warga kantin, ibu bapa, murid-murid, barisan guru dan staf sekolah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...