SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 15 January 2013

Mesyuarat Kokurikulum Pertama dan petang 15 Januari 2013

 Salam 1 Murid 1 Sukan.




Pada 15 Januari 2013 ( Selasa) bertempat di Makmal Komputer telah berlangsung mesyuarat Kokurikulum Kali pertama bagi tahun 2013. Mesyuarat yang bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Ianya telah dikendalikan oleh PK Kokurikulum Puan Hajjah Jashiah binti Rabu. 

 

Antara agenda yang dibincangkan ialah :

  • Pembentangan minit terdahulu
  • pengesahan minit terdahulu
  • Takwim 2013
  • Rombakan kecilan AJK Kokurikulum 2013
  • Tarikh merentas desa
  • Hal2 lain

-----------------------
Taklimat PMD



Selepas selesai mesyuarat Kokurikulum , Mesyuarat Program Maju Diri di bawah unit Bimbingan dan Kaunseling terus dijalankan. Terima kasih pada AJK BnK iaitu Cikgu Aziz Lahakim dan Ustazah Asfarina. PMD akan melibatkan murid tahun 4,5 dan 6 pada minggu berikutnya ( 16,17 & 21 Januari 2013).

----------------------
Lawatan Kerja Menteri Luar Bandar ke Kampung Tun Razak KKB




Pada waktu yang sama satu lawatan kerja oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dato' Seri Shafei Afdal telah melawat Dewan Orang Ramai Kampung OA Tun Abdul Razak. Betul-betul di dataran futsal di depan asrama. Tuan Guru Besar dan kesemua murid asrama turut serta dalam undangan majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...